Hari Raya Puasa Tahun 2023 di Malaysia Jatuh Pada Hari Sabtu

hari raya puasa di Malaysia

Pengumuman Hari Raya Aidilfitri 2023 & Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal | Hari Raya Aidilfitri atau lebih dikenal sebagai Hari Raya Puasa adalah salah satu hari yang paling ditunggu-tunggu oleh umat islam di seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Hari yang penuh dengan kebahagiaan ini dirayakan pada akhir bulan Ramadan, di mana umat Muslim telah menyelesaikan ibadah puasa selama satu bulan penuh.

Pengumuman tarikh Hari Raya Aidilfitri secara rasmi sangatlah ditunggu-tunggu bagi membolehkan persiapan raya dilakukan dengan sebaiknya untuk menyambut hari istimewa tersebut.

Sepertimana tahun lepas, rakyat Malaysia dikejutkan dengan tarikh raya awal sehari dari jangkaan. Tahun ini juga menjadi sedikit kekeliruan apabila ramai yang menularkan hari raya bakal tiba sehari awal dari tarikh yang ditetapkan. Walaubagaimanapun, untuk memastikan ianya sahih kita perlu tunggu pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidil Fitri.

Pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidil Fitri 1444 H / 2023 M akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selaku pihak berkuasa yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja setelah membuat cerapan hilal.

Cerapan Hilal / tarikh lihat anak bulan Syawal bagi tahun ini (1444H) adalah pada petang hari Khamis, 29 Ramadan 1444H bersamaan 20 April 2023. Penetapan adalah tertakluk kepada hasil aktiviti cerapan anak bulan di 29 lokasi seluruh negara berdasarkan Rukyah dan Hisab.

hari raya puasa

Hasil dari cerapan tersebut Tarikh Hari Raya Puasa 2023 telah diumumkan jatuh pada 1 Syawal 1444 H bersamaan dengan hari Sabtu, 22 April 2023 M.

Dengan ini, terjawablah sudah teka teki kita tentang tarikh hari raya puasa di Malaysia. Selamat Hari Raya! Mohon maaf zahir dan batin saya ucapkan kepada semua pembaca.

Post a Comment

1 Comments