Filem Ride-On : Lakonan Jackie Chan Masih Berbisa

Filem Ride On 2023 : Lakonan Jackie Chan Masih Berbisa | Siapa tak kenal Jackie Chan yang merupakan seorang pelakon dan stuntman dengan keterampilannya dalam seni bela diri, stunt, dan komedi yang sangat disegani dan mempunyai ramai peminat di seluruh dunia.

Beliau juga telah membintangi lebih dari 150 filem selama kariernya. Jackie Chan juga terkenal kerana melakukan sebahagian besar aksinya sendiri tanpa menggunakan pengganti.

Gambar Kredit : Shanghai Pictures
Untuk pengetahuan korang, Jackie Chan telah kembali dengan Filem terbaru beliau yang bertajuk Ride On dan akan mula ditayangkan di Malaysia bermula 13/04/2023. Filem ‘RIDE ON’ ditulis dan diarahkan oleh Larry Yang, menggabungkan minatnya terhadap kuda & dirinya sebagai peminat setia filem lama Jackie Chan.

Gambar Kredit : Shanghai Pictures
Filem ‘RIDE ON’ merupakan satu penghormatan besar kepada idolanya iaitu ‘Bintang Aksi Lasak Terakhir’ Jackie Chan yang menceritakan tentang kisah hidup seorang pelakon lagak ngeri bernama Luo (Jackie Chan) yang tinggal bersama kuda kesayangannya ‘Red Hare’. Luo menghubungi anak perempuannya Bao (Liu Haocun) dan teman lelakinya Mickey (Kevin Guo) untuk mendapatkan bantuan bila kehidupan mereka mula diancam oleh pemungut hutang untuk melelong ‘Red Hare’.

Gambar Kredit : Shanghai Pictures
Dalam filem ini terdapat banyak adegan yang membawa kembali kenangan silam filem-filem ikonik Jackie Chan dengan aksi koreografi yang hebat menyerupai filem asal. Bersama Jackie Chan dalam aksi komedi ini adalah anak didik baru ‘Red Hare’ dan bakal menantunya. Lagak cerita mereka membawa kepada banyak adegan komedi dan menyentuh perasaan.

Gambar Kredit : Shanghai Pictures
Selain Jackie Chan, turut berlakon Liu Haocun, Kevin Guo dan menampilkan ‘Red Hare’. Selain itu, terdapat ramai pelakon yang turut serta antaranya Andy On, Joey Yung dan juga jemputan istimewa dan penampilan khas ‘Wu Jing’, yang dijemput oleh Jackie Chan untuk bekerjasama dalam filem terbaru ini.

Filem ‘RIDE ON’
Ride On merupakan filem hebat penuh aksi & komedi. Bukan hanya sekadar itu, filem ni juga sarat dengan emosi dimana mereka menyentuh tentang hubungan kasih sayang dan kekeluargaan. Sejujurnya, saya sendiri menitiskan air mata ketika menonton filem ini. Bagi sesetengah penonton, filem ini pastinya ada sentimental value kepada mereka.

Untuk filem ni, saya bagi 9/10 bintang untuk keseluruhan filem. Apa yang boleh saya katakan, filem ini masih menjadi filem aksi terbaik untuk tahun 2023 ni.

Terima kasih Jackie Chan kerana terus menghiburkan kami dalam dunia perfileman hingga saat ini, dan membawa keunikan dan daya tarik dalam setiap filem yang hasilkan. Sehingga kini, beliau masih menjadi idola dan inspirasi bagi banyak orang di seluruh dunia.

Filem ‘RIDE ON’ dibawakan oleh Pemegang Hak Pengedaran Malaysia, Shanghai Pictures Sdn. Bhd., diedarkan di Malaysia oleh Lotus Five Star dengan rakan pemasaran Infinity Entertainment Marketing bakal ditayangkan di pawagam pada 13 April 2023.

Post a Comment

0 Comments