Ani Jeruk Buah Nise Viral Di Cherang Kota Bharu Kelantan


Ani Jeruk Buah Nise Viral Di Cherang Kota Bharu Kelantan | Bercerita mengenai jeruk ni, boleh buat meleleh air liur. Belum rasa, tengok gambar pun dah rasa semacam aura dia. Rasa jeruk buah-buahan yang masam, masin dan manis tu memang tak boleh nak tolak.


Beberapa hari lepas ada sebuah gerai yang menjual jeruk di Cherang, Kota Bharu Kelantan telah mendapat liputan daripada pihak TV3 dalam program Majalah 3.  Keunikan resipi beliau menggunakan gula melaka atau dikenali gula ‘nise’ sebagai ramuan utama tanpa menggunakan "ibu jeruk" menjadi salah satu asbab kenapa ianya menjadi kegilaan ramai.

Alhamdulillah, saya sendiri pun dapat merasai sendiri pengalaman beratur panjang untuk membeli dan rasa jeruk kampung dari kedai viral Kedai Kak Ani di Cherang ni.


Jeruk Kak Ani ni merupakan jeruk buah yang dibuat cara kampung. Memang susah nak jumpa sekarang ni. Jeruk ni di buat tanpa menggunakan ibu jeruk dan sudah semestinya tidak akan memeritkan tekak. Air dia pon boleh buat minum. Menurut pemiliknya kak Ani, jeruk hasil tangannya menggunakan buah-buahan segar, gula putih selain gula melaka sebagai bahan utama dan dihasilkan setiap hari.

Antara buah-buahan yang telah dijadikan jeruk adalah asam jawa (celagi), sentul, belimbing buluh, jambu batu, kelubi, anggur, mangga, kedondong air, cermai, mata kucing dan rambutan.

Selain pelbagai jenis jeruk buah, air jeruk pun dia jual. 

Kedai Kak Ani ni terletak dekat lorong Masjid Kampung Cherang. Detail lokasi min ada letak di hujung video. Kalau dari Kota Bharu, akan jumpa wau bulan Cherang, lampu isyarat, terus lagi , akan jumpa lorong Masjid Al Ahmadi, masuk lorong tu.

@projektravel Jeruk Buah Kampung Kak Ani Cherang Jeruk buah yang dibuat cara kampung tak menggunakan ibu jeruk. Air dia pon boleh buat minum. Lokasi dekat lorong Masjid Kampung Cherang. masuk lorong Masjid Al Ahmadi. Waktu operasi 11 am sampai jeruk habis. Dalam pukul 3-4 pm biasa dh habis. #MakaLokal #JerukViral #Kelantan #JerukViralCherang #Foodie ♬ original sound - Muslim Milenial

Waktu operasi bermula dari pukul 11.30 pagi sampai jeruk habis. Dalam pukul 3-4 macam tu habis dah rasanya. Sebab orang ramai beratur. Memang highly recommanded. Berbaloi beratur panjang.

Post a Comment

0 Comments