Jungle House Cafe Makanan Berasaskan Madu Terletak di Bangsar


JUNGLE HOUSE RASMIKAN "HONEY LIFESTYLE OUTLET" PERTAMA DI MALAYSIA DI BANGSAR | Pada 17 Mac 2022 yang lalu, saya dan rakan-rakan telah berpeluang menghadiri majlis pelancaran jenama Jungle House secara rasmi di Malaysia. Sebagai 'store' produk berasaskan madu pertama di Malaysia, Jungle House menyerlahkan keunikannya dengan cogan kata “All Things Honey” (Segalanya Mengenai Madu) – menggalakkan orang ramai untuk menghargai madu dan membudayakan amalan menikmati madu dalam kalangan rakyat Malaysia yang prihatin terhadap kesihatan.

Bangsar Retail Storefront
Untuk pengetahuan korang, majlis tersebut turut meraikan pembukaan cawangan ke-9 Jungle House tau; dan yang pertama untuk membawakan konsep kafe di Jalan Telawi 3, Bangsar. Cawangan mereka di Bangsar, menampilkan suasana tersendiri dengan ruang gaya hidup serba santai yang terbuka dan juga tertutup.



Kafe best sangat sebab diorang ada menyajikan pelbagai jenis makanan dan minuman berasaskan madu termasuk Honey Breakfast OatsRussian Honey cakes, pelbagai jenis Croffles (gabungan croissant dan wafel), kopi madu, teh dan jus – semestinya semua ni digandingkan dengan jenis dan perisa madu yang khusus.

Croffles (gabungan croissant dan wafel)
Sejujurnya, saya suka sangat dengan Russian Honey cakes yang ada dijual kat sini. Bukan saja sedap, kalau korang nak beli dan tapau pun packaging dia sangatlah cantik.

Russian Honey cakes

Selain tu, pelanggan yang datang juga boleh membeli-belah di kedai runcit Jungle House yang ada menawarkan segala jenis produk madu, minuman, honeycombs dan juga pelbagai set hadiah bertemakan madu yang direka anggun dan juga produk penjagaan peribadi seperti sabun madu, pelitup muka dan juga cenderahati lain. Tengok pada produk-produk diorang, memang sesuai sangat kalau nak buat hadiah atau buah tangan kalau pergi ziarah keluarga atau kawan-kawan.

Honey Gift
Semasa majlis pelancaran media hari tu, pengasas dan pemilik bersama Jungle House, Encik Paul Poh dan Cik Ashley Lam ada memperkenalkan hidangan terbaharu dalam menu, iaitu “Honey-misu” – sejenis manisan yang sihat yang sangat sedap, selain madu-madu terkenalnya – Royal Black & Royal White dan Signature Honey Variety.

Honey-misu
Untuk pengetahuan korang, Jungle House mempunyai lebih daripada 10 jenis madu asli, monofloral, mentah, tulen, tanpa sebarang perisa tiruan termasuk Royal Black (nektar iaitu madu bunga yang diekstrak daripada pokok Mahoni), Royal White (nektar bunga Kiawe), Jungle’s Heart (nektar bunga Strawberi), Yellow Love (nektar bunga Linden), Sweettooth (nektar bunga mangga), Jungle’s Eye (nektar bunga longan), Pink Lady (nektar bunga kapas), Roast Cube (nektar bunga kopi), Citrus Bloom (nektar bunga oren) & Fruit Boss (nektar bunga durian).

“Kami menawarkan produk madu biasa dan juga madu hutan liar premium kepekatan tinggi seperti Royal Black dan Royal White yang sangat jarang ditemui dan mengandungi khasiat perubatan tinggi yang memberikan manfaat kesihatan. Sesungguhnya setiap titisan madu amat berharga dan jarang ditemui kerana bekalan rendah daripada hutan liar dan tidak diperolehi dari ladang. Oleh yang demikian, kita perlu memulihara koloni madu supaya ekosistem dan juga perniagaan adalah lestari,” jelas Paul.
Selain di Bangsar ni, Jungle House juga mempunyai beberapa cawangan lain di Pusat Beli-Belah One Utama, Mid Valley Mega Mall, Pavilion Elite, Central I-City, D Pulses, IOI City Mall, & Queensway Mall, dan hanya menawarkan produk runcit.

Gunakan kod promo "MAWARDI20" untuk diskaun sebanyak 20%, sah sehingga 31 Ogos 2022. Untuk maklumat lanjut tentang Jungle House atau memesan produk madu di dalam talian, sila layari laman web: www.junglehouse.com.my dan FB & IG : https://www.facebook.com/JungleHouseMY/ & www.instagram.com/junglehousemy/ atau hubungi +6012 203 0317.

Post a Comment

1 Comments