LIRIK LAGU KHAI BAHAR & LIA AZIZ : KAULAH SYURGA


Mesti ramai yang ternanti-nanti sambungan drama 7 Hari Mencintaimu 3. Drama ini mula bersiaran harini 16 April 2022 di TV3 pada pukul 6.58 petang setiap Isnin hingga Ahad. Untuk artikel kali ni, saya tak nak cerita banyak mengenai drama bersiri ni, tapi nak kongsi mengenai lirik lagu OST drama ini iaitu Kaulah Syurga. Lagu OST Drama Mencintaimu 3 ini adalah nyanyian Khai Bahar & Lia Aziz.


Tajuk : Kaulah Syurga 
Penyanyi : Khai Bahar & Lia Aziz 
Komposer : Asfan Shah 
Penulis Lirik : Siti Rosmizah 
Muzik Producer: Afiez Azam 
Vocal Guide: Aruel Ariel 
Drum : Ujang 
Publishing: Rusa Marketing Sdn.Bhd. 
Executive Producer :Rusa Marketing Sdn Bhd/Alternate Records Sdn Bhd

Lirik Lagu Kaulah Syurga (OST) 7 Hari Mencintaimu 3 - Khai Bahar & Lia Aziz

Kau yang pertama
Dan yang terakhir
Kekal bersemi di hati ini
Tak kan goyah cintaku ini
Tetap utuh untukmu

Kau syurgaku oh Arjuna
Kasih padamu tiada hujungnya
Walau gelora badai melanda
Ku kan setia selamanya

Kita ditakdirkan bersama
Pimpin tangan menuju syurga
Tuhan satukan cinta kami
Hingga ke akhir nafas ini

Jika terpisah di dunia
Cinta abadi buat selamanya
Sayang hingga ke hujung nyawa

Kaulah dambaan cinta
Oh kaulah syurga

Kau bidadariku oh juwita
Penawar duka hati yang lara
Andai terpisah jiwa dan raga
Hati ini kan merana

Kita ditakdirkan bersama
Pimpin tangan menuju syurga
Tuhan satukan cinta kami
Hingga ke akhir nafas ini

Cinta terpisah di dunia
Cinta abadi buat selamanya
Sayang hingga ke hujung nyawa
Kaulah dambaan cinta
Oh kaulah syurga
Oh sayang kaulah syurga


Post a Comment

1 Comments

  1. Baru episod dua dah banyak sedihnya.. tapi tu lerr, balik-balik citenya motif yang sama.. pihak ketiga muncul..

    ReplyDelete