Makan Tengahari Di Kedai Nasi Ulam Che Ku Machang

 Kedai Nasi Ulam Che Ku Machang

Di negeri Kelantan, nasi ulam merupakan antara hidangan yang popular oleh masyarakat setempat mahupun pelancong yang datang. Berbeza dengan nasi kerabu, nasi ulam ini lebih banyak variasi pilihan ulam-ulamannya yang boleh dipilih untuk dimakan bersama nasi putih dan sudah semestinya makanan ikonik negeri ini iaitu "budu". Jika korang sukakan ulam-ulaman, menu ini pasti sesuai dengan korang.

Kedai Nasi Ulam Che Ku Machang

Jika di Kota Bharu cukup terkenal dengan Restoran Nasi Ulam Cikgu di Kampung Kraftangan, kalau korang memandu dari arah Jalan Kota Bharu Ke Kuala Krai, korang boleh singgah di Machang untuk menikmati Nasi Ulam Che Ku.

Kedai Nasi Ulam Che Ku Machang

Disini banyak lauk-lauk yang boleh korang pilih termasuk pelbagai jenis ulam-ulaman yang segar. Antara yang boleh diplih ialah kacang botor, timun, terung, bendi, anak jagung, pucuk paku dan banyak lagi.

Kedai Nasi Ulam Che Ku Machang

Paling saya suka, lokasi kedai ini sangat strategik dan mudah parking. Selain itu, kedai ini juga sangat bersih dan teratur.

Memandangkan lokasi kedai ni berada di laluan utama Kota Bharu - Gua Musang (sebelah kiri), jadi bolehlah korang singgah makan di sini sebelum meneruskan perjalanan balik ke Kuala Lumpur.

Alamat: RnR, Bukit Belah, 18500 Machang, Kelantan

Post a Comment

1 Comments