Akhirnya Perdana Menteri Umum Kelulusan Pengeluaran KWSP RM10,000

 

Trending hari ini apabila Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, telah mengumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pengeluaran khas sebanyak RM10,000.

Dalam sidang media khasnya, beliau berkata keputusan itu telah dibuat berdasarkan hasil kajian & penelitian secara menyeluruh dalam kalangan rakyat yang masih terkesan dari segi ekonomi, kehilangan pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

Namun begitu, penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas KWSP RM10,000 berkenaan beserta syaratnya akan dibuat oleh pihak Kementerian Kewangan dan KWSP.

Beliau menegaskan bahawa keputusan memberi kebenaran pengeluaran caruman KWSP itu adalah keputusan yang sukar kerana ia membabitkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

Pada 15 Januari lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, lebih ramai ahli KWSP akan bersara di bawah paras Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) sekiranya kerajaan membenarkan pengeluaran tambahan.

Malah katanya, hampir separuh daripada ahli KWSP mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 dan 55 peratus daripadanya terdiri daripada Bumiputera.

Post a Comment

2 Comments

  1. Alhamdulilah, sekurangnya dapatlah rakyat kurangkan beban apa yang perlu di ringankan kan... moga ianya bermanfaat buat semua...

    ReplyDelete
  2. Tak sabar nak keluarkan. Nak cover balik yang dah tertinggal. Dua tahun yang keperitan.

    ReplyDelete