Trip Makan-Makan Di Melaka Memang Best

Negeri Melaka sangat terkenal dan kaya dengan kesan peninggalan sejarahnya. Namun begitu, Melaka juga tidak ketinggalan dengan kemudahan dan tarikan moden sehingga menjadikan ia sebuah destinasi sasaran popular pelancong tempatan dan antarabangsa. Selain itu, Melaka juga merupakan destinasi pilihan utama warga ibu kota yang mencari tempat percutian singkat untuk melarikan diri daripada kesibukan kerja buat seketika.

Selain dari lokasi menarik yang ada di Melaka, ada banyak juga tempat makan yang patut korang cuba. Jom saya kongsikan beberapa lokasi makan best di Melaka.

Sarapan Pagi di 8272 BARAKAH CORNER

Kalau korang sampai di Melaka awal pagi, bolehlah singgah untuk sarapan di 8272 BARAKAH CORNER. Gerai yang terletak di Kampung Lapan, Melaka ni ada menyediakan Roti Canai Merecik Special atau lebih dikenali juga sebagai 'Roti Canai Burrito'. Bagi korang yang belum tahu, roti canai ni ada inti di dalamnya seakan murtabak. Cuma bentuknya lain kerana digulung seperti "burrito".


Selain dari Roti Canai Burrito ni, ada banyak lagi menu lain yang korang boleh cuba di sini seperti, Roti Canai Cheese Merecik, nasi lemak dan sebagainya.

Alamat:
Jalan Pandan, Taman Kesidang Seksyen 1, 
Kampung Lapan, 75250 Melaka.
(Bersebelahan Klinik Kesihatan Tengkera)

Waktu Operasi:
7.30 pagi - 12.00 tengah hari (Rabu hingga Isnin)
Tutup setiap hari Selasa. 


Makan Tengahari di MANGO FLOAT ROYALE MELAKA

Orang kata tak sah kalau datang Melaka tak singgah sini. Mango Float Royale Melaka ni merupakan lokasi wajib untuk kami singgah setiap kali saya ke Melaka. Beratur panjang tak jadi masalah untuk kami nikmati keenakan minuman Mango Float Royale Melaka ni.


Untuk pengetahuan korang, kat sini bukan hanya mempunyai gerai minuman mango float semata. Ada banyak lagi vendor-vendor makanan lain yang korang boleh dapat disekitarnya. Jadi tak rugilah kalau korang nak singgah untuk makan tengahari kat sini.

Alamat:
Mango Float Royale Melaka,
Kampung Sungai Putat,
75350 Batu Berendam, Melaka

Waktu Operasi : 
Setiap hari
12.00 tengah hari-6.30 petang dan 8.30 malam-11.30malam (Isnin-Sabtu)
11.00 pagi - 6.00 petang (Ahad)


Makan Malam di MAKAN AVENUE

untuk lokasi makan malam di Melaka, saya cadangkan untuk korang pergi ke Makan Avenue. Ianya nampak seolah gudang yang mana di dalamnya mempunyai banyai vendor-vendor makanan yang sangat menarik dan popular. Apa yang lebih menarik ianya berada betul-betul ditepi sungai Melaka.


Paling best, kat sini korang boleh dapat Cendol Kampung Hulu. Walaupun kat Kuala Lumpur pun dah ada cawangan dia, tapi kat sini lain suasananya. Memang boleh dipuji berbakul-bakul rasa dia. Tak hairan orang sanggup beratur panjang untuk dapatkan pencuci mulut ni.

Macam-macam makanan juga korang boleh dapat di bawah satu bumbung kat sini. Tempat makan disini pon besar dan selesa. Cuma kawasan ni agak crowded susah untuk dapat parking.

Alamat :
No. 26, Jalan Kampung Hulu, Melaka

Waktu Operasi :
Setiap hari
11.00 tengah hari- 11.30 malam

Selesai ronda-ronda cari makan boleh la balik berehat di tempat staycation korang masing-masing dengan tenang. Korang jugak boleh dapat hotel di Melaka yang menarik dan murah dengan mudah. Pastikan buat perancangan awal.

Jika korang ingin melancong ke Melaka atau mana-mana destinasi sekalipon, ikutilah saranan Menteri Pelancongan YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan melanconglah dengan selamat!

Post a Comment

4 Comments

  1. Cendol Kg Hulu tuuu mmg paling fav... Walaupun kat KL dah ada... Hehehe... Kat Melaka jugak sedappp

    ReplyDelete
  2. Allahu sedapnya la tgk semua makanan ni..kalo ke Melaka mmg wajib singgah la ni

    ReplyDelete
  3. belum berpeluang bercuti dan makan makan di melaka

    ReplyDelete
  4. Bestnya jalan jalan di Melaka. Rindu asam pedas Melakauu lahabauu!

    ReplyDelete