Terbeli Kasut Skechers, Gara-Gara Promosi RM1 Untuk Item Ke-2


Dah lama sangat saya berkenan nak beli kasut dari brand Skechers. Tapi faham-fahamlah harga dia macamana kan. Kat mana nak cari kasut Skechers harga murah? Disebabkan minat sangat dengan kasut dari brand ni, saya macam dapat idea untuk purchase 2nd hand item je melalui jualan lelong life di Shopee dan Facebook. Ni je cara nak dapat kasut Skechers harga murah dan mampu milik.

Sampai ke sudah kasut tidak terbeli sebab kurang yakin dengan saiz. Saya ni bukan jenis pandai beli kasut. Setiap kali beli kasut mesti ada yang tak kena, longgar la, ketat la. Tu yang malas, nak-nak kalau nak kena beli online.

Akhirnya, selasa lepas cuba masuk outlet Skechers yang ada di AEON Mall Kota Bharu semata-mata untuk check saiz. Tapi, selepas tau ada sale RM1 untuk item ke-2 saya terus pilih kasut dan beli.


Rasa macam kena pukau pun ada. Bahaya betul ya. Tapi entah lah, melayang RM460. Tapi sedapkan hati. Okaylah kan RM460 dapat 2 kasut. 


Kasut yang biru tu smart, sesuai untuk running dan jalan-jalan. Tapak pun tebal, sesuai sangat unruk orang pendek macam saya ni. Yang warna kelabu tu pulak beli untuk letak dalam kereta, pakai semasa drive. Kalau pakai selipar semasa drive agak tak selesa dan selipar selalu sangkut. Jadi rasa kurang selamat. Tu pejam mata beli kasut alang-alang dah dapat tawaran macam ni kan. Apapon Alhamdulillah atas rezeki yang Allah SWT berikan.

Post a Comment

0 Comments