Jenis-Jenis Diffuser Young Living Yang Ada Di Malaysia


Salah satu gaya hidup kini sedang menjadi tren adalah menggunakan diffuser. Tujuan utama alat ini adalah untuk mengubah essential oil menjadi molekul kecil untuk dibaurkan (disebar dengan cara diffuse) ke seluruh ruangan.

Diffuser bukan hanya berguna untuk menyegarkan (aroma) sebuah ruangan saja. Namun ia sebenarnya lebih dari itu.

Apa itu Diffuser?

Diffuser wujud dalam pelbagai jenis, bentuk dan saiz. Tapi ianya bersaiz lebih kecil berbanding Humififier. Ia merupakan alat yang paling bagus digunakan untuk diffuse minyak pati ke dalam udara sebagai aromaterapi.

Campuran minyak pati bersama air di dalam tangki air diffuser dan tersebarlah minyak pati melalui kabus (mist). Ada 4 jenis diffuser minyak pati iaitu diffuser ultrasonik, diffuser nebulizer, diffuser haba dan diffuser penyejatan (evaporative).

Diffuser ini direka untuk menguap kabus halus yang bercampur dengan minyak pati. Keutamaan fungsinya ialah untuk menyebarkan kebaikan kesihatan melalui minyak pati, selain daripada memberi kesan sejuk dan mengharumkan ruang bilik/rumah anda.

Tahukah anda, wap yang keluar dari diffuser ni boleh kurangkan bau yang tak best, ditambah pula dengan pilihan essential oils (EO) yang anda dah titiskan, dia berfungsi untuk menghapuskan bakteria yang bertebaran di udara. Jadi, kalau bilik anda lembab dan selalu berkulat, cuba diffuse essential oil, mungkin boleh cuba Purification oil. Bau wangi dapat, bilik bersih pun dapat. Bau pula boleh bantu tenangkan minda, kurangkan tekanan serta tingkatkan fokus.

Diffuser Ultrasonic Dari Young Living


Young Living sebenarnya ada banyak jenis diffuser. Tapi, tidak semua jenis diffuser mereka ada di setiap negara. Di Young Living Malaysia, korang boleh beli beberapa jenis ultrasonic diffuser seperti,  Sweet Aroma, Feather The Owl , Desert Mist, Lantern (white) dan Aria.


Setiap diffuser mempunyai ciri-ciri dan kelebihan masing-masing. Diffuser Young Living paling murah yang korang boleh dapat di Malaysia adalah Feather The Owl Ultrasonic Diffuser. Harganya hanya dibawah RM300 dengan essential oil 5ml Lavender percuma. Untuk diffuser yang paling mahal buat masa ini adalah Aria ultrasonic diffuser. Ianya diperbuat dari material kayu dan kaya yang sangat elegent.

Selain dari berfungsi sebagai diffuser, ia juga mempunyai lampu yang mana boleh gunakan sebagai lampu tidur. Bagi sesetengah orang yang perlukan sedikit cahaya semasa tidur ia sangatlah sesuai. Tapi bagaimana kalau orang yang hanya akan lena dalam keadaan gelap sahaja? Tak perlu risau kerana lampu tersebut boleh off dan diffuser masih boleh berfungsi lagi macam biasa.

Diffuser Young Living juga mempunyai Ultrasonic Metal Plate yang bertindak sebagai atomizer. Dengan atomizer inilah molekul essential oil dapat dipecahkan kepada zarah-zarah yang lebih kecil secara getaran yang sangat laju, di sebarkan dengan efektif dan dihidu oleh pengguna. Jadi, dapatlah anda merasai kelebihan essential oil.

Jika korang menggunakan humidifier dan titikkan essential oil, ia hanya akan terapung di atas air dan tak memberi manfaat apa-apa pada anda. dan ini sangatlah merugikan. 

Apa akan jadi jika anda menggunakan essential oil dalam “bunner”? Yang ini merbahaya, sebab sifat essential oil akan berubah dan degraded apabila dikenakan haba. “Totally useless” dan ia juga sangat merugikan essential oil kita yang berharga itu.

Diffuser Young Living tidak menggunakan kaedah pemanasan tetapi ada atomizer. Jadi, ia selamat dan “baby friendly”.

Kalau sekarang ni kamu sedang mencari diffuser yang terbaik, korang bolehlah pilih beberapa jenis diffuser Young Living Malaysia dalam gambar di bawah.


Buatlah pilihan yang bijak & tepat supaya tidak merugikan anda di kemudian hari. Belilah dengan wakil sah Young Living Malaysia. Jangan kerana nak murah, anda sanggup beli di shopee. Padahal anda nak guna untuk kesihatan juga kan.

Jadi, dah tentukan diffuser yang menjadi pilihan anda? Kalau dah bolehlah hubungi saya segera untuk saya bantu anda lebih lanjut.

Untuk beli Diffuser Young Living atau berminat untuk mendaftar ahli Young Living, anda boleh klik link whatsapp berikut : https://wa.link/few8pg

Premium Experience Kit

Your Most Wanted YLID : Mawardi Yunus
ID NO. : 27227561
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di FB saya, Mawardi Yunus
atau follow IG saya @mawardiyunus
atau email di [email protected]
atau sms (wa) +6018-2266623

diffuser young living price, diffuser young living owl, diffuser young living aria, diffuser young living berapa jam, diffuser young living rosak, diffuser young living ada warranty, diffuser young living aman untuk bayi, diffuser young living menggunakan air apa, the best diffuser young living, diffuser young living burung hantu, diffuser young living comparison, diffuser young living cara pakai, diffuser young living desert mist, diffuser young living dew drop, young living evening diffuser blends, young living diffuser fan not working, diffuser young living how to use


Post a Comment

3 Comments

  1. baru saya tahu beza Diffuser dengan Humififier

    ReplyDelete
  2. Ada diffuser satu dekat Rumah.. Feather the Owl.. tapi buat masa ni si burung hantu berehat sekejap sebab Essential Oil dah habis

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak kena tambah stok essential oil lah tu nampak gaya. hehe. Apa2 boleh roger2

      Delete