Tuesday, January 05, 2021

Resipi Apam Nasi Warna Warni


Resipi Apam Nasi


Bahan A:
1 cawan nasi
1 ½ cawan air

Bahan B:
1 ½ cawan tepung beras
½ cawan tepung gandum
¾ cawan gula pasir
6 g yis kering

Bahan C:
Kelapa parut muda
Garam secukup rasa

Cara cara:
  1. Kisar bahan A sehingga halus.
    Satukan semua bahan B di dalam mangkuk yang besar.
  2. Tuang bahan A ke dalam bahan B dan kacau sebati. Perap selama 1 jam sehingga kembang.
  3. Panaskan pengukus sehingga air mendidih.
  4. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil menggunakan tisu dapur.
  5. Tuang adunan dalam Masukkan dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit.
    Balut tudung pengukus dengan kain.
  6. Hidangkan bersama kelapa yang telah digaul dengan sedikit garam atau enak dimakan begitu saja.

Nak beli bekas kaca tebal cantik molek tu?

Grab sekarang di MyCookingStory!! Sekarang tengah ada sale untuk set 5 saiz. Harga dah tak masuk akal. Guna code MCSMAWARDI jadi lagi tak masuk akal. sebab boleh dapat 10% discount lagi. Allahu.



Nak oder boleh ke Website MCS :

Postage tok perlu bayar, sebab FREEEE.
Malas nak buka website, nak suh saya tolong oder pon boleh.

1 comment:

  1. buat untuk anak2 ni konfem laku keras sebab colorful :-)

    ReplyDelete