Kegunaan dan Kelebihan Diffuser Untuk Kesihatan


Macamana nak apply kebaikan minyak pati / essential oil (EO)? Salah satu cara terbaik yang saya boleh sadangkan adalah melalui bauan. Sebab itu lah "aromaterapi" sangat sinonim dengan minyak pati. Untuk dapatkan kesan aromaterapi ini anda boleh hidu pada tapak tangan yang dititiskan campuran minyak pati ,tarik nafas dalam-dalam (deep inhale) atau menggunakan diffuser.

Tapi kalau korang perasan, ada dua jenis yang ditawarkan dalam pasaran iaitu "Diffuser" dan "Humidifier". Persoalannya, yang mana satu yang lebih baik untuk minyak pati?

Jawapan saya adalah "Diffuser". Kenapa? kerana "Humidifier" direka untuk mengawal tahap kelembapan dalam udara. Dan perlu untuk anda tahu juga minyak pati tidak sesuai digunakan bersama "Humidifier".

Apa itu Diffuser?

Diffuser wujud dalam pelbagai jenis, bentuk dan saiz. Tapi ianya bersaiz lebih kecil berbanding Humififier. Ia merupakan alat yang paling bagus digunakan untuk diffuse minyak pati ke dalam udara sebagai aromaterapi.

Campuran minyak pati bersama air di dalam tangki air diffuser dan tersebarlah minyak pati melalui kabus (mist). Ada 4 jenis diffuser minyak pati iaitu diffuser ultrasonik, diffuser nebulizer, diffuser haba dan diffuser penyejatan (evaporative).

Diffuser ini direka untuk menguap kabus halus yang bercampur dengan minyak pati. Keutamaan fungsinya ialah untuk menyebarkan kebaikan kesihatan melalui minyak pati, selain daripada memberi kesan sejuk dan mengharumkan ruang bilik/rumah anda.

Tahukah anda, wap yang keluar dari diffuser ni boleh kurangkan bau yang tak best, ditambah pula dengan pilihan essential oils (EO) yang anda dah titiskan, dia berfungsi untuk menghapuskan bakteria yang bertebaran di udara. Jadi, kalau bilik anda lembab dan selalu berkulat, cuba diffuse essential oil, mungkin boleh cuba Purification oil. Bau wangi dapat, bilik bersih pun dapat. Bau pula boleh bantu tenangkan minda, kurangkan tekanan serta tingkatkan fokus.

Diffuser Dari Young Living


Best kan diffuser ni, sebab ianya banyak fungsi (all in one). Kelebihan diffuser Young Living pula dia mempunyai lampu yang anda boleh gunakan sebagai lampu tidur. Bagi sesetengah orang yang perlukan sedikit cahaya semasa tidur ia sangatlah sesuai. Tapi bagaimana kalau orang yang hanya akan lena dalam keadaan gelap sahaja? Tak perlu risau kerana lampu tersebut boleh off dan diffuser masih boleh berfungsi lagi macam biasa.

Diffuser Young Living ni senyap dan tidak menghasilkan bunyi yang tidak menyenangkan. Kalau letak telinga betul-betul sebelah diffuser tu baru akan dengar bunyi humming. Lebih menarik, untuk Diffuser Feather The OWL dari Young Living mempunyai pilihan ‘White Noise Lullaby’ yang sangat sesuai bunyinya untuk saat saat "bed time story" buat anak-anak seperti pilihan bunyi burung, ombak,hutan, hujan, dan irama yang sesuai untuk meditation.


Selain tu, ia mempunyai fungsi boleh auto off tau selepas 4 jam. Jadi masa tidur takde la nak kena bangun dan tutup diffuser pulak sebab takut panas ke, litar pintas ke. Air habis, atau essential oils dah habis diffuse, ia akan auto tutup sendiri.

Kesimpulannya, sangat berbaloi untuk memiliki diffuser dari Young Living sebab fungsi dia all in one. Saiz pun kecil dan comel, mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Lebih berbaloi lagi kalau anda beli diffuser Young Living sebab ada setahun warranty dari tarikh pembelian. In case ada kerosakan boleh bawak HQ semula. Nak lagi best daftar sebagai ahli terus, diffuse dapat, EO pun korang dapat. Memang berbaloi-baloi. Daftar ahli serendah RM380 je sekarang dengan "Basic Plus Starter Kit".

Tapi saya cadangkan korang daftar "Premium Starter Kit" yang berharga RM750 kerana ianya lebih berbaloi dan lebih jimat.



Untuk beli Essential Oil atau berminat untuk mendaftar ahli Young Living, anda boleh klik link whatsapp berikut : https://wa.link/8qaj6x

Post a Comment

1 Comments