Tuesday, December 22, 2020

Warung Makan Tepi Sawah D'Baroh Selising Pasir Puteh

 


Semasa perjalanan balik dari Kota Bharu ke Machang berapa hari yang lepas, saya telah melalui jalan ke Kolej Matrikulasi Kelantan. Selepas lampu isyarat di simpang menghala ke Kolej Matrikulasi Kelantan, kami perasan ada sebuah warung terletak di sebelah kanan di tepi jalan dan kawasan sawah padi dengan dekorasi payung warna warni yang sangat attractive. Ketika itu juga saya terasa nak bagi signal dan berhentikan kereta. Oleh kerana hari sudah senja, kami buat keputusan untuk datang pada keesokan harinya jika cuaca mengizinkan.

Pada keesokan harinya, cuaca menyebelahi kami. Maka, kami pergi kembali ke Warung D'Baloh dengan harapan warung tersebut buka. Waktu kami sampai, terasa agak pelik kerana warung ini seakan tutup sunyi tanpa kelibat manusia. Bila kami masuk ke dalam, barulah kami perasan ada pekerja mereka sedang sibuk di dapur. Alhamdulillah, tercapai jugak harapan kami nak makan kat sini.

Memandangkan cuaca cantik ketika tu, sebelum oder makanan sempat juga kami ambil gambar sepuasnya. Takut juga bila makan dulu tiba-tiba hujan datang ke kan, rugilah datang jauh-jauh nak bergambar.

Warung ini cukup "instagrammable", dianya berkonsepkan warung lepak santai sambil menawarkan pemandangan indah dan damai sawah padi. Ia juga dilengkapkan dengan hiasan barangan antik di beberapa sudut termasuk bahagian atas syiling.

Korang boleh memilih untuk duduk di bahagian berbumbung atau di tepi sawah berbumbungkan pokok yang rimbun. Memandangkan tiada pelanggan , kami bebas memilih lokasi untuk kami duduk. Dapatlah merasa duduk bawah pokok dekat dengan bendang. Paling best boleh tengok sekawan itik berkepala hijau berenang-renang bebas di dalam bendang dekat dengan meja kami makan.


Warung ni ada menawarkan banyak menu istimewa termasuk mee celup, masakan panas, roti bakar telur gedik dan banyak lagi. Menurut pemilik dia, buat masa ni ia dibuka setiap hari dari seawal 8 pagi sehingga lewat petang.


Lokasi : Kg. Jerus, Selinsing, Pasir Puteh
Jalan Bukir Akar - Kok Lanas
(Terletak di sebelah kanan selepas lampu isyarat jalan menuju ke Kolej Matrikulasi Kelantan)

0 comments: