Resipi Agar-Agar Buah Koktel Mudah Dan Sedap


Harini nak kongsi dengan korang resipi mudah yang korang boleh cuba buat sendiri kat rumah iaitu Agar-Agar Buah Koktel dengan menggunakan beberapa bahan sahaja.

Resipi Agar-Agar Buah Koktel

Bahan-bahan :

  • 10 gram serbuk agar-agar
  • 1 tin buah buahan koktail (tapis dan buang air)
  • 150 gm gula kaster
  • 700 ml air
  • 1 tin Susu Sejat Penuh Krim

Cara cara:
  1. Masak serbuk agar agar, gula dan air sehingga agar-agar dan gula larut.
  2. Masukkan susu cair dan kacau sehingga mendidih. Setelah mendidih, tutup api dan masukkan buah buahan koktail.
  3. Tuang adunan agar-agar ke dalam loyang/acuan yang disukai.
  4. Sejukkan seketika sebelum disejukkan di dalam peti ais sebelum dihidangkan.
Mudah bukan resipi ni ? Selamat mencuba.

Post a Comment

1 Comments