Pelakon & Pengacara Alif Satar Positif Covid-19

Hari ini kita dikejutkan dengan posting seorang pelakon dan pengacara popular Alif Satar di instagram beliau yang menyatakan bahawa beliau telah didapati positif covid-19 selepas mengambil test pada 21 November 2020 yang lalu.

"Assalamualaikum.. dalam kesibukkan alif menjalankan penggambaran, alif telah melakukan beberapa ujian saringan covid-19. Malangnya, keputusan terkini yang alif baru sahaja terima harini, telah menunjukkan bahawa alif didapati positif covid-19 dan perkara ini amatlah mengejutkan dan mendukacitakan. Perkara pertama bila alif dapat tahu keputusan ini, adalah semestinya tahap keselamatan keluarga.. isteri dan anak-anak alif, rakan-rakan di set penggambaran dan semestingya contact-contact rapat yang telah berjumpa dengan alif. Alif juga telah memberi nama kepada pihak KKM, kontak rapat yang alif kenalpasti dalam tempoh 14 hari.. dan alif mohon maaf atas segala kesulitan ini, dan alif mohon doa semua agar diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah swt. Alif doa agar semua terhindar daripada sebarang kemudaratan... p/s alif sekarang menjalani proses kuarintin. ALIF AMBIL TEST PADA 21HB NOV" _ @alifsatar
Saya doakan semoga Alif diberi kekuatan dan kesembuhan dengan segera dan keluarga Alif dilindungi dari wabak covid-19 ini. Aamiin. Marilah sama-sama kita putuskan rantaian wabak ini. #StayAtHome

Post a Comment

0 Comments