Tuesday, November 24, 2020

Influencer & Key Opinion Leader (KOL); Sama Atau Tidak?


Ramai diantara kita keliru tentang penggunaan istilah Influencer. Ramai juga diantara kita yang aktif dan mempunyai jumlah pengikut yang ramai di social media mudah menggelarkan diri mereka sendiri sebagai influencer? Ini memang tidak dapat dinafikan. 

Selain dari influencer, pernahkah korang mendengar tentang K.O.L atau Key Opinion Leader ? Kalau tak pernah, jom baca apa yang akan saya cuba bahaskan mengenai perbezaan antara kedua-dua istilah ni.

Bagi sebuah perniagaan, ramai yang sudah sedar bahawa dengan melakukan promosi melalui seseorang dengan nama besar (popular) memang mampu untuk memberi impak yang besar pada perniagaan mereka. Kalau secara tradisionalnya, mungkin korang sendiri pernah melalui situasi begini. Sebagai contoh, seseorang yang cukup popular pergi makan di sebuah restoran. Pemilik restoran akan bergambar dan bingkaikan gambar yang dicetak untuk di gantung di dinding restoran atau bunting mereka supaya ianya menjadi bukti bahawa restoran mereka juga mempunyai pelanggan dari golongan yang berpengaruh dan popular. Ini dikatakan menjadi salah satu bahan yang cukup kuat untuk menaikkan rating restoran mereka.

Setelah munculnya era digital, ianya telah mengubah sedikit sebanyak teknik tersebut. Tidak perlu lagi bingkai gambar untuk bukti, melainkan hanya cukup gambar secara digital untuk hebahan di media sosial mereka. Betul kan? Jadi jika korang merupakan seorang pemilik perniagaan, korang perlu tahu siapa yang selayaknya untuk korang percayakan untuk menaikkan rating perniagaan korang supaya korang dapat menerima yang maksima.

Untuk menentukan hal tersebut, perkara pertamanya korang perlu ambil tahu dan dapat membezakan antara influencer dan Key Opinion Leader (KOL).

Influencer


Seperti yang sudah saya jelaskan di awal artikel ini, bahawa influencer adalah orang yang memiliki jumlah pengikut (followers) yang besar di sosial media. Mereka boleh membuat tren baru yang kemudian diikuti oleh para pengikutnya. Kebiasaannya mereka ini  adalah adalah dari golongan artis.

Sejujurnya, influencer biasanya lebih efektif untuk meningkatkan penjualan. Hal ini karena jumlah pengikut dari para influencer yang banyak, sehingga ada diantara pengikut mereka terlalu taksub mempercayakan mereka dan sanggup melakukan apa sahaja untuk nampak lebih dekat dengan mereka. Tak hairan apa yang diguna pakai atau di promote di social media mereka mampu membuatkan para pengikut mereka terpancing untuk melakukan proses pembelian.

Oleh sebab itu, jenama-jenama besar yang mampu mengeluarkan modal yang tinggi akan cuba mencari mereka untuk di jadikan sebagai Brand Ambassador produk mereka. 

Key Opinion Leader


Berbeza dengan KOL, apa yang saya faham bahawa mereka ini merupakan seseorang dari golongan yang pakar atau dikenali dalam bidang tertentu. Apa yang saya maksudkan adalah, dimana setiap pandangan yang dikeluarkan oleh mereka akan dianggap "valid" atau boleh diguna pakai karana mereka memahami bidang-bidang tersebut.

Apa yang saya nampak, tidak semua KOL aktif di sosial media. Bahkan mereka sebenarnya lebih aktif dan fokus pada aktiviti dan kerja hakiki mereka di dunia nyata. Tapi ia tak bermaksud mereka tidak mempunyai social media untuk bersosial kan? Namun tidak menolak kemungkinan juga bahawa ada diantara mereka mungkin aktif di salah satu sosial media, sebagai contoh di YouTube atau instagram, atau platform selainnya.

Jika influencer lebih bagus untuk meningkatkan jualan, maka KOL pula lebih efektif untuk meningkatkan "brand awareness". Hal ini kerana cadangan dari KOL yang merupakan seorang yang pakar, akan lebih mudah untuk dipercaya oleh "target market" sebagai sebuah pernyataan yang benar.

Sebagai rumusannya, itulah sekilas pandangan dan pemahaman saya tentang perbezaan antara influencer dan juga Key Opinion Leader. Jika Anda ingin melakukan promosi menggunakan orang-orang yang memiliki pengaruh tersebut, maka lebih baik tentukan terlebih dahulu tujuan utamanya, apakah untuk meningkatkan jualan, atau untuk menguatkan jenama (AI).

p/s : Perbahasan ini adalah mengikut pemahaman saya melalui pembacaan saya tentang hal-hal yang berkaitan.

1 comment: