Tuesday, October 06, 2020

Pengalaman Sewa Bot Di Rompin, Memancing Dan Candat Sotong Di Tioman


pancing ikan dan candat sotong di tioman

Untuk pengetahuan korang, aktiviti mencandat sotong bukan hanya ada di negeri Terengganu sahaja tau. Saya dan kawan-kawan telah berpeluang melalui pengalaman yang sangat menarik melakukan aktiviti mencandat sotong di kawasan perairan Pulau Tioman. Bagi saya sendiri, pengalaman candat sotong di Pulau Tioman ini adalah lebih menyeronokkan kalau nak dibandingkan dengan pengalaman saya candat sotong di Terengganu pada beberapa tahun yang lalu.

MAT ROMPIN BOAT CHARTER

Kami berenam telah melakukan aktiviti mencandat sotong kali ni bersama seorang pengendali bot memancing yang berpengalaman dan terkenal di Rompin iaitu Mat Rompin Boat Charter! Oleh sebab itu, trip kami bukan bermula di Mersing, tapi dari Rompin, Pahang.

jeti di kuala rompin
Bertolak dari Jeti Tok 4 Sungai Puteri, Kuala Rompin
Kami telah memulakan trip mencandat sotong dari Jeti Tok 4 Sungai Puteri, Kuala Rompin dengan menaiki bot yang dikendalikan oleh Mat Rompin Boat Charter. Bot ini diketuai oleh seorang Tekong atau dipanggil Captain Mat Rompin yang telah berpengalaman selama 13 tahun serta sangat arif dengan lubuk-lubuk ikan dan sotong di sepanjang perairan Rompin-Tioman.

charter boat murah di rompin

Sejujurnya kami berenam bukanlah dari yang jenis suka memancing atau mencandat sotong. Hanya sekadar trip untuk merasai pengalaman. Jadi semuanya zero dalam ilmu memancing dan candat ni. Tapi, itu tidak menjadi alasan untuk kami tidak dapat memancing ikan atau menaikkan sotong apabila candat di jatuhkan ke dalam laut. Malah hasil yang kami dapat juga boleh dipuji.

Ini kerana, Mat Rompin Boat Charter memiliki 2 orang pembantu atau disebut 'Deckhand' bagi membantu segala urusan di atas bot seperti mengikat umpan, mengajar pelanggan cara memancing / candat dengan betul dan menaikkan hasil tangkapan. Selain dari itu, bot mereka mempunyai sonar dan radar Garmin yang baik untuk mengesan lubuk ikan dengan lebih efektif. Jadi tidak hairan lah kan, kami yang zero ilmu tentang memancing dan candat ni boleh dapat hasil yang lumayan kan.

Untuk pengetahuan korang, bot yang kami naik ni mempunyai spesifikasi 45 kaki panjang dan 12 kaki lebar serta keluasannya mampu memuatkan kapasiti pemancing seramai maksimum hingga 7 orang. Jadi termasuk captain dan "Deckhand" jadilah 10 orang.

MEMANCING IKAN MAHI-MAHI, TENGGIRI DAN KEMBONG

Memandangkan kami bertolak awal pagi dan masa perjalanan menaiki bot dari Jeti Tok 4 Sungai Puteri, Kuala Rompin menuju ke Pulau Tioman hanya memakan masa lebih kurang dua setengah ke tiga jam sahaja. Maka dalam perjalanan sebelum sampai ke Pulau Tioman untuk check in hotel, kami mengambil peluang untuk memancing ikan dahulu.

pancing ikan di laut dalam
Captain dan 2 deckhand membantu mengajar teknik memancing yang betul
Walaupun kami ni hanyalah biasa-biasa, tapi hasil kami cukup luar jangkaan. Alhamdulillah. Yang lebih teruja lagi, saya sendiri berpeluang menaikkan ikan mahi mahi. Memang tidak di sangka-sangka.

ikan belitung di pulau tioman
Rezeki dapat peluang naikkan ikan Mahi-mahi
Ikan kembong paling banyak kami pancing. Selain itu ada banyak jenis ikan lain lagi termasuk tenggiri dan macam-macam lagi. Paling banyak angkat ikan kembong, Kak Ros lah sampai lekat panggilan #RatuSangkut oleh kami. Memang berbisa tangan dia. hehe

pancing ikan kembong dan tenggiri
Kak Ros bersama hasil tangkapan ikan kembong dan ikan tenggiri
Siapa yang tak seronok kan kalau pancing asyik mengena je. Sekali pancing, 3-4 ekor ikan dapat. Yang paling best, ikan tu kami siang dan terus masak atas bot tu jugak untuk makan tengahari kami. Dah jimat kos makan tengahari. Menarik bukan? Nak makan best-best, bawalah bahan-bahan memasak sendiri, kelengkapan dapur tu boleh cuba request dengan captain boat.

resipi ikan kembung
Masak hasil tangkapan (ikan kembong)
Lepas puas memancing ikan dan waktu dah agak petang, kami meneruskan perjalanan kami yang berbaki sejam lebih lagi menuju ke Jeti Kampung Juara untuk checkin di The Barat Resort Tioman dan bersiap-siap untuk aktiviti candat sotong pada waktu malam nanti.

CANDAT SOTONG DI PERAIRAN PULAU TIOMAN

Masa yang di nanti-nantikan sudah pun tiba, sebagai persediaan kami makan ubat mabuk dahulu sebelum kembali ke bot untuk aktiviti candat sotong. Lokasi kami mencandat tidaklah terlalu jauh dari Pulau Tioman, hanya mengambil masa berbelas minit perjalanan dari jeti.

Sebelum aktiviti mencandat dilakukan, captain dan 2 orang pembantunya akan membuat persediaan termasuk menyediakan joran dan pemasangan dua biji lampu hijau LED berkuasa 3000 Watt di kiri kanan bot. Lampu LED ini dikatakan berfungsi sebagai pemikat sotong, mempunyai sinaran lampu led berwarma hijau  yang sangat efektif untuk memikat sotong supaya mendekati area spot memancing kami.

Lampu hijau LED berkuasa 3000 Watt diturunkan ke dalam laut
Pengalaman saya candat sotong di Terengganu sebelum ni hanya menggunakan mata candat dan tali pancing tanpa joran. Untuk aktiviti candat sotong bersama Mat Rompin Boat Charter ni, kami menggunakan joran dan "candat mayat". Dari segi teknik candat sotong tu boleh dikatakan sama, iaitu dengan cara menenggelamkan candat sehingga ke dasar laut.

cara betul candat sotong
Teknik mencandat sotong menggunakan joran
Batu ladung dan candat yang digunakan sebagai pemberat dibiarkan di dasar, hanya tali pancing dihenjutkan dengan cara mengendur serta menegangkannya secara kerap. Apabila terasa berat (candat mengena sotong), tarik atau gulung tali joran secara sederhana. Elakkan menggulung tali joran secara laju atau kasar, juga tidak boleh terlalu perlahan hingga sotong mampu melepaskan diri. Sebaliknya tips candat sotong yang betul adalah dengan menggulung tali joran secara sederhana, tenang dan steady.

candat sotong torak
Kak Ros dengan hasil tangkapan pertamanya
Pada awalnya, sotong agak susah untuk mengena candat kami. Tapi setelah beberapa ketika berusaha, Kak Ros jadi orang pertama yang berjaya bawa naik sotong ke atas bot. Riuh satu bot meraikan kejayaan pertama Kak Ros. Selepas dari itu, nasib memang menyebelahi kami. Hasil yang kami dapat pada malam tu boleh dikatakan lumayan. Dalam tempoh tak sampai 2 jam, kami berenam berjaya menaikkan banyak sotong dari jenis "Sotong Torak" dari pelbagai saiz. Masing-masing dapat naikkan sotong yang besar-besar saiznya.

sotong torak besar di tioman
Azmi bersama hasil tangkapannya
sotong torak transparent
Saya pun nak tunjuk jugak hasil tangkapan saya
candat sotong besar dan panjang
Sebahagian dari hasil tangkapan pada malam tu

Sambil kami sedang seronok mencandat sotong, ada yang dah mula siapkan sotong untuk di masak. Menu untuk makan malam kami sudah semestinya berasaskan sotong fresh. Tak mewah pun, cuma resipi maggi sotong je. Tapi dia punya nikmat, Allah je tahu. Cubalah korang bayangkan sendiri, sotong yang baru je dicandat, disiang dan dimasak terus. Kali ni memang tak berkira bab sotong tu, kami masuk je setakat kami nak. Tak ada siapa nak marah. Rasa sotong fresh tu memang best sangat. Next time nampak gaya kena prepare untuk masak resipi tomyam sotong la kot. Ke resipi sotong celup tepung? eh

resipi meggi sotong sedap

Selepas kenyang makan maggi sotong hasil tangkapan kami, kami meneruskan aktiviti mencandat sotong sehingga puas. Malam tu juga kami ditemani oleh sekumpulan ikan lumba-lumba berenang-renang berhampiran dengan boat kami. Tak sangka kat Tioman ada banyak ikan lumba-lumba.

best travel partner

Semua hasil tangkapan kami pada petang dan malam tu disimpan dalam ice box untuk kami bawa balik ke Kuala Lumpur. Sebahagian dari hasil tangkapan tu juga kami bawa ke restoran untuk di masak untuk makan malam terakhir masa kami di Tioman. Penat tu ada, tapi perasaan gembira dan seronok tu kami rasa lebih dari segalanya. Alhamdulillah, trip kali ni berjalan dengan lancar. Semuanya sporting dan mudah bicara.

PAKEJ SEWA BOT MAT ROMPIN BOAT CHARTER

Amacam aktiviti kami, best bukan? Kalau korang pun nak cuba aktiviti macam yang kami dah lalui ni atau ada merancang untuk bercuti ke Rompin atau Pulau Tioman ; korang boleh cuba ambil pakej memancing laut bersama Mat Rompin Boat Charter. Insyaallah akan puas hati.

Berikut saya sertakan 6 pakej memancing yang boleh korang pilih mengikut citarasa dan kesesuaian dengan korang :

PAKEJ 1

-Memancing di area Kuala Rompin sahaja.(memancing balik hari)
-Sewa bot RM 1900 per/day.
-Start pancing pukul 8 pagi - 5 petang.

PAKEJ 2

-Memancing Bottom Fishing 2 hari 1 malam & tidur di Chalet Tioman.
-Harga RM 4600 (tak termasuk sewa chalet)

PAKEJ 3

-Memancing Bottom Fishing 2 hari 1 malam tidur di dalam bot.
(memancing sepanjang masa di dalam bot)
-Harga RM 5500 untuk 2 hari 1 malam.

PAKEJ 4

-Memancing Bottom Fishing 3 hari 2 malam tidur di dalam bot.
(memancing sepanjang masa dalam bot)
-Harga RM 7500 utk 3 hari 2 malam.

PAKEJ 5

-Pakej Candat Sotong Panjang
-Memancing start pukul 3 petang dan balik pada keesokan paginya.
(memancing 1 hari 1 malam)
-Harga RM 2200

PAKEJ 6

-Pakej Mancing Sotong Mengabang 1 Hari
-Start pancing pukul 8 pagi-5 petang.
-Pancing Sotong Mengabang Area Kuala Rompin sahaja.
-Harga RM 1900

Jangan lupa bawa tong untuk isi hasil tangkapan korang. Semua hasil tangkapan korang sudah semestinya korang boleh bawa balik.

Kalau korang berminat untuk mencuba mana-mana pakej yang ditawarkan, korang boleh sahaja menghubungi Captain Mat Rompin menerusi:-

NO. TEL / WHATSAPP: 019-923 2683 
FACEBOOK / FB PAGE: Mat / Mat Rompin Boat Charters

candat sotong 2020, candat sotong terengganu, candat sotong pulau tioman

21 comments:

  1. besar-besar sotong tu...
    beza tak rasa sotong segar dengan beli d pasar?

    ReplyDelete
  2. Lawa2 gambar wei! Haha..tak ada yg mabuk ke masa mencandat tu wak? Kte aritu ke ganu kte tak turun mencandat pun. Asalnya nak gi tp ptg kena migraine terus x jd

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah tak ada. semua segar bugar walaupun ombak agak besar jugak.

      Delete
  3. Menarik ~~.. once in a lifetime experience. Must-try for kaki fishing

    ReplyDelete
  4. Ya ampunnn syoknyaaaa ...madi akak suka sotong walaipun akak ada elergik ....camtu yer rupanya sotong freshhh nampak transparent .....sesekali teringin jugak nak buat aktiviti ni sekai seumur hidup pun jadilah .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kak, kena cuba sekali.. memang puas hati sangat-sangat

      Delete
  5. Kepada kaki pancing ini adalah syurga anda semua. Nak pergi berdua memang sakit kepala kerna pakai duit banyak hehe. Terima kasih share dan stay safe semua

    ReplyDelete
  6. wow, that's a very cool trip to Tioman. I have not been there yet. Hope to visit it one day when the situation is better la

    ReplyDelete
  7. Seronoknua pengalaman mcm ni. Hope 1 day nt boleh rasa juga ๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  8. Wah, nampak menarik la. Tak sangka ramai jugak perempuan yang minat aktiviti ni, ya? Mesti cuba ni.

    ReplyDelete
  9. Sy pernah pergi candat sotong dekat terenganu mmg seronok pengalaman tu, bila baca entri ni, teringin nak ke laut lagi nnt boleh guna info yg dikongsikan

    ReplyDelete
  10. Seronok kan pengalaman mencandat sotong.. Ingat lagi kenangan ada kursus universiti kat Pulau Kapas.. Nasib volunteerkan diri untuk merasai pengalaman ni.. Dapat sekor sotong terus Kitkat KO.. Hahaha... Sedap masak fresh terus ni..masa tue kami dah balik darat baru masak sotong goreng tepung n bbq kot.. Nak ulang lagi la next time.. ๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  11. bestnya Mawardi pergi mencandat sotong. seronok bila dapat naikkan sotong tu kan. saiznya besar2 pulak tu. rasa nak pergi lagi mencandat. jom Mawardi !

    ReplyDelete
  12. Bestnyaa woooo...
    Ikan Mahi-mahi tu masak kari sedap...tenggori plak masak asam pedas...tapi sotong tu ikutkan bakar lagi kawwwww...manisss.,.
    Nak tunjuk kat Laki leerr, best gak ni buat aktiviti family gini kannn...

    ReplyDelete
  13. Bestnya korang. Ambik experience mencandat atas bot. Beso beso sotong ye. Syok! Pakej pun menarik

    ReplyDelete
  14. Wow best kan experience macam ni, paling best makan sotong maggi dalam bot. Fresh giller.

    ReplyDelete
  15. Seronoknya. Tapi x mabuk laut ke heheheh. Tgk sotong2 besar geram tgk hiks

    ReplyDelete
  16. Ya Allah, bestnya! Dapat makan sotong fresh2 lagi tu! Seronoknya baca, haish, entah bilalahd apat pengalaman mcm ni. :)

    ReplyDelete
  17. 13 tahun pengalaman bukan calang calang kalau macam tu... bila baca ni, terimgat zaman saya suka baca majalah buletin lubuk dulu dulu... memang story pasal mancing, candat sotong. ikan, etc... bestnya pengalaman macam ni. Bagus ada 6 pakej, boleh lah pilih pilih...

    ReplyDelete
  18. Sotong fresh, terus bakar. Aum! Sedap terasa kenikmatan dia. :) aduh,,

    ReplyDelete