Saturday, September 05, 2020

TANDA-TANDA TERKENA GANGGUAN SIHIR DAN CARA MERAWAT


Dalam masyarakat melayu, kita pasti akan terbiasa dengar cerita-cerita berkaitan dengan Jin dan sihir. Jin lebih dikenali sebagai makhluk halus iaitu makhluk yang tidak dapat dilihat oleh masyarakat kita . Perkataan Jin berasal daripada perkataan arab iaitu Jiniy dan Genie dalam bahasa inggeris yang membawa maksud yang tersembunyi / yang tertutup , dalam islam memaksudkan jin ini makhluk yang berakal , berkehendak , sedar, mempunyai kewajipan , berjasad halus dan hidup dibumi.

Dalam sebuah hadis dari Abu Tha’labah yang bermaksud : “Jin itu ada tiga jenis iaitu : Jenis yang mempunyai sayap dan terbang di udara, Jenis ular dan jengking dan Jenis yang menetap dan berpindah-pindah.”

Sihir pula tergolong dalam kejahatan yang tercatat di dalam Al Quran, wujudnya sihir di dunia ini adalah sebagai ujian dan cubaan walaupun sihir ini tidak diredhai oleh Allah SWT dan dilarang untuk melakukannya. Maksud ringkasnya ialah, “Suatu perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat yang tertentu, dibawah keadaan dan persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara yang misteri. “

Untuk perkongsian pada kali ni, saya akan kongsikan 43 Tanda-tanda Terkena Gangguan Sihir pada diri seseorang dan beberapa carayang boleh kita ambil untuk merawatnya.

Antara tanda-tanda berikut adalah seperti:
  1. Seseorang yang baru berkahwin tidak mempunyai nafsu terhadap isterinya.
  2. Seseorang itu merasa kadangkala terlalu panas dan kadangkala terlalu sejuk sehingga ia sanggup ” meminum air yang mendidih.
  3. Suami dan isteri yang tiba-tiba sahaja merasa tidak aman, benci-membenci antara satu dengan lain walaupun sebelumnya mereka sangat berkasih-sayang.
  4. Kebiasaannya gejala penyakit yang disebabkan oleh sihir lebih menonjol sewaktu senja.
  5. Penyakit-penyakit baik fizikal atau kejiwaan yang tidak dapat disahkan puncanya oleh doktor-doktor yang pakar.
  6. Sakit kepala dan dada selepas waktu asar keatas.
  7. Badan terasa bisa-bisa/gatal.
  8. Sakit/takut ketika ziarah orang meninggal.
  9. Sukar tidur malam.
  10. Sakit pinggang tanpa sebab.
  11. Sakit dada bila waktu asar keatas.
  12. Bermimpi bayi/kanak-kanak atau menyusukan bayi.
  13. Sakit anggota badan tertentu seperti kaki, tangan selepas waktu asar.
  14. Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
  15. Bayi kerap menangis.
  16. Bunyi guli jatuh diatas syiling.
  17. Panas baran.
  18. Sikap berubah secara mendadak.
  19. Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
  20. Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
  21. Kerap keguguran.
  22. Gagal melakukan hubungan kelamin.
  23. Mengantuk bila dengar al-quran.
  24. Bermimpi seram yang menakutkan.
  25. Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal.
  26. Selalu ditindih ketika tidur.
  27. Selalu melihat kelibat dirumah.
  28. Terasa diri selalu diperhatikan/diekori.
  29. Kerap mendengar sesuatu bisikan.
  30. Melihat jin secara terus.
  31. Sakit mental atau gila.
  32. Sakit tulang belakang tanpa sebab.
  33. Sakit kepala tak tentu masa tanpa sebab klinikal
  34. Loya/sebu pada bahagian perut tanpa sebab klinikal.
  35. Sakit dibahagian tulang rusuk kiri/kanan dan ulu hati.
  36. Sakit dibahagian tulang punggung tanpa sebab.
  37. Timbul rasa takut tanpa sebab.
  38. Sering pengsan tanpa sebab.
  39. Kerap mendengar bisikan/hasutan untuk melakukan perkara-perkara syirik.
  40. Ragu-ragu tentang keimanan (ingin murtad).
  41. Terdengar suara yang datang menyergah ketika tidur.
  42. Terasa sesuatu menyentap kaki ketika tidur.
  43. Kerap terdapat tanda lebam pada anggota badan.
Cara Merawat Gangguan Sihir Terhadap Diri Dan Keluarga?

1. Mengesan jin didalam badan

Ini adalah kaedah awal yang boleh kita lakukan untuk mengesan jin yang bersembunyi didalam badan. Ianya mudah dan kita boleh lakukan sendiri:
  • Membaca Fatihah sebanyak 1 kali.
  • Niat & berdoa meminta Allah agar diberi petunjuk.
  • Baca Ayatul Kursi sebanyak 33 kali ( tanpa henti sehingga cukup 33 x)

Antara petanda terdapat jin yang bersembunyi didalam badan kita adalah:
  • Hati berdebar-debar
  • Lupa bacaan, tersasul, terhenti secara mendadak
  • Anda pening, mengantuk.. rasa nak pengsan
  • Rasa mual & nak muntah
  • Sakit perut secara tiba-tiba
  • Terasa pergerakan didalam badan.
  • Nafas anda luar biasa (mengeluarkan nada yang berbeza)
  • Jari-jari anda seperti ingin mencakar sesuatu

2. Membaca Ayat Rukyah

Maksud ruqyah secara istilah adalah al-‘udzah (sebuah perlindungan) yang digunakan untuk melindungi orang yang terkena penyakit dan untuk rawatan makhluk halus.

Antara ayat rukyah adalah:
  1. Al-Fatihah
  2. Al-Baqarah Ayat 1-5
  3. Al-Baqarah Ayat 102
  4. Al-Baqarah Ayat 163-164
  5. Al-Baqarah (Ayatul Kursi) Ayat 255
  6. Al-Baqarah Ayat 285-286
  7. Ali-Imran Ayat 18-19
  8. Al-’Araf Ayat 54-56
  9. Al-’Araf Ayat 117-122
  10. Yunus Ayat 81-82
  11. Toha Ayat 69
  12. Al-Mukminun Ayat 115-118
  13. As-Soffaat Ayat 1-10
  14. Al-Ahqaaf Ayat 29-32
  15. Ar-Rahman Ayat 33-36
  16. Al-Hasyr Ayat 21-24
  17. Al-Jin Ayat 1-9
  18. Al-Ikhlas
  19. Al-Falaq
  20. An-Naas
3. Mandi Air Daun Bidara

Salah satu cara berkesan lain untuk melindungi diri dan keluarga daripada gangguan sihir adalah dengan mengamalkan mandi dengan air daun bidara. Untuk pengetahuan semua, daun bidara adalah salah satu bahan yang mempunyai bau yang sangat tidak disukai oleh jin dan makhluk halus yang lain.

Daun bidara, iaitu sejenis tumbuhan yang ada disebut dalam Al-Quran yang digunakan secara khusus untuk merawat penyakit-penyakit rohani seperti gangguan emosi, gangguan tidur, gangguan jin dan sihir. Oleh sebab yang demikian, Daun Bidara ini telah digunakan oleh para ulama sejak zaman berzaman sebagai bahan penting dalam merawat dan menyembuhkan orang yang terkena sihir dan membuang saka.


4. Berjumpa dengan Ustaz atau Pengamal Perubatan Islam

Jika masalah gangguan sudah berada di tahap yang kritikal, dinasihatkan untuk keluarga pesakit bawa pesakit berjumpa ustaz atau pengamal perubatan islam yang pakar dalam hal-hal sebegini.

Sebagai penutup, perbanyakkan doa supaya Allah menjaga diri, keluarga & keturunan daripada gangguan Jin & Sihir. Semoga ianya bermanfaat.

0 comments: