Tuesday, May 26, 2020

RESIPI SIHAT PUDING ROTI KISMIS CALIFORNIA DENGAN SOS KASTARD

KISMIS CALIFORNIA

PUDING ROTI KISMIS DENGAN SOS KASTARD sudah semestinya akan jadi juadah pencuci mulut paling popular untuk dihidangkan di pagi raya. Ini mungkin kerana kaedah pembuatan Puding Roti ni tidak susah dan tidak mengambil masa yang lama untuk disediakan. 

Tapi faham-fahamlah, kuih muih ni biasanya perlukan banyak gula untuk jadikannya sedap ! Bagaimana agaknya cara nak mengurangkan pengambilan gula tetapi dalam masa yang sama ingin kekalkan rasa kemanisan biskut dan kuih raya ya? Saya ada terbaca satu artikel perkongsian dari Rushda Adiba Ismail (Dietitian, KPJ Damansara Specialist Hospital) tentang tips dan panduan penyediaan hidangan sihat di Hari Raya. Antara salah satu dari tips yang beliau kongsikan adalah ; 
  • Gunakan ramuan tinggi serat untuk membuat biskut dan kuih raya seperti tepung bijirin penuh, oat dan kismis

Jadi sebagai alternatif, kismis boleh digunakan bagi menggantikan gula kerana ia manis secara semulajadi dan tiada gula tambahan. Tapi, pemilihan jenis kismis pun sangat penting bagi menjamin kualitinya dan kita dapat apa yang diperlukan.

KISMIS CALIFORNIA

Nak lebih bagus, korang guna Kismis California. Kismis dari brand ni sangat sesuai digunakan untuk penyediaan pencuci mulut, biskut dan kuih raya. Kismis California mudah didapati di pasaran untuk kegunaan dalam resepi masakan. Korang tak perlu risau, Kismis California ni telah dikeringkan di bawah matahari dan rasa manis buah kering ini terbit secara semulajadi. Ini menjadikan kismis California snek berkhasiat yang sesuai dinikmati oleh semua peringkat umur.

Bagi Syawal ini, penyediaan biskut Raya, pencuci mulut atau hidangan utama dengan menggunakan Kismis California sangat digalakkan untuk menggantikan penggunaan gula. Resepi ringkas menggunakan Kismis California boleh dicuba seperti resepi berikut. 

RESIPI PUDING ROTI KISMIS CALIFORNIA DENGAN SOS KASTARD
Masa Penyediaan: 20 minit
Masa Memasak: 30 minit

RESIPI SIHAT PUDING ROTI KISMIS CALIFORNIA DENGAN SOS KASTARD

Bahan-Bahan:

A) Puding Roti:
  • 60 gm Kismis California
  • 8 keping roti putih
  • 500ml susu rendah lemak
  • 2 biji telur,saiz sederhana
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil esen vanila
B) Sos Kastard
  • 300ml susu rendah lemak
  • 1 sudu kecil gula
  • 2 sudu besar tepung kastard
Bahan tambahan:
  • 1 sudu kecil mentega untuk gris permukaan loyang
Cara-cara Penyediaan:
  1. Panaskan oven 10 minit pada suhu 180°c.
  2. Satukan susu rendah lemak, 30 gm Kismis California, telur, gula dan esen vanila dalam satu bekas.
  3. Koyakkan roti atau boleh potong 4. Kemudian rendam roti ke dalam campuran tadi. Pastikan semua bahagian roti terendam dan meresap bahan cecair tadi.
  4. Tuangkan ke dalam loyang yang telah digris mentega. Taburkan baki kismis, 30 gm ke atas adunan puding roti. Biarkan dalam 10 minit.
  5. Bakar pada suhu 180°C selama 30 minit.
  6. Untuk sos kastard, campurkan semua bahan B ke dalam periuk dan kacau hingga menjadi pekat. Gunakan api kecil.
  7. Puding roti boleh dipotong dan tuang sos kastard ke atas puding roti.
Selain dari resipi puding roti, Cik Rushda Adiba Ismail juga ada kongsikan resipi makanan sihat SALAD SAYUR BERSAMA KISMIS CALIFORNIA untuk korang cuba.

SALAD SAYUR BERSAMA KISMIS CALIFORNIA
Masa Penyediaan: 10 minit

KISMIS CALIFORNIA

Bahan-Bahan:
  • 60 gm Kismis California
  • Daun salad (merah dan hijau)
  • Ceri tomato
  • Lobak merah, hiris panjang
  • Sos salad (thousand island dressing)
Cara-cara Penyediaan:
  1. Basuh dan toskan daun salad, kemudian potong kecil.
  2. Dalam satu mangkuk, campurkan semua bahan-bahan. Gaul rata bersama sos salad dan sedia dihidang.
  3. Sesuai dinikmati sebagai snek (sejukkan dahulu) atau boleh dihidang bersama hidangan utama semasa perayaan.
Harga Kismis California berpatutan dan mudah didapati di pasar raya dalam bungkusan makanan ringan dan senang dibawa.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai fakta pemakanan dan petua resipi mengenai Kismis California, sila lawati laman web https://www.raisins.org

18 comments:

  1. hmm... nampak lazat.. mat ri ye Madi.

    ReplyDelete
  2. Wah, kismis Sunmaid ini memang bisa dikatakan legendaris ya ...
    Dulu saat saya masih bocah sering ngemil kismis ini ๐Ÿ˜.
    Sampai sekarang brandnya masih aktif dan tetap dengan desain kemasan yang sama

    ReplyDelete
  3. Banyak resipi boleh buat dengan kismis ni. Kalau puding roti tu memang selalu buat masa bulan puasa.

    ReplyDelete
  4. Puding roti memang favourite! Sedapnyaa. Kalau beli kismis, memang suka beli Sunmaid ni jugak. Anak-anak pun suka nak makan kismis ni.

    ReplyDelete
  5. Nak cuba lah resepi puding roti ni sbb kak memang suka puding roti. Ni nampak senang.

    ReplyDelete
  6. Puding roti tak sah tanpa kismis kan. Nampak sedap kismis ni, boleh cuba beli nanti..
    ~Salam perkenalan dari Fara Sofea Dot Com..

    ReplyDelete
  7. Tengah puasa aritu dah buat puding roti, pasni nak try buat salad dan kismis la plak. Sementelah stok kismis ada lagi kat dalam fridge kan.

    ReplyDelete
  8. dua-dua resipi nampak sedap! Suka makan kismis sunmaid california ni sebab dia tak manis macam kismis lain. Makan banyak pun still sedap

    ReplyDelete
  9. Hehehe....... I’ve been snacking on kismis too since PKP started last March. It’s nice to have kismis as a snack.

    ReplyDelete
  10. Saya memang suka makan kismis Ligo ni. Kadang kalau beli kismis ni saya makan macam tu je buat kudapan. Kismis Ligo ni memang sedap buh atas puding roti. Rasa yummy sangat. Terasa lemak roti dan manis kismis tu dalam mulut.

    ReplyDelete
  11. Dah lama xcuba buat pudibg roti ni, tgk mcm sedap jer siap dgn sauce dia

    ReplyDelete
  12. sedap. kadang saya buat puding roti tak buh kismis pun. nanti blh cubalah

    ReplyDelete
  13. Sedapnya puding roti. Tapi tak pernah buat. Hehehe..
    Klau buat kek, suka juga bubuh kismis.
    Terasa la macam buat kek buah kononnya tu.
    Hihihi

    ReplyDelete
  14. Sis kismis suka makan begitu sahaja, kurang suka buat masak..walau puding roti sekalipun, memang jarang letak..tak tau kenapa ...

    ReplyDelete
  15. Sedapnya puding roti dengan kismis. Lagi lagi California kismis ni. Dulu kecik-kecik selalu bawak yang pocket size punya ke mana mana. Convenient sangat

    ReplyDelete
  16. Dua-dua resepi nampak simple ni. Boleh la try. Iza suka kismis ni compare kismis lain. Ok nanti nk pergi cari bahan la. Nk buat salad tu dulu. Nmpak tempting!

    ReplyDelete
  17. Kismis ni banyak resipi boleh jadi. Cuma suka atau tak aje kan. Ada yang suka makan kismis macam akak, selalunya buat kek buah kismis, nasi minyak kismis, ayam bali kismis, manisan kismis campur dengan bubur sejuk cha cha or pisang. Sedapnyaaaaa!!!!!

    ReplyDelete
  18. I pun suka add kismis dalam my salad, lauk or even baking cakes or bread. Sedap and berkhasiat.

    ReplyDelete