Saturday, May 02, 2020

RESIPI KUIH ONDE-ONDE ATAU BUAH MELAKA


Onde onde sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung pulut dan berintikan gula melaka yang dipotong dadu. Kuih onde onde atau Kuih Buah Melaka ini adalah kuih tradisional yang telah ada sejak turun temurun. Di kelantan kuih ini digelar sebagai Buah Kekoh Char. Kalau korang nak tahu maksud "kekoh" dalam bahasa surat adalah gigit.

Selain popular di Malaysia, kuih ini juga ada di beberapa negeri jiran kita termasuk Indonesia yang dikenali dengan nama "Klepon". Manakala di Brunei ia dikenali sebagai "kuih pancit". Jadi jom kita tengok resepi untuk buat Kuih Onde Onde Sedap dan Lembut .

Bahan-Bahan
  • 4 sudu besar Tepung Pulut 
  • 1 sudu besar Tepung Beras
  • Gula Melaka (dipotong kecil)
  • 5 helai Daun Pandan (kisar dengan air dan ambil jusnya)
  • 1/2 biji Kelapa Muda Parut
  • Sedikit garam (untuk gaul dengan Kelapa Parut)
  • Sedikit Air Kapur

Step Memasak
  1. Mula-mula bancuh tepung pulut dan tepung beras dengan air daun pandan dan air kapur sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh digentel dan tak melekat di tangan.
  2. Ambil adunan sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan gula Melaka yang dipotong kecil atau dihancurkan supaya ianya betul betul cair semasa direbus. Tutup adunan kemas kemas dan gentel adunan dengan kedua tapak tangan supaya berbentuk bulat cantik.
  3. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. Kalau suka, boleh masukkan daun pandan yang dicarik dalam air rebusan supaya air berbau wangi.
  4. Masukkan bebola tepung tadi dan tunggu sehingga ianya timbul di permukaan air menandakan ianya telah masak dan sedia untuk diceduk keluar dengan penapis besi.
  5. Tos dan terus masukkan ke dalam pinggan kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam.
  6. Golek-golekkan kuih di atas kelapa tadi sehingga ianya betul betul bersalut. 
  7. Sedia untuk dihidangkan.

0 comments: