Saturday, May 02, 2020

RESIPI PARU SAMBAL RANGUP DAN SEDAP


Biasanya saya akan makan Sambal Paru dengan Nasi Lemak. Tapi kalau dapat Sambal Paru yang rangup dan sedap, saya lebih gemar jadikan ia sebagai kudapan, boleh makan macam tu je sambil menonton drama kat tv kan. Tapi tak semua orang pandai masak Sambal Paru rangup dan sedap kan. Jadi kalau nak selalu makan yang sedap kenalah belajar dan masak sendiri Paru Sambal yang cruncy tu. Oleh sebab tu, kali ni saya nak share cara goreng Paru Sambal Supaya Rangup & Tak Liat . Jom lihat resipi dan tips masak Sambal Paru kat bawah ni. Selamat mencuba !

Bahan Rebus

  • 500 gram paru
  • 1-2 inci halia - hiris kasar
  • 1 batang serai - ketuk
  • Garam

Bahan Kisar Kasar

  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 1 inci halia
Bahan Lain
  • 1 sudu kecil serbuk perasa
  • 1 sudu besar gula
  • 1 keping asam keping
  • 1/2 biji bawang besar Holand (dihiris nipis)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • Garam (penambah rasa)
Step Memasak
  1. Mula-mula basuh dan cuci paru sehingga bersih.
  2. Rebus paru dengan semua bahan rebus sehingga empuk. Angkat tos dan sejukkan. Setelah sejuk, hiris paru nipis-nipis mengikut yang citarasa korang.
  3. Panaskan minyak yang agak banyak supaya paru yang kita goreng akan tenggelam dan boleh masak dengan sekata. Pastikan korang goreng dengan menggunakan api yang besar sehingga garing. Selepas selesai, bolehlah angkat dan tos.
  4. Selepas itu dengan menggunakan kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan serai sehingga garing dan pecah minyak.
  5. Masukkan asam keping, gula, serbuk perasa dan garam.
  6. Kemudian, masukkan bawang besar hiris dan kacau rata sehingga bawang layu. Selepas tu, terus boleh tutup api.
  7. Setelah sambal agak suam, baru dimasukkan paru yang telah siap digoreng tadi dan kacau sehingga rata.
Tips Tambahan
  • Cuci paru dengan limau supaya dapat hilangkan bau hanyir.
  • Satu lagi tips ialah rebus dengan garam dan asam keping. Dengan cara ini, tekstur paru lebih rangup dan baunya pun kurang hanyir.
  • Selepas hiris, korang juga boleh bolehlah marinate paru dengan garam dan kunyit macam biasa.

2 comments:

  1. Perghhh sedapnya, peberet Sis menu paru, tak kisahlah masak apa, kalau nampak memang Sis beli atau amik..

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaa..lapar terus bila tengok resepi nih

    ReplyDelete