Monday, May 04, 2020

RESIPI AYAM KAMPUNG GORENG

Resipi Ayam Kampung Goreng

Seperti yang sedia maklum, Ayam Kampung agak mahal berbanding ayam daging biasa di pasaran.  Itu memang saya sendiri akui. Banyak faktor yang boleh mengaitkan tentang hal tersebut. Ada yang mengatakan bahawa ianya kerana ayam kampung tidak disuntik dan organik. Cara memeliharanya pun berbeza kerana kebiasaanya dibiar bebas mencari makanan sendiri. Oleh sebab itu juga, ayam kampung lebih sihat untuk dimakan berbanding ayam daging biasa yang ada dipasaran. Ramai juga yang akui bahawa daging ayam kampung lebih liat dari ayam daging biasa. Walaupun begitu, ia tetap menjadi pilihan orang ramai.

Memandangkan Ayam Kampung ni boleh dikatakan sebagai makanan premium, kali ni saya nak kongsikan resipi ringkas memasak Ayam Kampung Goreng yang sedap.

Bahan-bahan (1)
  • Beberapa ketul ayam kampung (4 atau 5) 
  • 1/2 sudu jintan manis 
  • 1/2 sudu jintan putih 
  • 1 sudu ketumbar 
  • 1 biji telur
  • Daun Kari 
  • Garam secukup rasa
  • Minyak Masak
Bahan Kisar
  • 5 ulas bawang putih 
  • 1 inci Kunyit Hidup
  • 1 inci Halia
  • 3 batang Serai 
Step Memasak
  1. Mula-mula, basuh ayam sehingga bersih dan potong kepada beberapa bahagian.
  2. Perap ayam dengan semua kisar dan (bahan 1 kecuali minyak ) selama 45 minit atau sejam.
  3. Kemudian, panaskan minyak masak & goreng ayam yang telah diperap tadi sehingga garing dengan menggunakan api yang sederhana. Angkat dan toskan.
  4. Sedia untuk dihidangkan
Tip Tambahan
  • Tips nak empukkan dading ayam kampung adalah dengan cara rendam dalam jus nenas untuk beberapa minit.
  • Tips untuk dapat daging ayam kampung manis dan empuk pula dengan masak ayam kampung terlebih dahulu dengan air kelapa. Biasanya ia sesuai untuk resipi Gulai Ayam Kampung.
  • Masak dengan menggunakan minyak yang banyak (ayam tenggelam) untuk memastikan ayam daging masak dengan sekata.
  • Makan ketika ianya masih panas.

1 comment:

  1. Resepi yang simple dan menyelerakan ! Thanks for sharing :)

    ReplyDelete