CPG COSMETICS : KEPERITAN HIDUP LALU DORONG WANITA INI LEBIH BERJAYA


Sangat terinspirasi dengan kisah seorang guru yang kini telah menjadi usahawan kosmetik yang sangat berjaya iaitu Pn. Ismaniza Fahida Ismail, 38, sebagai pengasas CPG Cosmetics. CPG ni merupakan singkatan kepada gelaran dirinya iaitu Cik Puan Gojes, dan panggilan tersebut boleh kita katakan telah menjadi punca kepada rezeki jenama perniagaan beliau sekarang.
Untuk pengetahuan korang, CPG Cosmetics telah menerima anugerah Kosmetik Terbaik Kedah 2018Anugerah Inovasi Solekan Terbaik 2018 manakala pengasasnya pula pernah menyandang gelaran Ikon Usahawan Utara 2019.
Syarikat ini menghasilkan pelbagai jenis produk kecantikan yang terkini dan mengikut cita rasa kaum wanita dan remaja masa kini. Tekstur yang digunakan untuk membuat produk CPG Cosmetics berasakan bahan-bahan yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


Sehingga hari ini, CPG Cosmetics telah mengeluarkan 10 jenis produk kecantikan seperti kompak debu, asas solekan, maskara, celak kening, foundation dan banyak lagi.

CPG Cosmetics ditubuhkan kerana perkembangan yang memberangsangkan pada produk keluaran yang lalu dan permintaan yang tinggi keatas produk kecantikan. CPG Cosmetics masih memonopoli pasaran kosmetik kerana kepercayaan pengguna terhadap kualiti dan keberkesanannya. Mereka sangat percaya bahawa, kepercayaan pengguna menjadi asas kejayaan jenama ini.

KISAH KEJAYAAN PENGASAS CPG COSMETICS

Sejak di bangku sekolah, wanita yang berasal dari Baling, Kedah ini sudah bijak merebut peluang didepan mata. Berbekal semangat dan kerajinan, Pn. Ismaniza Fahida Ismail, 38, tidak jemu berusaha mencari duit poket. Ismaniza atau mesra dengan sapaan CPG tidak pernah malu untuk berniaga. Pada sebelah pagi, beliau menjual laksa yang dimasak oleh ibunya. Waktu petang pula, beliau gigih menjual jeruk buahan. Dari sini kita dapat lihat sendiri bertapa gigihnya beliau untuk mencari rezeki dan belajar ilmu berniaga.
Ismaniza Fahida Ismail, pengasas CPG Cosmetics

Keperitan hidup beliau telah mengajar dan menjadikan beliau seorang insan yang tabah dan cekal mencari rezeki untuk membina masa depan yang cerah. Apa yang saya boleh katakan, pengalaman mencari rezeki sewaktu kecil inilah yang membentuk peribadi CPG pada hari ini. Dia sendiri sangat yakin bahawa dengan berniaga, ianya mampu memberi pulangan lumayan dan boleh mengubah nasibnya sekeluarganya.

Sebagai anak sulung daripada lima beradik, saya berdikari dan banyak membantu meringankan beban ibu dan ayah. Keluarga saya bukan orang senang, lantaran saya bertekad mahu memberikan kehidupan yang lebih baik kepada mereka."
Walaupun kini sudah mempunyai pendapatan lumayan, namun beliau tidak pernah lupa diri. Beliau sentiasa berpijak di bumi nyata dan sentiasa berkongsi rezeki bersama keluarganya. Beliau sangat bersyukur dikurniakan seorang suami, Mohd Rozaini Khazali, yang sangat memahami beliau dan sangat membantu dalam urusan perniagaan yang beliau ceburi.
Suami sanggup meninggalkan kerjayanya sebagai Pegawai Bomba & Penyelamat semata-mata mahu memberi fokus kepada perniagaan yang kami usahakan. Saya pula sedang bercuti tanpa gaji sebagai guru kerana minat yang sangat mendalam dalam perniagaan."

Selain dari kisah inspirasi dari pengasas CPG Cosmetis sendiri, mereka juga mempunyai Leader CPG Cosmetics yang juga mempunyai kisah menarik tentang kejayaan mereka tersendiri seperti Moharita Mohamed, Hasrina Hussin, Nur Shafinar Issa dan Noor Ain Maulad Yahaya .

CPG COSMETICS KINI DI AEON

CPG Cosmetics telah diperbadankan di bawah syarikat Pesona Idaman Qaseh Sdn Bhd pada tahun 2017. CPG Cosmetics ditubuhkan pada 9 MAC 2017 selepas kelahiran Fantabulous Skincare dan CPG Obcession. CPG Cosmetics ditubuhkan dibawah syarikat Pesona Idaman Qaseh Sdn Bhd.


Kini jenama CPG Cosmetics boleh dibanggakan kerana sudah berada di empat pusat membeli-belah Aeon di Maluri, Nilai, Dato’ Onn dan Shah Alam. Ini merupakan satu pencapaian yang terbesar kepada produk tempatan kita untuk bersaing dengan produk kosmetik antarabangsa yang telah lama menapak di pusat membeli-belah tersebut.


Jangan lupa untuk layari laman sesawang mereka di www.cikpuangojes.com dan follow media sosial mereka di www.instagram.com/cik.puan.gojes & www.facebook.com/cpgcosmeticsmalaysia untuk maklumat yang lebih lanjut berkenaan produk yang mereka tawarkan.

Post a Comment

13 Comments

  1. Pengasasnya cantik sangat, jadi duta sendiri pun dah sesuai sangat kann..
    CPG ni memang bagus tau brand dia, produk dia setanding jenama yang femes sekarang,.

    ReplyDelete
  2. rasanya dah komen :)
    cantik kan the pengasas dia sis lin.
    tak payah cari duta lain. haha.

    ReplyDelete
  3. Seorang founder yang hebat dan cantik. Walau tak pandai sangat make-up, hanya sekadar lipstik dan celak, tapi tengok orang make-up cantik nak cuba juga.

    ReplyDelete
  4. Dah ramai gak wanita wanita Melayu kita yg dah verjaya jd usahawan kosmetik. Tahniah!

    ReplyDelete
  5. Bole dijadikan tauladan. Tiada kejayaan datang bergolek..semoga terus success

    ReplyDelete
  6. Ruby guna produk CPG. Ini diantara produk berkualiti dan femes. MUA boleh guna, kita yang biashe biashe pun bleh guna.

    ReplyDelete
  7. Kisah sebegini memang sangat Rawlins suka - bangun dari kesukaran hidup memang akan memberi motivasi untuk lebih kuat dan terus mengejar kejayaan

    ReplyDelete
  8. suka dengar pengalaman org dalam bisnes berjaya...janji kita ada semangat untuk mengubah nasib hidup

    ReplyDelete
  9. Boleh jadikan inspirasi buat semua yg nak berjaya.. Bukan senang nak senang..bak kata org, susah2 dahulu brsenang2 kmudian..

    ReplyDelete
  10. suka dengar kisah kejayaan seseorang yang bermula dari bawha sehingga dah berjaya. semoga ramai yang terinspirasi dengan kejayaan beliau ;)

    ReplyDelete
  11. tahniah memang bukan mudah jadi founder. kalau tak kuat hati, iman dan semangat, susah juga

    ReplyDelete
  12. Most of founder I kenal.. selalunya banyak belajar dari kesusahan hidup.. memang kesusahan tu yang ilmu yang paling penting kan.. cantik pula packaging kosmetik ni.. geram tengok

    ReplyDelete
  13. Belum pernah try lagi produk ni. Sy seorang y susah sikit nak tukar produk baru ada masalah kulit sensitif. Tapi saya sangat terinspirasi dengan kejayaannya. Semoga beliau terus cekal dalam perniagaannya.

    ReplyDelete