APA YANG MENARIK DI KOTA SOLO (SURAKARTA) & SEKITARNYA


Kota Surakarta atau lebih dikenali sebagai Kota Solo merupakan wilayah dengan pemerintahan sendiri dengan status Kota di bawah Provinsi Jawa TengahIndonesia. Untuk pengetahuan korang, Kota Solo merupakan kota ketiga terbesar di pulau Jawa bahagian selatan selepas  Bandung dan Malang.



Saya dan kawan-kawan telah berpeluang ke Kota Surakarta untuk menikmati sendiri apa yang ada di sana. Kami telah bertolak dari KLIA2 dengan menaiki pesawat Lion Air dan transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta sebelum meneruskan perjalanan domestik ke Lapangan Terbang Adi Soemarmo, Solo. Pilihan ini dibuat kerana kosnya lebih murah dari yang lain.

Pasar Gede


Pasar Gede merupakan sebuah pasar tradisional terbesar dan tertua di Kota Solo yang dibangunkan sejak tahun 1930 lagi. Terletak berdekatan dengan Balaikota Surakarta di Jalan Jendral Sudirman, Pasar Gede bukan sahaja menjadi salah satu khazanah sejarah buat Solo tetapi juga sebagai syurga kulinari yang menarik para pengunjung dari dalam dan luar Indonesia.



Di dalam pasar utamanya sendiri dikatakan terdapat hampir 1000 peniaga yang menjual aneka bahan masakan, buah-buahan, kuih muih dan banyak lagi. Selai itu, lokasi ini juga menjadi tumpuan bagi peminat street photography.
Alamat: Pasar Gede, Jl. Urip Sumoharjo, Jebres, Solo, Jawa Tengah.
Waktu operasi: 24 jam
Sepur Kluthuk Jaladara


Sapur Kluthuk Jaladara (SKJ) merupakan salah satu daya tarikan dan ikon pelancongan kepada Kota Solo. Kereta api buatan Maschinenbau Chemitz Jerman ini dibuat pada tahun 1896 ini telah mula beroperasi sejak September 2009. Apa yang menariknya tentang keretapi ini ialah ia beroperasi sepenuhnya dengan menggunakan arang iaitu kayu jati sebagai bahan bakarnya. Oleh sebab itu ia memakan belanja yang agak besar untuk naik keretapi ini. Bukan itu sahaja, SKJ merupakan satu-satunya yang masih beroperasi di Indonesia.



Kami telah dibawa bersiar-siar melalui route sepanjang 5.6 km bermula dari Stesen Purwosari hingga ke Stesen Solo Kota. Sepanjang perjalanan ini, kami telah dibawa ke beberapa tempat menarik termasuklah Loji Gandrung iaitu kediaman rasmi walikota Solo, Kampung Batik Kauman, Pasar Pon dan banyak lagi. Semasa diatas keretaapi tersebut, kami juga disajikan dengan minuman jamu dan makanan tradisional Solo sambil menikmati alunan musik tradisional yang dinyanyikan secara live sepanjang perjalanan.


Untuk menaiki kereta api ini, anda perlu buat tempahan awal dengan pejabat Dinas Perhubungan Komunikasi dan Informasi Surakarta atau hubungi terus the person in charge. Untuk maklumat lanjut berkaitan, korang boleh rujuk details di bawah.
Harga sewa satu kereta api: IDR 3,500,000
Hubungi: +62 085642005156 (Indri) atau +62 085229790462 (Sandi)
Kasunanan Surakarta


Keraton Surakarta dahulunya merupakan sebuah hub bagi sebuah empayar, tetapi kini telah menjadi salah satu tinggalan sejarah Solo yang menjadi tumpuan para pengunjung yang ingin mempelajari serba sedikit tentang sejarah kota ini.

Keraton ini didirikan oleh Susuhunan Pakubuwana II pada tahun 1744 sebagai pengganti Istana/Keraton Kartasura yang musnaha akibat Geger Pecinan 1743.

Terletak sekitar 12 km barat Kota Solo, Kasunanan Surakarta mempamerkan pelbagai jenis tinggalan sejarah termasuklah senjata, barangan-barangan digunakan dalam upacara rasmi, wayang kulit dan kereta kuda (tapi sebenarnya masa tu yang bawa bukan kuda tapi kerbau) bernama Kjahi Groedo yang berusia sekitar 273 tahun.
Alamat: Baluwarti, Pasar Kiwon, Kota Surakarta, Jawa Tengah 57144, Indonesia
Waktu operasi: 8.30 AM hingga 2 PM (hari biasa) dan 8.30 AM hingga 1 PM (hari minggu). Tutup pada hari Jumaat.
Bayaran masuk: IDR 15,000
Web: Laman web rasmi Pariwisata Solo
Wayang Orang Performance


Bagi korang yang sukakan pada kebudayaan, jangan lupa ke bangunan Sriwedari yang terletak di kota Solo untuk menyaksikan persembahan teater yang dipanggil Wayang Orang atau dikenali sebagai Wayang Wong. Cerita wayang ini diambil dari beberapa episod kisah Ramayana dan Mahabharata dan dipersembahkan dalam bentuk tarian Jawa klasik.


Persembahan Wayang Orang berlansung selama 6 hari seminggu iaitu dari hari Isnin hingga Sabtu pada pukul 8 hingga 10 malam. Ia dipersembahkan dalam bahasa Jawa dan skrin khas disediakan untuk para penonton membaca sinopsis setiap scene yang disampaikan.
Alamat: Jl. Kebangkitan Nasional No.15, Sriwedari, Laweyan, Kota Surakarta, Jawa Tengah 57141, Indonesia
Bayaran masuk: IDR 10,000 seorang
Solo Menari


Pada setiap 29th April setiap tahun,  Acara besar-besaran yang dinamakan Solo Menari diadakan di sepanjang Jalan Slamet Riyadi. Jika korang mencari sesuatu yang special tentang Solo, jangan lupa untuk visit kota ini pada tarikh tersebut. Kerana acara ini jugalah saya dan rakan-rakan berada di Kota Solo ni.


Solo Menari merupakan inisiatif untuk melestarikan nilai budaya yang mereka miliki sejak dulu lagi kerana bagi orang-orang Solo, seni tarian merupakan salah satu warisan budaya yang memiliki nilai yang cukup berharga dan seharusnya dirawat dan dijaga.


Semasa event Solo Menari, anda akan menyaksikan sekitar 5000 penari yang mempersembahkan tarian-tarian tradisional termasuklah tarian Gambyong. Peserta terdiri dari golongan wanita dari pelbagai lapisan umur. Menariknya tentang event ini ialah ia diadakan pada tarikh yang sama di mana Solo mengadakan Car Free Day.

Untuk tahu update tentang Solo Menari, sila layari laman web rasmi tourism Solo. 
Alamat: Jalan Slamet Riyadi, Surakarta, Indonesia
Bayaran masuk: Percuma
Candi Sukuh



Kalau dah sampai di Kota Solo jangan lupa ambil peluang korang ke salah sebuah lokasi menarik iaitu Candi Sukuh. Candi ini dianggap kontroversi kerana bentuknya yang diluar dari kebiasaan dan kerana gambaran alat-alat kelamin manusia secara jelas pada beberapa figuranya.



Lokasi Candi Sukuh terletak di lereng kaki Gunung Lawu pada ketinggian kurang lebih 1.186 meter di atas permukaan laut. Candi ini terletak di Dukuh Sukuh, Desa Berjo, Kecamatan Ngargoyoso, Kabupaten Karanganyar, Jawa Tengah. Candi ini berjarak lebih kurang 36 kilometer dari Kota Solo.


Candi Sukuh telah diusulkan ke UNESCO untuk menjadi salah satu Situs Warisan Dunia sejak tahun 1995.

Alamat : Tambak, Berjo, Ngargoyoso, Karanganyar Regency, Central Java 57793, Indonesia
Bayaran masuk: IDR 7,000 seorang
Waktu operasi : Setiap hari 7am - 5pm
Alila Solo


Kalau dah sampai ke Kota Solo, saya cadangkan korang untuk menginap di Hotel Alila Solo. Sebuah hotel bertaraf 5 bintang dengan kemudahan yang cukup dan mewah. Walaupun hotel ini berlabel urban hotel, namun Alila Solo tetap mampu menerapkan kombinasi lokal dengan modern ke dalam sebuah rekabentuk dalaman yang luxury.

Hotel Alila Solo terletak di Jalan Slamet Riyadi dan mengambil masa lebih kurang 30 minit dari Adi Soemarmo Airport.
Alamat : Jl. Slamet Riyadi no. 562, Solo 57143 Indonesia
Telefon : 00 62 271 6770888
Itulah beberapa lokasi dan aktiviti menarik yang saya dapat kongsikan kepada korang yang boleh korang buat di sekitar Kota Solo

Post a Comment

14 Comments

  1. cantiknya tempat dia penuh dengan seni ukiran yang cantik! Pakaian dia pun cantik, suka tengok tarian solo tu nampak meriah.

    ReplyDelete
  2. Perhatian Sis, Kota Solo ni penuh dengan kebudayaan dia ek, sampaikan ibu-ibu tu pun masih juga ikat dan sikat rambut gaya penari tu.. lagi satu muka orang sana tak berapa nampak Indon nya kann..macam muka melayu..

    ReplyDelete
  3. Wah jauh perjalanan luas pandangan kan..tak pernah ke Solo lagi ... nampak menarik gak... klu dekat Bandung boleh la pg jika ke Bandung tapi Bandung pun dah bertahun tahun x pg huhu...

    ReplyDelete
  4. Kelakar la bila guna bahasa Indonesia tu "Pasar Gede"... Gede = Besar kan. Tapi tak tahu la saya rasa kelakar. Kalau sampai kat sana, saya nak tengok Wayang Orang tu. Nampak menarik.

    ReplyDelete
  5. Menarik Kota Solo ini kan. Rawlins paling kagum dengan semangat konservasi budaya mereka sampai ada acara Solo Menari tu. Kagums!

    ReplyDelete
  6. Belum sampai lagi ke tanah Jawa. Teringat pulak Puteri Gunung Ledang yang tak nak layu di keraton! Menarik la sanggul rambut depa. teringin nak pakai.

    ReplyDelete
  7. Wahhhh serious menarik sangat entry kali ni. Travelog yang menarik. Anyway thank you for sharing and the info.

    Kereta api dia classic sgt.

    ReplyDelete
  8. wah. jauh berjalan luas pemandangan.
    indonesia penuh dgn adat & tradisi ekk.
    pakaiannya. tariannya. seni reka bangunan... indah!!!
    aida lom pernah jejak indonesia.
    in shaa Allah one day!

    ReplyDelete
  9. suka tengok ketapi lama dia, also tapak unesco tu. menarik sangat tempat ni. yang persembahan (macam teater kan), pun saya suka.

    ReplyDelete
  10. Menarik tengok tempat dan dat diaorang.. Cntik cntik ornagnyaa.. Tempat pun memng unik dengan ukirn dan rekaan nya tu.. Eh patung batu tu macam ermmm.. Hahahhaha.... Hotel nya pun nampak best

    ReplyDelete
  11. Menarik betul wayang orang tu. Eh semua tempat yang Madi share dekat artikel ni lah menarik. Hope one day dapat jugak peluang berjalan jalan macam ni.

    ReplyDelete
  12. Banyak tempat menarik di Kota Solo ni. Seronok berjalan jalan di tempat orang ni. Pasar Gede tu kan padatnya dengan barang jualan diornag. Kalau saya ada kat Pasar Gedd rambang mata nak beli barang dapur.. Hahaha

    ReplyDelete
  13. AM xpernah sampai ke surabaya.. nnti kalu ke sana boleh la rujuk pada entri mawardi.. banyak juga tmpt menarik yg penuh dgn seni budaya yea

    ReplyDelete
  14. Banyaknya yang cantik dan menarik kita tak pernah sampai lagi kat sini bestnya nanti boleh lah plan untuk travel sini last pergi pun kat Jogja jer hehehe rindu Indonesia...

    ReplyDelete