Wednesday, February 26, 2020

KEMASKINI RESUME TAHUN 2020 UNTUK MOHON PEKERJAAN


Beberapa tahun lepas saya telah kongsikan satu artikel bertajuk APAKAH ITU RESUME ! Didalam artikel tersebut saya ada kongsikan dengan jelas tentang hal-hal berkaitan termasuklah tujuan utama resume itu sendiri.

Ramai diantara kita keliru tentang resume dan curriculum vitae (cv), Pada hakikatnya, kedua – dua ini adalah berbeza. Namun, disebabkan era pemahaman yang dipegang menganggap kedua – duanya serupa. Resume sebenarnya lebih memberi fokus kepada pendidikan dan pekerjaan serta pengalaman yang dimiliki.

Secara ringkasnya, dalam resume korang boleh pamerkan perkara yang penting saja yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon. Sekiranya anda memohon untuk jawatan graphic designer, nyatakan pencapaian, pengalaman dan skil yang anda ada untuk jawatan tersebut. Senang kata, nyatakan segala input yang memenuhi kriteria-kriteria jawatan yang dipohon.

curriculum vitae (cv)
Sementara CV lebih memberi penekanan kepada seperti penghargaan, jawatan, prestasi dan sebagainya disamping pendidikan dan pekerjaan. Namun, perbezaan ini tidak lagi dilihat dan ditekankan oleh mana – mana syarikat kerana ianya mampu dinilai dan disesuaikan oleh pemilih mahupun penemuduga.

Oleh itu, bagi mengahsilkan resume yang terbaik dan menepati kehendak majikan atau sesuatu pihak, konsep dan tujuan resume perlulah difahami supaya resume yang dihasilkan nanti memiliki fakta yang padat dan ringkas.

Apa yang saya boleh katakan, sediakan resume seringkas mungkin tetapi padat dengan info yang diperlukan! Sebaiknya hanya satu muka surat saja. Resume biasanya lebih straight forward berbanding CV.

Untuk pengetahuan korang, resume tiada format tetap yang perlu anda ikut. Gunakan kreativiti anda untuk menghasilkan resume yang ringkas, padat dan menarik. Resume yang mempunyai info grafik juga boleh menarik minat penemuduga untuk membacanya.

cover letter
Selepas selesai menyediakan resume, jangan lupa pula untuk sediakan cover letter. Jangan buat-buat tak tahu bahawa  cover letter ni merupakan salah satu dari item penting untuk memohon pekerjaan.

Apapon saya doakan semoga kalian dapat menyediakan resume yang terbaik dan berjaya dalam sesi temuduga yang korang bakal lalui. Terima kasih kerana sudi baca artikel ini.

17 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian. dah lama sangat takda update resume. huhu

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas info....lama jugak tak update resume...

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak update resume. Lepas ni boleh kemaskini semula resume dan cv just in case ;) Terima kasih sudi berkongsi ilmu dengan kami ya tuan mawardi. Info sangat berguna lebih-lebih lagi untuk adik-adik yang baru grad

    ReplyDelete
  4. Info bagus untuk mereka yang nak memohon pekerjaan. Dah lama dah tinggal bidang ni since 2005.

    ReplyDelete
  5. good sharing.. dah lama tak update dan bukak resume.. last update 1o tahun lepas.. hihi..

    ReplyDelete
  6. last aida update resume is thn 2017.
    bukan utk minta keje la, utk sambung belajar.
    bezanya, resume sambung belajar simple skit.

    ReplyDelete
  7. ramai yang tak sediakan cover letter bila hantar resume. bila baca application hmmmm sabar je lah. Buat macam hantar dekat kawan2 je

    ReplyDelete
  8. It took me years to perfect my resume. I do update yearly just in case haha.

    ReplyDelete
  9. It took me years to perfect my resume. I update yearly, too! You know, just in case hehe

    ReplyDelete
  10. Thank you for sharing. This is a valuable information. Besides resume, we should also be start doing visume (video resume). Byk juga company yg nak visume now.

    ReplyDelete
  11. Perkongsian yang bagus. Nak buat resume kena lah kemaskini ikut aliran semasa kan. Bila nak interview nanti, orangbtengok resume kita yang sentiasa up to date pun rasa seronok nak baca

    ReplyDelete
  12. Seronok tengok pasal resume. Hati meronta tapi sebab kita pesakit kronik, kebanyakkan company taknak terima bekerja. Apapun, bagi saya, resume ringkas dan padat adalah penting. Tak perlu terlalu rumit :)

    ReplyDelete
  13. Tak tahu buat resume..tak pernah kerja..hehehe. Tapi bagus perkongsian ni..mana2 yang tak tahu buat resume tu bolehlah ikut tips kat sini

    ReplyDelete
  14. Kita pun dulu buat resume masa nak minta kerja sekarang ini pun guna yang online jer hehehe mudah dan senang tak terlalu banyak tapi fakta penting yang kena ada dalam tu. Mungkin remaja sekarang kena ada ilmu untuk resume ini semuakan...

    ReplyDelete
  15. Bagus informasi sebegini. Nowadays dah makin ramai yang pakai video resume untuk kemasukan kerja dan ke universiti

    ReplyDelete
  16. Terima kasih Mawardi berkongsi mengenai hal ini. Memang penting resume dan CV utk cari kerja

    ReplyDelete
  17. Kalau surirumah boleh ke ada resume hehehehe...nak juga merasa ada resume camni..nanti nak buatlah hahahaha

    ReplyDelete