ALHAMDULILLAH ! LULUS UJIAN JPJ MOTOSIKAL (B2)


Artikel kali ni saya nak kongsi pengalaman ujian JPJ motosikal B2 yang saya lalui semalam. Selepas mengikuti lebih dari 20 jam keseluruhan kelas, akhirnya saya lulus ujian memandu motosikal (B2) dengan jayanya. Banyak juga perbezaan ambil lesan memandu pada zaman sebelum ni dengan sekarang dan saya telah hadapi kedua-duanya kerana lesen yang dulu telah tamat tempoh dan tidak boleh di perbaharui lagi. Nak tak nak kenalah daftar dan masuk kelas balik.

Untuk pengetahuan korang saya ambil kelas memandu ni di Litar Memandu Machang. Memandangkan perlu ulang alik ke Kuala Lumpur setiap bulan, maka tempoh masa untuk belajar tu menjadi panjang. Sekarang kelas makin bertambah, dari teori selama 6 jam, ke bahagian KPP02 (litar) 9jam setengah dan bahagian KPP03 (jalan raya) 6 jam. Bila dah selesai semua, sebelum test JPJ kita perlu melalui QTI iaitu ujian penilaian yang akan menentukan kita sudah bersedia dan layak atau tidak untuk Ujian bersama JPJ. Ujian QTI ni biasanya dinilai oleh cikgu kita. Bila dah selesai semua, bolehlah buat tempahan untuk lakukan ujian JPJ.

18 FEBRUARI 2020

Pagi-pagi lagi dalam jam 7 saya dah bersiap ke lokasi Litar Memandu Machang. Bukan apa takut parking penuh dan tak pasal-pasal nak kena parking kereta kat luar kan. Bila dah terlalu awal maka menunggulah sehingga office buka untuk buat pembayaran sebanyak RM20 dan semak nama dan sesi ujian pada papan kenyataan pejabat. Dah selesai buat pembayaran, kami diberi resit dan diminta berkumpul di tempat Ujian Motosikal akan dilakukan.

Harini saya dapat no 3 sesi 2. Walaupun sesi kedua memang tak boleh balik tidur dulu sebab kena dengar taklimat terakhir yang diberikan oleh cikgu sebelum JPJ datang. Selepas itu Ujian Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK) dan Rutin Semasa Memandu (RSM) akan dilakukan sekaligus sebelum ke bahagian 2 dan 3. Lagipun, untuk ujian motosikal ni, masa yang diambil untuk penilaian JPJ untuk ketiga-tiga bahagian tu tak lama sangat.

RAMAI TERBABAS | Dugaan harini buat kami bila hujan turun dengan lebatnya. Alhamdulillah ianya tak lama, cuma jalan tu agak licin untuk break emergency. Ada tiga (3) orang calon jugak jatuh terbabas masa buat break emergency tu. Ada yang luka-luka teruk di bahagian siku semua. Nasib baik tak teruk sangat. Tapi pedih jugak tengok diorang tu, kesian! Oleh sebab tu, kami dinasihatkan supaya berhati-hati dan diberi kelonggaran dari segi masa untuk break emergency. Kalau ikutkan, kami perlu melakukan break emergency tu dalam tempoh kurang dari 6 saat.

Selepas satu demi satu calon selesai, maka tibalah giliran saya. Benda paling takut adalah meniti atas titi. Bukan apa, takut hilang keseimbangan badan boleh jatuh dan gagal terus tu untuk bahagian 02 (litar). Tapi Alhamdulillah semuanya dapat dilakukan dengan baik. Walaupun agak gugup dan gementar, tapi semuanya berjalan dengan lancar.

Selepas selesai bahagian 02, calon perlu menolak motor terus ke bahagaian 03 iaitu ujian jalan raya. Ujian jalan raya ni tak keluar ke jalan raya sebenar pun, ianya sekadar di litar juga. Cuma jalannya dibuat seakan korang berada dalam situasi di jalan raya. Kebarangkalian untuk bertembung dengan orang tengah test lesen kereta tu ada kerana mereka pun test pada hari yang sama.

Untuk bahagian 03 memang tak menjadi masalah bagi saya, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Tapi perasaan semasa memandu tu memang tak boleh di tipulah, gementar tu ada!

LULUS UJIAN | Selepas selesai semua, saya terus ke tempat menunggu untuk terima keputusan. Masa ni memang gementar tu macam nak ambik result SPM hehe. Memandangkan ramai yang gagal sebelum tu membuatkan hati ni rasa makin tak tenteram. Bila tengok je kat kertas yang saya lulus ke dua-dua bahagian, ALLAH je tahu bertapa gembiranya hati ni. Alhamdulillah. Akhirnya selesai jugak hal lesen ni.


Memandangkan dah lulus, saya diminta ke pejabat urusan untuk ambil borang dan perlu ke JPJ beberapa hari lagi untuk urusan lesen P saya. Apapon saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mendokan saya untuk lulus dalam ujian ni.

Sedikit tips untuk berjaya dalam ujian ni, pastikan korang mengambil restu dari semua cikgu yang pernah mengajar korang secara langsung atau tidak. Jika masih ada ibu bapa, minta diorang doakan supaya kita berjaya dan dipermudahkan semua urusan kita. Insyaallah, berkat itu semua kita boleh berjaya dengan jayanya.

Post a Comment

23 Comments

  1. Tahniah Mawardi. Rawlins juga sejenis yang takde lesen moto - sampai la sekarang takde hehe. Terfikir nak ambil tapi takut nak bawa moto di atas jalanraya

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah tahniah. kak pun takda lesen motor sebab tak reti naik motor. skuter tu boleh la. hahahaha

    ReplyDelete
  3. Nanti nak amik lesen moto jugak.. skrg nk biasakan bawa moto sebelum amik ujian B2..

    ReplyDelete
  4. Tahniah wak. Senang la pas ni nak gi keje ke nak gi mana2 ke sebab 2-2 lesen kereta dan motor dah ada

    ReplyDelete
  5. Tahniah. Airah dulu ambil lesen L je. P tak ambil sebab tak suka bawa motor hahahhaha

    ReplyDelete
  6. tahniah..wah dah ada lesen lagi jauh perjalanan dengan motor ni..

    ReplyDelete
  7. tahniah ya, mudah la nak ligan ke sana sini terutama hal kerja dan keluarga. mudah-mudahan dipermudahkan

    ReplyDelete
  8. Alhamdulilah, semuanya dipermudahkan. Senang dah ada lesen nak gerak kemana-mana..kalau nak motor besar, meh laa beli motor Suami Sis ni hahahah..

    ReplyDelete
  9. Tahniah dah lulus lesen moto... Ramai yang baru nak ambil lesen boleh boleh baca blog ni utk rujukan. Terima kasih share

    ReplyDelete
  10. Tahniah2... selamat bermotoran la nanti...boleh dah cilok2 time jem ni

    ReplyDelete
  11. Tahniah sebab lulus. Sy tak ada lesen motor. Takut nak bawak. Lesen kereta je ada.

    ReplyDelete
  12. kenangan masa naik atas titi..hheehe..memng seram..tapi aklau tau cara alhamdulillah, semua lepas kan..tahniah madi..dah ade lesen motor..dulu nad ambil dua2 terus

    ReplyDelete
  13. Tahniah...kejayaan yang hebat tu

    ReplyDelete
  14. Tahniah ! lepas ni da tak takut abang polis da bila ride motorbike hahhaa...kita da lulus lama tapi, tak berani nak bawa :P

    ReplyDelete
  15. Tahniah dah lulus lesen motor tapi, skarang ni tak boleh kemana-mana tau...stay at home ! Hehe

    ReplyDelete
  16. Masa ujian RPK & RSM tu memang buat sekali gus ke?

    ReplyDelete
  17. Untuk RPK & RSM tu memang kena buat sekali gus ke?

    ReplyDelete
  18. Masa ujian RPK & RSM tu memang buat sekali gus ke?

    ReplyDelete
  19. RPK & RSM tu buat sekali gus ke?

    ReplyDelete
  20. Salam....kenapa nak ambik lesen semula...kenapa tak boleh nak renew...bukan lepas dapat lesen cuma kena renew jeke?...xkan nak renew lesen kene buat test lagi sekali...xkan nk belajar lagi...contoh saye dh ade lesen P...pastu nntikan dpt lesen tetap...kalau tamat tempoh lesen tu xkn saye nk kene belajar lagi+test jpj...bukanke hanya perlu renew??

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam... untuk renew lesen ada tempoh dia. if lebih dari tu mmg kna ambil balik. jadi boleh check balik ya maklumat terkini dengan JPJ.

      Delete