Siapa yang tak teringin nak bercuti merehatkan diri di sebuah hotel 5 bintang walaupun ianya hanya sekadar berlatarbelakangkan pemandangan kota je kan! Ianya bukanlah menjadi satu hal yang besar pun! Sekurang-kurangnya paling tak kita dapat merehatkan dan bercuti di tempat yang tenang dan mempunyai kemudahan yang lengkap.
Bagi korang yang nak bercuti merehatkan diri dan tak ada masa yang banyak untuk pergi lebih jauh dari Kuala Lumpur, saya cadangkan untuk korang ke HOTEL SHERATON IMPERIAL KUALA LUMPUR yang berlokasi di Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur. Ianya terletak betul-betul bertentangan dengan Quill City Mall dan mengambil masa tak sampai 5 minit jalan kaki untuk ke Stesyen Monorail (Medan Tuanku Monorail Station). Chow Kit merupakan lokasi paling hampir yang menjadi pilihan yang hebat untuk pelancong. Ianya boleh diakses mudah dengan menggunakan pengangkutan awam, dan juga berjalan kaki sahaja.
BILIK DELUXE YANG LUAS
BILIK DELUXE YANG LUAS
Pertama kali melangkah masuk ke bilik dah buat saya ternganga seketika dengan keluasan bilik yang mereka sediakan. Kalau korang nak tahu, luas Deluxe Room yang saya stay tempohari adalah seluas 42sqm/452sqft. Bilik ini diberi nafas baru dengan dekorasi moden dan simple yang dilengkapi dengan almari pakaian (walk-in closet), peti keselamatan, peti sejuk, USB Outlets, kemudahan untuk menggosok baju dan banyak lagi.
Tengoklah sendiri tilam dan bantal dia, memang tak bagi kita bangun dah kalau letak kepala kat situ. Boleh tidur nyenyak kalau letak kepala kat situ, memang tak nak pergi mana-mana dah. Selain itu, bilik ini juga dilengkapi dengan sofa beserta kerusi dan meja kaca.
Bilik mandi pun tak nak kalah ruang dia, sangat besar dan selesa! Ianya dilengkapi dengan pancuran air hujan dan tab mandi yang berasingan. Selain itu, korang juga akan diberikan peralatan mandian percuma yang lengkap termasuk berus gigi.

Hal paling best bila tiba masa untuk berendam. Nak isi air dalam tab kat sini tak perlu tunggu lama pun. Bila air dah penuh, tutup pintu, tutup lampu dan pasangla muzik nature intrumental. Berendamlah lama mana korang nak tanpa gangguan. Tapi hati-hati, takut tak sedar bila bangun dah tenggelam air pulak. hehe.
KEMUDAHAN LENGKAP HOTEL 5 BINTANG
Jangan lupa untuk bersantai di kolam renang mereka sangat cantik dengan permandangan berlatar belakangkan Menara Kuala Lumpur.
Kaunter penerimaan tetamu beroperasi selama 24-jam untuk sebarang urusan seperti pertukaran mata wang, pengaturan pelancongan dan perkhidmatan concierge. Kemudahan gym di Pusat Kecergasan Sheraton juga beroperasi selama 24 jam khas untuk tetamu (in-house) mereka. Jadi tak perlu risau nak buat apa kalau tak boleh tidur malam.
Selain itu, HOTEL SHERATON IMPERIAL KUALA LUMPUR juga ada menyediakan kemudahan bilik wap, bilik sauna dan juga jakuzzi untuk tetamu mereka. Kemudahan ini juga ada disertakan di dalam pakej keahlian Pusat Kecergasan Sheraton yang mereka tawarkan.
Kaunter penerimaan tetamu beroperasi selama 24-jam untuk sebarang urusan seperti pertukaran mata wang, pengaturan pelancongan dan perkhidmatan concierge. Kemudahan gym di Pusat Kecergasan Sheraton juga beroperasi selama 24 jam khas untuk tetamu (in-house) mereka. Jadi tak perlu risau nak buat apa kalau tak boleh tidur malam.
Saya juga sempat mendapatkan rawatan di Mandara Spa yang berada berdekatan dengan Pusat Kecergasan Sheraton dan bilik rawatan sauna. Pastikan korang membuat temujanji awal untuk rawatan yang korang inginkan.
Dekat Mandara Spa ni korang boleh buat macam-macam rawatan termasuk rawatan muka dan urutan badan. Tempohari saya memilih untuk lakukan urutan badan. Ada variasi pilihan minyak yang boleh kita pilih sesuai untuk rawatan yang kita nak buat.
MAKAN-MAKAN DI HOTEL SHERATON IMPERIAL KL
Tak perlu runsing tentang hal makan kerana HOTEL SHERATON IMPERIAL KUALA LUMPUR mempunyai banyak restoran dan bar yang korang boleh kunjungi termasuklah 4 buah restoran utama dengan fokus yang tersendiri iaitu Villa Danieli, Essence, Celestial Court dan Pavilions Lounge.
ESSENCE | Untuk sarapan pagi dan makan malam, korang boleh ke Essence . Di Essence mereka ada menyajikan makanan dalam konsep buffet untuk sarapan pagi dan ala cart untuk makan malam. Disini korang boleh nikmati masakan tempatan dan antarabangsa. Cubalah pesan nasi goreng ayam percik dia, mesti tak menyesal punya!
Memang berbaloi pesan nasi goreng ni, ayam percik dia style asli masakan Kelantan. Menu ni sangat sempurna bila digandingkan dengan telur mata. Next time memang boleh pesan lagi.
CELESTIAL COURT | Bagi penggemar makanan cina, korang boleh menikmati hidangan makanan cina di Celestial Court. Ianya sangat berbaloi kerana restoran ini pernah menerima anugerah (Award-Winning Chinese Restaurant) .
Jadi macam biasalah, menu salted egg prawn mesti jadi pilihan utama untuk kami pesan. Selain tu banyak juga meu lain kami pesan. Satu lagi menu yang tak boleh tinggal adalah steamed lava custard bun untuk pencuci mulut.
VILLA DANIELI | Bersebelahan dengan kolam renang, mereka mempunyai satu restoran masakan Itali yang cukup unik dan indah digelar Villa Danieli . Bukan calang-calang masakan Itali yang dihidangkan disini kerana chef mereka pun diimport khas dari Itali bersama menu-menu masakan Italy yang asli.
Saya sendiri berpeluang makan tengahari di Villa Danieli ni. Sebuah restoran yang cukup selesa dan bersuasana romantik bagi saya, tapi sayang saja masih seorang. huhu.
PAVILIONS LOUNGE | Manakala minum petang pula disajikan di Pavilions Lounge dengan tawaran harga set minum petang yang cukup berbaloi. Promosi untuk set Hi-Tea di sini hanya RM 98 untuk 2 orang. Yang bestnya, banyak pilihan minuman yang free flow. Korang leh pilih nak air coffee, Ice beverages ataupun tea. Boleh tambah air yang berlainan yang ada dalam senarai kategori air coffee, Ice beverages atau tea.

Kata Misz Ella, "kalau guna Maybank Credit Card, korang akan boleh dapat 20% diskaun lagi". Jadi makin jimat lah kan. Sambil minum-minum dan borak-borak tu, boleh dengar orang main piano secara live. Sesuai sangat kalau nak bawa family, kawan-kawan atau client korang untuk urusan business di sini kan.
Bila berbicara hal makan di HOTEL SHERATON IMPERIAL KUALA LUMPUR ni, ia mungkin memerlukan saya untuk menulis article khas untuknya. Ini cuma sebahagian yang sempat saya rasa dan kongsi, masih ada beberapa lagi lokasi menarik di dalam hotel dan sekitar hotel yang boleh korang kunjungi untuk menikmati hidangan makanan yang berlainan konsep termasuklah di jalan Doraisamy iaitu kawasan sekitarnya.
Jadi, korang pun kena datang dan menginap di sini jika ada peluang. HOTEL SHERATON IMPERIAL KUALA LUMPUR ni menawarkan bilik terbesar untuk kategori hotel di bandar. Walaupun berada di sebuah bangunan yang lama iaitu semenjak 1998, semua bilik dan kemudahannya telah diberi nafas baru dengan look yang moden dan ekslusif pada 2018 yang lepas. Apa yang dikekalkan hanyalah marbel nya sahaja.

Untuk maklumat lanjut berkenaan HOTEL SHERATON IMPERIAL KUALA LUMPUR, korang boleh akses ke laman sesawang mereka di www.sheratonimperialkualalumpur.com atau terus call mereka di ; +603-2717 9900.
19 Comments
Nampak sangat selesa hotelnya walaupun setahu saya hotel ni dah lama bertapak kat situ. Hidangan minum petang tu sangat teruja la saya tengoknya.
ReplyDeletePerghhh hebat gile Hotel dia. semua benda ada dan boleh nikmatinya dengan percuma kalau menginap di sini. Sis suka kalau hotel yang ada spa relax macamtu..rasa macam betul-betul rest time cuti..
ReplyDeleteWow. Melihat hiasan dalaman, kemudahan dan khidmat yang disediakan di situ membuatkan Rawlins rasa macam royalty. Nie yang buat rasa nak buat staycation nie.
ReplyDeleteCantik dan menarik suasana dalam Hotel Sheraton Imperial ni. Bilalah agaknya LeYa dapat menginap di sini pulak kan.. Hehe..
ReplyDeletebetul sangat tu, kalau tidur dekat katil dia memang susah nak bangun dah. Cantiknya Mandara Spa, rasa nak pergi sekarang je rest dekat sana. Custard lava bun dia sedapnyaaaa
ReplyDeleteWow!!!!!! Good hotel for staycation. Saya pun suka juga staycation Di hotel Lima bintang sometimes. Just to manjakan diri.
ReplyDeleteWahhh bestnya kalau staycations kat sini dengan family. Silap hari bulan tak keluar hotel, sebab dekat hotel boleh enjoy dengan dia punya spa lagi. Aduh tenanglah kat sini walaupun tgh bandar.
ReplyDeletekalau pergi hotel, mestinya kita tengok kemudahan yg ada. nampak mewah ya hotel ni. hari tu pergi pun memang terpesona dengan keindahan hotel ni :)
ReplyDeleteFuhh beruntung dapat dok hotel ni. Pernah gak dok sana tapi lama dah sampai dah lupa cam mana bilik2 kat sana..:). Kalau ada rezeki boleh le lepak kat sana lagi
ReplyDeleteOmg cantiknya bilik2 sheraton ni! I lom pernah memginap kat sini tp pernah gi makan kat Villa Danieli tu..memang sedap food dia
ReplyDeleteTerasa mewah sangat hotel ni madi hehehe. Ni yang tetibe rasa saja saja nak pergi staycation dekat sini jugak ni
ReplyDeleteGempak giler hotel ni. Semua kemudahan ada. Lengkap dan perfecto sangat. Kalau saya ni pun rasa seronok dapat bermalam di sini
ReplyDeleteBestnyaaaaa bilik dia.. Kalau sis.. Mmg sis akan cari yg jenis ada bath tub ni.. Boleh la me time kat situ utk mak2 ni kan... Letak plak bath bomb.. Lepas tu releks ja berendam sambil lelapkan mata.. Pasang plak candle... Fuhhh best gilaa
ReplyDeleteBelum pernah lagi menginap kat hotel sheraton ni. Tempat makan dia pon mewah betul
ReplyDeleteBesar dan luas hotel ni ye.. Memng selesa.. Siap ade masaage lagi.. Makana pun nampak not bad.. Ada pulaj makann china.. Perghh terbaikla
ReplyDeleteVavavaa... Jeles kita tau! Enjoynya awak stay kat hotel bintang berkerdipan.
ReplyDeleteRelax sangat dia, siap posing atas katil bersama facial mask! Hehehee... Terbaik laaa facilities hotel ni
Bestlah dapat duduk hotel mewah sambil mask muka kat atas katil relax jer tak banyak masalah pun hurmm untung lah kita juga tengok jer hehehe. Tapi hotel ni memang cantik dan mewah nanti bawa lah kita temankan...
ReplyDeletebestnya staycation kat hotel 5 star tu. saya pun suka style camni, sesekali staycation di hotel 5 bintang untuk tukar suasana sekejap
ReplyDeleteSuka sangat dengan interior design dalam hotel ni.. Nampak more exclusive & sensasi gitu... Kalau wawa dah kat sini rasa takmau keluar dah hahaa
ReplyDelete