Wednesday, January 01, 2020

HILANG RASA TAKUT MEMANDU KERETA


Hampir dua (2) bulan selepas dapat lesen P kereta saya baru berani untuk memandu. Selepas je dapat lesen tempohari terus beli kereta dan hampir dua (2) bulan juga kereta just parking kat bawah garage. Salah satu dari doa aku ketika di Mekah adalah supaya Allah hapuskan perasaan takut untuk memandu kereta. Alhamdulillah kini Allah dah makbulkan.

Ingat lagi pertama kali saya memandu sendirian ke Labok untuk ambil Amir pergi makan tengahari. Bermula dari situlah rasa yakin pada diri untuk memandu tu ada. Selepas itu kami keluar jalan-jalan makan McDonald. Semasa Moka balik ke Kelantan bercuti, gigih pulak saya sorang memandu dari rumah ke Melur, tak cukup dengan tu boleh pulak ajak Moka ke Pantai Irama Bachok.

JALAN-JALAN SEKITAR KELANTAN

Pada 30hb disember yang lepas, lepas agak jauh juga perjalanan saya memandu kereta sekitar Kelantan ni. Kalau dikiralah perjalanan tu hampir 180km jugak pergi dan balik. Bermula dari Machang - Tanah Merah - Pasir Mas - Kota Bharu - Rantau Panjang - Pasir Mas - Bukit Bunga - Machang. Memang berjalan sakan. Kalau bawa passport tu agaknya dah sampai ke Thailand agaknya. Memandangkan saya guna kereta Axia, memang agak jimat minyak. Kalau tak silap 3-4 bar minyak je yang digunakan.


Masa trip ni sebenarnya pointnya nak ke Warung Pak Mat Pulau Pisang untuk lunch dan jumpa Sharm yang datang dari Kuala Lumpur. Kat sini makanan dia memang sedap. Paling famous kat sini korang boleh cuba Teh Madu Float dia. Selain dari Warung Pak Mat Pulau Pisang kami juga ada singgah di cafe kopi mesin di sekitar Kota Bharu untuk cari dessert

Memandangkan ajak Luqman untuk teman, jadi pagi-pagi dah ke Tanah Merah untuk pick up dia. Memandangkan balik dah agak lambat, maka saya terus hantar beliau balik ke Bukit Bunga. 

1 comment:

  1. Wow, semakin berani ye. Sikit lagi Axia tu sampai KL la tuu, hahahaha

    ReplyDelete