TELEFON PINTAR VIVO S1 PRO DIJUAL DENGAN HARGA RM1,199 DI MALAYSIA


Pada 3 Disember 2019 yang lepas, saya bersama rakan blogger lain telah berkesempatan menghadiri majlis pelancaran telefon pintar baru Vivo S1 Pro yang berlokasi di C03 event space bersebelahan dengan IOI Mall Puchong.

Untuk pengetahuan korang, telefon pintar Vivo S1 Pro ini telah dicipta untuk pengguna yang lebih muda dengan reka bentuk berlian pada kameranya yang diilhamkan dari imej barang kemas dari istana.

HARGA VIVO S1 PRO

Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia, Mike Xu berkata, Vivo S1 Pro dijual pada harga RM1,199 dengan dua warna pilihan iaitu Knight Black dan Fancy Sky.


Pakar produk Vivo Malaysia Raymond Lee berkata Vivo S1 Pro menggabungkan ciri-ciri utama industri untuk menyampaikan reka bentuk telefon pintar yang berkualiti tinggi namun hebat buat para pengguna, terutamanya golongan belia.

"Vivo S1 Pro adalah contoh sebenar bagaimana kami merekabentuk pengalaman telefon pintar terkemuka untuk memenuhi keperluan pengguna muda kami di Malaysia," katanya.

SPESIFIKASI VIVO S1 PRO


Vivo S1 Pro telah dilengkapi dengan kamera hadapan 32 megapiksel yang mempunyai AI Face Beauty, yang membolehkan pengguna meningkatkan ciri-ciri kesempurnaan wajah. Di samping itu, kamera quad 48 megapiksel utama AI disokong oleh wide angle, makro dan bokeh untuk menangkap gambar dengan kejelasan yang lebih baik. Vivo S1 Pro  juga memperluaskan sudut tontonan pengguna kepada 120 darjah dengan sudut lebar super 8MP yang membantu memperluas sudut pandangn foto.



Bagi mereka yang sukakan pada telefon pintar berskrin besar, Vivo S1 Pro dilengkapi dengan paparan super AMOLED 6.38 inci dengan  90 peratus screen-to-body ratio dan dilengkapi dengan ciri multi turbo yang meningkatkan tahap kelajuan prestasinya, memastikan prestasi semasa bermain permainan yang lebih lancar dan tidak terganggu. Kelancaran smartphone ini juga disebabkan oleh processor Qualcomm Snapdragon 665 Octa-core dan sokongan 8GB RAM dan 128GB ROM.


Apa yang menariknya, telefon pintar ini juga dilengkapi dengan 'Voice Changer' yang membawa lebih banyak keseronokan dengan pelbagai suara sambil melindungi privasi pengguna. Ia juga mempunyai bateri 4500mAh dengan  Dual Engine Fast Charging Technology untuk ketahanan yang lebih tinggi dan keupayaan mengecas lebih cepat .


Vivo S1 Pro mampu menjaga privasi dan keselamatan data dalam telefon pintar anda dengan baik apabila ianya menggunakan safety unlock dengan teknologi pengimbasan cap jari dalam paparan dan dilengkapi dengan pelbagai kesan animasi yang mudah dan menyeronokkan.

Korang boleh miliki telefon pintar ini di Malaysia dengan pilihan 2 warna exclusive iaitu Knight Black dan Fancy Sky .

Post a Comment

1 Comments

  1. Sally suka betul dengan fungsi AI Makeup dia, lepas tu ada bantuan Pose Master lagi...Auranyaaaaa~

    ReplyDelete