SENARAI FILEM MELAYU MENARIK 2019


Berikut merupakan senarai filem melayu saya suka yang ditayangkan sepanjang tahun 2019 ni. Filem-filem ini mempunyai kekuatan tersendiri dari segi jalan cerita dan sebagainya yang membuatkan ianya mampu mendapat kutipan tontonan yang sangat tinggi di pawagam.

SINOPSIS MISTERI DILAILA

Pasangan suami isteri Jefri dan Dilaila telah pergi bercuti di sebuah banglo mewah. Bagaimanapun, percutian mereka tidak seperti yang dijangka apabila Jefri mula diganggu kejadian aneh pada malam pertama. Pada keesokan harinya, Jefri mendapati isterinya hilang. Apabila seorang lelaki bernama Iman Aziz memaklumkan yang Dilaila sudah ditemui, Jefri terkejut kerana dia mendapati wanita itu bukan isterinya, tetapi wanita itu mengakui dirinya sebagai Dilaila.


Tajuk : Miateri Dilaila
Tarikh Tayangan : 21 Februari 2019
Genre : Seram

SINOPSIS UPIN & IPIN

Upin, Ipin dan rakan-rakan mereka perlu mencari jalan kembali ke Kampung Durian Runtuh selepas keris mistik yang mereka jumpai dalam bilik stor Tok Dalang membuka portal dan membawa mereka terus ke tengah sebuah kerajaan. Bukan itu sahaja, mereka juga perlu membantu kerajaan itu kembali ke bekas kemuliaannya. Mereka berdepan segala cabaran sepanjang pengembaraan mereka dengan bantuan Mat Jenin, Belalang dan watak-watak lain dari cerita dongeng Malaysia.


Tajuk : Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal
Tarikh Tayangan : 21 Mac 2019
Genre : Animasi

SINOPSIS FILEM BOBOIBOY

BoBoiBoy dan kawan-kawan diserang Retak'ka, pengguna asal Kuasa Elemental yang dimiliki oleh BoBoiBoy. Retak'ka ingin merampas semula Kuasa Elemental daripada BoBoiBoy untuk menjadi makhluk yang paling kuat dan menguasai galaksi. BoBoiBoy dan kawan-kawan perlu mencari cara untuk menghentikan Retak'ka sebelum kuasanya jatuh ke tangan yang salah.


Tajuk : BoBoiBoy Movie 2
Tarikh Tayangan : 8 Ogos 2019
Genre : Animasi

SINOPSIS FILEM PUSAKA

Balqis dan Qistina merupakan sepasang adik beradik kembar perempuan yang ditemui oleh Inspektor Nuar dalam sebuah rumah kosong, yang mana kedua-duanya telah dikurung secara misteri. Bagaimanapun, selepas penemuan itu, pegawai polis yang cekap itu kini perlu segera menyelesaikan misteri di sebalik kembar tersebut kerana dia bukan sahaja diganggu pelbagai kejadian aneh selepas menjumpai mereka, malah setiap orang yang berkait dengan kes itu juga mula mati seorang demi seorang.


Tajuk : Pusaka
Tarikh Tayangan : 31 Oktober 2019
Genre : Seram

SINOPSIS FILEM WIRA

Mengisahkan Hassan (Hairul Azreen) yang telah membawa diri meninggalkan keluarganya sejak kecil dan kemudian menyertai tentera kerana tidak sanggup melihat keluarga serta orang sekelilingnya dikawal oleh Raja (Dain Said). 

Setelah menyempurnakan khidmat untuk negara, Hassan kembali ke pangkuan keluarga demi menyelesaikan hutang adiknya Zain atas kekalahan pertandingan MMA yang dianjurkan oleh Raja. Hassan dan Zain perlu bertanding sekali lagi dengan anak-anak Raja, iaitu Vee dan Rayyan.


Tajuk : Wira
Tarikh Tayangan : 31 Oktober 2019
Genre : Aksi

SINOPSIS EJEN ALI THE MOVIE

Mengisahkan tentang Ali, budak berusia 12 tahun yang telah direkrut menjadi perisik bagi sebuah agensi perisikan, dikenali sebagai Meta Advance Tactical Agency (MATA) yang berperanan untuk melindungi kota futuristik Cyberaya daripada ancaman luar. Konflik mula timbul apabila Ali mendapat tahu bahawa dia bukanlah satu-satunya ejen yang boleh mengawal gajet istimewa (IRIS - Infinity Retinal Intelligence System). Gajet tersebut telah naik taraf menjadi IRIS Neo, gajet yang boleh dikawal serta digunakan oleh ejen-ejen lain.

Inovasi baru ini dipersoalkan oleh Ali apabila dia merasa terpinggir dan kedudukannya sebagai ejen istimewa MATA tergugat. Pada saat itu, dia didatangi oleh individu misteri yang mendakwa mengetahui akan kisah silamnya. Maka bermulalah pengembaraan baharu Ejen Ali demi membongkar kebenaran walaupun kesetiaannya terhadap MATA bakal teruji.


Tajuk : Ejen Ali The Movie
Tarikh Tayangan : 28 November 2019
Genre : Animasi

Post a Comment

0 Comments