Tuesday, December 10, 2019

NIKMATI MENU TONY ROMA'S RIB RIB HOLIDAY SEPANJANG CUTI SEKOLAH


Cuti sekolah merupakan waktu yang baik untuk meluangkan masa bersama keluarga. Ini juga merupakan masa yang cukup sesuai bagi mereka yang mempunyai keluarga besar untuk berkumpul dan mengeratkan kembali hubungan kekeluargaan. Kalau rasa nak cari tempat untuk berkumpul sambil makan-makan dengan keluarga korang, saya cadangkan korang ke Tony Roma's  yang berdekatan korang sekarang kerana mereka ada buat promosi menu baru mereka yang pasti buat korang sekeluarga terpukau.


Jadi, jom saya tunjukkan kepada korang menu-menu istimewa yang korang boleh oder sepanjang promosi musim cuti ni di Tony Roma's. Sebelum tu jom saya kenalkan tiga (3) jenis pembuka selera yang mereka tawarkan untuk promosi kali ini.


Potato Chips and Dips (RM25.00 nett) - Kerepek Kentang dihidangkan dengan Bean and Beans Ranch yang memberikan rasa rangup dalam kesedapan.

Bruschetta Tuna (RM35.00 nett) - Khas untuk penggemar tuna, makanan sihat ini adalah pembuka selera terbaik. Ia terdiri daripada enam keping roti berkerak Perancis yang dilengkapi dengan Tuna dan Keju Parmesan di atasnya.

Bruschetta Beef (RM35.00 nett) - Pilihan daging Bruschetta ini mempunyai rasa yang hebat yang akan membuatkan korang mahukan lebih banyak lagi. Ia terdiri daripada enam keping roti berkerak Perancis yang dilengkapi dengan limpahan daging, Ranch Beans dan Parmesan Keju.

Sekarang kita pergi pula kepada menu utama yang menjadi tumpuan dalam promo Rib Rib Holiday sempena cuti ini. Ianya tak lain dan tak bukan steak yang lembut dan enak yang merupakan signature kepada Tony Roma's sendiri.


Riblet Party (RM185.00 nett) - Hidangan ini disusun dengan enam ketul daging lembu rafet yang sihat yang telah dipanggang sempurna dan disajikan dengan sos BBQ Original TR. Ianya akan lebih sempurna jika dinikmati dengan tangan tanpa garfu dan pisau.


Festive Lamb Shoulder (RM185.00 nett) - Bagi pecinta kambing inilah pilihan tepat buat korang. Mesti korang akan teruja dengan kelembutan Lamb Shoulder yang telah diperam dengan rasa yang luar biasa dan dilengkapi pula dengan brokoli yang baru dimasak.


Grilled Beef Steak (RM85.00 nett) - Sekiranya korang berada di Tony Roma's untuk steak, maka 10oz BBQ NY Strip Steak ini adalah menu yang wajib korang cuba. Steak dihidangkan dengan sos Anggur Gelap untuk memberikan rasa yang hebat dan dilengkapi dengan sayur-sayuran panggang.


BBQ Spring Chicken (RM75.00 nett) - Hidangan ini adalah satu ekor daging ayam yang dipangang sempurna. Isi daging ayam berair disumbat dengan kentang yang berbentuk bulat dan kecil didalamnya, dikeringkan dengan Sos BBQ Asli TR, dan dihidangkan bersama brokoli yang baru dimasak.

Jika menikmati hidangan yang saya nyatakan di atas ni, tak lengkap kiranya kalau tak oder minuman istimewa dari dapur mereka. Terdapat empat (4) jenis minuman berwarna warni yang boleh korang pilih dan nikmati antaranya seperti Peach Orange Colada, Pina Strawberry Swirl, Pina Mango Swirl dan Pina Colada. Setiap minuman istimewa ini dijual pada harga RM20.79 nett.


Semua hidangan lazat Rib Rib Holiday Tony Roma's ini dinikmati di semua outlet Tony Roma's di seluruh Malaysia bermula dari 1 November 2019 hingga 1 Januari 2020 sahaja. Ia boleh didapati setiap hari pada bila-bila masa termasuk hujung minggu dan cuti umum. Jadi apa tunggu lagi, ini peluang yang korang tak boleh lepaskan tau.


Jangan lupa untuk install aplikasi Bite & Bites di telefon pintar korang sekarang untuk terima lebih banyak promosi dan tawaran menarik dari Tony Romas.

Info lanjut dan juga promosi lain boleh layari http://www.tonyromas.com.my.

1 comment: