MANGO FLOAT ROYALE MELAKA KINI DI WANGSA MAJU, KUALA LUMPUR


Kalau ke Negeri Melaka mesti akan teringat-ingat dengan kesedapan Mango Float Royale Melaka yang terletak di Sungai Putat. Sudah terbiasa bagi kami akan singgah disini walaupun sekejap, semata-mata untuk beli Mango Float Royale kalau nak balik ke Kuala Lumpur. Apa yang bestnya, kat sini bukan saja ada Mango Float Royale, tapi dah seakan foodcourt yang menempatkan banyak gerai-gerai makanan viral yang sudah semestinya patut dicuba.


Apa yang saya perasan, Mango Float Royale ni tidak seperti produk-produk makanan viral lain yang ada di negeri Melaka. Walaupun sudah lama musim viralnya berlalu tapi ia tetap menjadi pilihan ramai orang. Untuk beli Mango Float Royale ni korang masih perlu beratur panjang ya. TAHNIAH buat pemiliknya.

CAWANGAN BARU DI WANGSA MAJU, KL


Berita baik buat penggemar Mango Float Royale Melaka  yang berada di sekitar Kuala Lumpur. Kini, korang boleh menikmati keenakan Mango Float Royale Melaka ni tanpa perlu bersusah payah menghadap jem untuk ke Melaka kerana mereka telah membuka cawangan terbarunya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.


Awal bulan Disember 2019, saya dan rakan-rakan telah berkesempatan ke Majlis Pembukaan cawangan terbaru Mango Float Royale Melaka di Wangsa Maju. Untuk pengetahuan korang semua,  Mango Float Royale Melaka merupakan sebagai salah satu vendor di Prank Fries selain dari beberapa jenama makanan lain.


Jadi, untuk datang ke Mango Float Royale Melaka di Wangsa Maju ni korang kenalah cari  outlet yang ber 'signboard' PRANKFRIES. Jadi jangan lupa untuk datang beramai-ramai ke sini untuk menikmati keenakan Mango Float Royale Melaka ni. Sebelum tu jangan lupa untuk follow mereka di Instagram (@mangofloatroyalemelaka) untuk info lebih lanjut. 

PrankFries Wangsa Maju
6, Jalan Metro Wangsa, Seksyen 2,
Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.

Post a Comment

2 Comments

  1. Perghhh....!!! Prank Fries pun sana sini orang promote... nie kan pulak mango float royale melaka

    ReplyDelete