BERCUTI DI JANDA BAIK PAHANG



Sejak dari dulu lagi, Janda Baik merupakan sebuah lokasi percutian singkat yang popular oleh warga kota Kuala Lumpur khususnya. Sebuah destinasi  percutian yang cukup luar biasa bagi mereka yang ingin mendapatkan udara yang nyaman, suasana yang tenang dengan deruan air sungai mengalir yang  sangat menyegarkan. Tidak hairanlah ia menjadi destinasi popular pilihan warga kota, kerana semua ini dapat dinikmati kurang 1 jam berjalanan dari Kuala Lumpur.


Jadi jom kita tengok apa yang sempat kami buat di Janda Baik semasa percutian kami pada 7 - 8 November 2019 yang lepas.

KEBUN BUAH TIN


Selepas menempuh perjalanan selama 45 minit dengan menaiki Van, kami telah tiba di sebuah lokasi yang cukup menarik untuk dikongsikan dengan korang iaitu "Fig Farm Janda Baik".  Fig Farm dalam bahasa Melayu adalah Kebun Buah Tin yang mana ianya merupakan sejenis buah dari keluarga ara yang hidup di kawasan panas seperti di negara Arab Saudi.


Ramai yang sudah sedia maklum bahawa buah tin ni merupakan sejenis buahan yang terkenal dengan khasiatnya yang dikatakan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit untuk lelaki dan wanita. Istimewanya buah Tin ni, ianya ada disebut di dalam Al-Quran di dalam surah At-Tin.

Ùˆَالتِّينِ ÙˆَالزَّÙŠْتُونِ
Ertinya: Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun.

Kebiasaannya kita akan makan buah tin yang sudah dikeringkan. Tapi,  ٱلْـحَـمْـدُ للهِ‎ hari ni saya dan kawan-kawan dapat merasai sendiri bagaimana enaknya buah tin yang segar baru dipetik dari ladang. Apa yang boleh saya kongsikan, rasa buah tin ini sangat manis, rasa lemak dan boleh terus dimakan dengan kulitnya. Namun begitu, korang dinasihatkan untuk membasuhnya dahulu kerana diluar bahagian kulitnya mempunyai bulu yang halus.


Untuk pengetahuan korang, Fig Farm Janda Baik yang baru saja beroperasi sejak bulan Februari lalu ini dimiliki oleh Encik Khairul Azmi Mohamad. Jika korang nak merasai pengalaman di kebun buah tin ni, mereka membenarkan untuk korang masuk ke kebun secara percuma. Tapi, jika korang ingin memetik buah segar, caj yang dikenakan sebanyak RM80 untuk satu kilogram.

Di sini juga ada sebuah restoran yang menyediakan pelbagai jenis menu yang berasaskan buah tin seperti nasi lemak, nasi dagang, sup tulang kerbau dan macam-macam lagi.

Waktu perkhidmatan:
Selasa-Khamis : 3 petang hingga 12 tengah malam
Jumaat : 11 pagi hingga 12 tengah malam
Sabtu : 8 pagi hingga 12 tengah malam
Isnin : Cuti

BIDAISARI RESORT


Tidak jauh dari Kebun Tin, korang boleh ke Bidaisari Resort yang terletak di Kampong Sum Sum . Resort ini dihiasi dengan keindahan alam semulajadi dengan suasana damai, pemandangan air sungai dan kolam renang di samping penginapan yang dihias dengan konsep yang cukup eksklusif dan penuh dengan keselesaan. Kawasan ini juga sangat sesuai juga untuk lokasi team building.


Bukan itu sahaja, Bidaisari turut memiliki kandang kudanya sendiri yang terletak bersebelahan dengan resort. Anda boleh mendapatkan pakej penginapan dan menunggang kuda jika ini adalah salah satu aktiviti yang ingin anda lakukan. Bagi mereka yang tidak pernah melihat rusa, Bidaisari juga mempunyai ladang rusa yang mana para tetamunya boleh datang dan memberi makan kepada rusa tersebut.

Selain dari itu, Bidaisari juga menawarkan aktiviti lain seperti ATV dan jungle trekking serta kemudahan swimming pool untuk tetamunya. Pilihan penginapan di sini terdiri daripada chalet-chalet yang selesa dan juga dormitory. Bidaisari kini terbuka untuk tempahan secara online di Agoda. Secara alternatifnya, anda juga boleh menghubungi pihak Bidaisari di talian 011-3566 6666 / 013-280 4988 / 011-3177 0388.


RESTORAN PULAU SANTAP


Setelah penat bermain dengan rusa, kami meneruskan perjalanan kami ke sebuah restoran yang terawal di Janda Baik. Restoran ini juga dikatakan dahulunya merupakan rumah inang kepada Sultan Abu Bakar yang berlokasi berdekatan dengan Istana Pulau Santap yang kini telah dirobohkan.


Kini ianya sudah diubahsuai menjadi sebuah restoran yang menghidangkan pelbagai jenis masakan tradisional yang sangat lazat. Antara menu yang korang kena cuba kalau ke sini ialah tilapia berlada, ikan pekasam, kari kambing, keli sambal, kerabu kacang botol, gulai daging dan banyak lagi. Restoran ini juga sedia menerima tempahan melalui no telefon 0193688594.

Alamat : Pulau Santap, Kampung Janda Baik Bentong, Pahang

TIARASA ESCAPE


 Ù±Ù„ْـحَـمْـدُ للهِ‎ setelah kenyang dengan santapan menu warisan di Restoran Pulau Santap, kami meneruskan perjalanan kami ke lokasi penginapan kami untuk trip di Janda Baik ni. Kami telah memilih untuk menginap di sebuah resort eksklusif yang berkonsepkan glamping milik pelakon popular Puteri Gunung Ledang iaitu Puan Sri Tiara Jacquelina.


Resort ini kelihatan sangat unik dan ekslusif dikelilingi dengan hutan yang menghijau, dengan suasana bunyian deruan air sungai yang mengalir tenang. Untuk pengetahuan korang, resort ini mempunyai sehingga 20 buah villa ala khemah safari dan lima buah rumah pokok yang setiap satunya mempunyai keunikannya yang tersendiri.

katil yang besar dan selesa

ruangan tamu

bilik air peribadi yang bersambung dan luas

Bilik yang saya inap pada malam tu adala daripada jenis 'Hornbill Tented Villas' dengan harga normal RM1190 untuk satu malam. Bilik ini dilengkapi dengan katil bersaiz king, wifi percuma, pendingin hawa, ruang tamu yang besar, kelengkapan mandian dan bilik air peribadi yang luas dan selesa.

Mereka juga ada kemudahan kolam mandi, bilik tayangan untuk midnight movie, cafe dan macam-macam lagi.

Website : https://www.tiarasaescapes.com/accommodation/
Entri ini terlaksana melalui program "VM2020 Glamping Media Trip" pada 7 - 10 November 2019 dengan kerjasama daripada Tourism Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Post a Comment

0 Comments