Pada 15 September 2019 yang lepas, saya dan kawan-kawan telah menyertai Miss Shophia Shopping Hunt 3.0. Ini merupakan kali pertama untuk kami menyertai treasure hunt yang berkonsepkan beli belah (shopping) yang di anjurkan oleh Tourism Malaysia.
Semua para peserta telah mula berkumpul di Kompleks Kraf Malaysia untuk Miss SHOPhia Shopping Hunt edisi 2019 seawal jam 8 pagi lagi untuk taklimat dan sebagainya. Untuk Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0 ni, dikatakan berjaya menerima seramai 400 orang peserta dengan beberapa kategori iaitu ; Media, Media International, International & Public. Antara peserta antarabangsa yang turut serta untuk hunt kali ini adalah dari Indonesia, Brunei, Japun dan US. Total semua group adalah 100 team.
Untuk task pula, kami perlu menghabiskan kesemua 10 station iaitu pusat beli belah sekitar ibu kota - Pavilion Kuala Lumpur, Lot 10, Sungei Wang Plaza, Plaza Low Yat, Suria KLCC, Quill City Mall, Sogo, Sunway Putra Mall, Central Market & berakhir kat One Utama. Dalam setiap task kami di dedahkan dengan penggunaan aplikasi BOOST yang mana ianya juga merupakan salah satu dari penaja utama. Memandangkan saya dan team sendiri merupakan pengguna BOOST sedia ada maka ianya lebih memudahkan kerja kami. Shopping dan terima cashback.
Walaupun kali ni kami tak menang besar. Tapi pengalaman dan skill tu penting untuk kami bawa ke MISS SHOPhia Shopping Hunt 4.0 nanti. hehe. Cantik sangat medal yang diorang sediakan ni. Apapon terima kasih saya ucapkan kepada Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0 & Tourism Malaysia. Insyaallah ada rezeki kita jumpa untuk edisi seterusnya. :)
0 Comments