Sunday, October 27, 2019

HOTEL DE ART USJ 21 BERTEMAKAN ENGLISH GARDEN


Tempohari semasa ada urusan di sekitar Subang, saya telah menginap di sebuah butik hotel yang terletak di USJ 21 iaitu Hotel De Art USJ 21. Memandangkan ini merupakan hotel yang dekat dengan public transport jadi saya telah menempah untuk menginap di sini selama 2 hari 1 malam.

HOTEL BERTEMAKAN ENGLISH GARDEN


Dari luar lagi kita dah dapat rasa keunikan yang bakal kita lalui. Masuk saja ke ruang lobi utama hotel membuatkan saya betul-betul teruja dengan dekorasi ala taman innggeris sehinggakan saya hampir terlupa saya berada di lobi sebuah hotel. Di tengah-tengahnya wujudnya sebatang pokok  besar dengan sebuah buaian tergantung seakan-akan menanti kehadiran tetamu mereka. Bukan itu saja, perabut dan dekorasi sekitar lobi juga cukup menarik dan kena dengan tema English Garden yang cuba disampaikan.


Setiap inci dinding di setiap lantai hotel juga dihiasi dengan lukisan mural yang cukup cantik dan bermotif. Saya sendiri kadang-kadang keliru di mana patut saya mula untuk bergambar.


Bilik yang saya inap tempohari dengan dekorasi yang cukup simple iaitu dengan mural sekuntum bunga yang sangat besar. Mempunyai 2 katil bujang, meja tulis, kerusi dan televisyen LCD.


Mereka juga ada menyediakan kelengkapan sejadah untuk kemudahan tetamu muslim mereka untuk solat. Sejadah korang boleh dapat di dalam laci meja sisi sebelah katil.


Selain dari itu, mereka ada menyediakan pemanas air (water heater)  dan serbuk kopi Ali Cafe untuk korang. Air Mineral juga ada disediakan dan ianya adalah PERCUMA.

Bilik air mereka pula cukup selesa dan luas. Mereka ada menyediakan kemudahan tuala mandi, pemanas air, pengering rambut, sabun mandi, shampoo dan berus gigi. Jadi tak perlu susah-susah bawa berus gigi dah kalau stay kat sini kerana ianya sudah disediakan.



Hotel de Art USJ 21 juga ada menyediakan kemudahan Wifi Internet yang korang boleh guna sepanjang menginap di sini. Secara keseluruhannya, hotel ni cukup bersih dan selesa, cuma mereka tidak menyediakan sarapan pagi untuk tetamu mereka. Dari segi harga, ianya cukup murah dan sangat affordable.

LOKASI HOTEL DE ART USJ21

Terletak bersebelahan dengan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), PLUS (exit Plaza Tol USJ), Puchong, Subang Jaya, Sunway dan semestinya sempadan Shah Alam membuatkan hotel ini ideal sebagai pilihan untuk menginap memandangkan ia paling hampir dengan jalan utama. Bagi korang yang tidak drive sendiri, korang boleh akses kesini dengan menaiki LRT .


Bagi korang yang lapar atau mahu membeli belah, ada mall iaitu Main Place USJ cuma 5 minit masa berjalan kaki. Bukan makanan je korang boleh dapat kat mall ni, pakaian ada dan banyak lagi lah.

Hotel de Art USJ 21, Subang
21, Jalan USJ21/6, USJ21, 47630 Subang Jaya, Selangor
No Telefon : +603 5888 9099
Waze: Hotel de Art @ USJ21

2 comments:

  1. Cantik...Sis pun suka hotel ni Madi, tapi Sis mebinap di Shah Alam area dekat dengan anak Sis. Memang teruja. Daya tarikan tersendiri kan, setiap bilik lain temanya..

    ReplyDelete