BELAJAR MAKAN SNEK SECARA BERHEMAH DI BENGKEL SMRTER SNACKER



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ni saya nak kongsikan kepada korang semua berkenaan  bengkel yang telah saya hadiri pada tempohari iaitu "SMRter Snacker Workshop". Untuk pengetahuan korang semua, bengkel ini telah dianjurkan oleh pihak MondelÄ“z International (Malaysia) dimana ianya telah mengfokuskan pada kepentingan pengambilan snek secara berhemah. Jadi objektif bengkel ini adalah untuk memperkasa para peserta untuk menikmati snek dengan betul tanpa perlu memilih antara snek atau makan secara sihat.


SMRter Snacker ini telah dihadiri oleh barisan ahli panel yang terdiri daripada Pengurus Nutrisi & Komunikasi Strategik Mondelez AMEA, Pei Gee Chew, Penolong Profesor merangkap Ketua Program Nutrisi & Kesejahteraan Fakulti Sains Gunaan Terapan Universiti UCSI, Dr. Satvinder Kaur dan Encik Nash Idrus yang merupakan selebriti dan juga seorang bapa yang berkongsi pendapat dari perspektif keibubapaan. Sesi ini telah dikendalikan oleh pengacara jemputan yang tidak asing lagi iaitu Sheahnee Iman Lee.


Melalui sesi SMRter Snacker ini, banyak info menarik telah saya perolehi terutama tentang pemilihan dan pemakanan snek harian kita. Melalui tabiat pengambilan snek secara berhemah ni, saya difahamkan kita harus memberi fokus terhadap rasa dan cara menikmatinya. Sebagai contoh, jika kebiasaannya kita menggunakan tangan kanan untuk makan, kita disarankan untuk menggunakan tangan kiri untuk memakan snek. Selain itu, kita cuba menikmati makanan secara perlahan-lahan sambil cuba mengambil tahu atau meneka tentang bahan-bahan yang terkandung di dalam snek tersebut. Cara ini adalah lebih bagus dari kita makan secara berterusan .


Barisan panel penceramah juga berkongsi pendapat mengenai fokus strategik syarikat Mondelez iaitu Snacking Made Right— dan bagaimana ia dapat dilaksanakan melalui kelestarian bersnek yang berhemah dengan memberi impak terhadap manusia dan seluruh planet ini.

Majoriti pengguna mengamalkan pemakanan snek beberapa kali dalam kehidupan harian mereka. Snek berupaya memberi ledakan tenaga yang diperlukan oleh mereka dalam meneruskan kehidupan seharian. Kebiasaannya, kebanyakan rakyat Malaysia makan snek sebanyak 6 ke 7 kali sehari. Lazimnya, kekerapan memakan snek ini berpunca daripada kesibukan masa yang padat. Antara faktor yang menyumbang terhadap isu ini adalah gaya hidup aktif para pengguna. Pada tahun 2018, jumlah jualan produk snek (makanan ringan) di Malaysia adalah lebih kurang RM1.28 bilion. Jumlah ini dijangka akan meningkat.

Menurut Dr. Satvinder Kaur, berkata, “Penyelidikan telah membuktikan bahawa kesedaran pengambilan makanan seharian dapat mengawal pemakanan secara berlebihan. Bukan itu sahaja, ia juga mengawal sikap individu daripada terjebak daripada dipengaruhi pembungkusan makanan dan juga iklan yang menarik. Ia juga dapat menyumbang kepada pengalaman memakan snek yang disukai."

Selain dari sesi perbincangan bersama panel, para peserta SMRter Snacker ini juga telah terlibat dalam beberapa aktiviti yang memberi inspirasi untuk mengamalkan tabiat snek secara berhemah dengan mengalakkan para peserta untuk fokus terhadap rasa dengan menikmati setiap makanan yang dirasai.

Menurut James Kane, Pengarah Urusan MondelÄ“z (Malaysia) menjelaskan, “Para pengguna tidak perlu memilih antara makan snek dan makan secara sihat. Kami mahu mempengaruhi para pengguna untuk menikmati snek secara yang betul melalui cara pengendalian terhadap pengambilan makanan.”
“Kami menawarkan pelbagai jenis pilihan makanan ringan kepada pengguna agar mereka dapat pilih makanan mengikut citarasa tersendiri. Selain itu, kami juga memperluaskan portfolio makanan ringan berkhasiat serta profil nutrisi dan ramuan produk jualan terbesar kami. Selain menawarkan snek yang hebat, kami juga berusaha untuk menawarkan nutrisi yang baik dengan ramuan yang dipercayai dan diketahui oleh para pengguna kami. Snacking Made Right dibina atas janji kami untuk menawarkan para pengguna makanan ringan yang tepat, untuk masa yang tepat dengan cara yang betul”, ujarnya lagi.
Secara konklusinya, tidak salah untuk kita menikmati snek yang ada namun hendaklah berpada-pada dan tahu akan kesannya jika berlebihan. Kita harus ingat, keputusan semua di tangan kita. Betul cara kita, maka sihatlah tubuh badan kita.

Post a Comment

0 Comments