RESTORAN FUHU MENAWARKAN MENU MASAKAN CINA KONTEMPORARI


FUHU Restaurant & Bar merupakan restoran makan malam yang pertama yang dilancarkan oleh Zouk Group di Resort World Genting. Konsep yang telah diterapkan di Restoran FUHU ini adalah pengalaman santapan yang unik dengan masakan Cina kontemporari oleh celebrity chef Hong Kong iaitu Alvin Leung.



Dengan keluasan hingga 8,000 kaki persegi (750 meter persegi), restoran ini mampu memuatkan sehingga 150 orang dalam satu-satu masa. Maksud perkataan FUHU adalah 'harimau beruntung' dalam bahasa Mandarin. FUHU adalah penggabungan makan, muzik dan kehidupan malam dengan hiasan chinoiserie yang memainkan unsur-unsur yang terdapat dalam apotek tradisional Cina, dilengkapkan pula dengan taman keajaiban yang dibawa oleh cahaya artful dan graffiti seni pop.




Restoran ini tidak mempunyai pengiktirafan Halal kerana ianya juga merupakan sebuah bar yang ada menyajikan minuman beralkohol. Namun begitu, restoran ini berstatus Pork Free.

FUHU Roasted Duck
Hidangan signature di sini adalah menu FUHU Roasted Duck, lengkap dengan sos morel truffle sebagai pilihan iringan.  Aromatic Crispy Duck ini akan di racik halus dan dimakan bersama dengan sos dan roti.


Antara menu popular lain yang korang boleh cuba di sini adalah Boston Lobster Noodle, Salt & Pepper Squid, Spicy Granny Tofu, Duck Essence Porridge, The Generals Fried Chicken with Waffle dan Banyak lagi.

Boston Lobster Noodle
Salt & Pepper Squid
Spicy Granny Tofu
Duck Essence Porridge
The Generals Fried Chicken with Waffle 
Restoran ini terletak di Aras G, Sky Avenue dan berdekatan dengan Zouk. FUHU Restaurant & Bar beroperasi dari hari Isnin hingga Ahad bermula dari jam 6.00 petang hingga 1.00 pagi.

Post a Comment

0 Comments