SEDAP PULAK NASI GORENG NI BILA GUNA PERENCAH INNNI


Bila kita berbicara bab masak, sayalah orang pertama akan naikkan bendera putih. Bukan apa, kadang-kadang tu nak masak nasik pun boleh berdebar-debar takut air yang dimasukkan tu memadai atau tidak. Ini memang serius tak tipu tau.

Kalau masa stay kat Kuala Lumpur dulu bila lapar je memang mudah sangat nak dapat makanan, kedai makan, kedai runcit ada kat bawah rumah je. Lepas tu nak makan apa cakap je semuanya dekat. Tapi bila balik rumah ni walaupun stay dengan mak, kalau nak makan ke apa kenalah masak jugak. Nak nak kalau perut buat hal malam-malam kan.

PERENCAH SERBAGUNA INNNI

Memandangkan keterpaksaan tu ada, jadi kenalah belajar masak juga sikit-sikit kan. Jadi memandangkan takut sangat makanan yang dimasak tu tak sedap aku belilah Perencah Serbaguna Seasoning dari Innni ni.


Kenapa aku tak guna perasa lain yang tersedia ada kat pasaran yang sudah semestinya semua orang tahu boleh sedapkan makanan tu ? Oh memang tidaklah!! Untuk pengetahuan korang, keluarga saya memang anti produk penambah rasa ni. Memang Mak saya sendiri tak pernah guna penambah rasa tu dalam masakan dia. Semua orang sedia maklum bahawa penambah rasa tu tidak sihat untuk kita kerana ianya mengandungi bahan yang tak bagus untuk kesihatan. Makanan memang akan sedap, tapi untuk jangkamasa panjang memang tidak bagus untuk tubuh badan kita.

Ok berbalik pada Perencah Serbaguna Seasoning dari Innni  ni ianya perencah serbaguna yang bebas dari MSG. Jadi saya boleh guna tanpa was-was. Apa yang menariknya lagi tentang Perencah INNNI ni, ianya dicipta dari resipi istana tau. Ini kerana, pengasas Perencah INNNI ni sendiri iaitu Allahyarham Ungku Mohd Ariff (Pak Ungku) merupakan kerabat diraja yang dari kecilnya memang tinggal di istana. Pak Ungku dikatakan sangat menggemari sajian mee hailam yang disediakan tukang masak istana & sejak itu Pak Ungku berusaha untuk mendapatkan resipi yang sama macam masakan tukang masak istana.


Memandangkan dalam Perencah INNNI ni telah mengandungi segala bahan-bahan asas untuk memasak seperti bawang, serbuk lada, tepung dan menjadikan ikan bilis sebagai bahan perisa maka isteri Allahyarham Pak Ungku telah memasukkan perencah ni dalam setiap masakannya dan ternyata makanan menjadi lebih sedap dari biasa. Maka dari situlah penggunaan Perencah INNNI bukan sekadar untuk mee hailam sahaja malah sesuai untuk semua jenis masakan.


Rupa-rupanya dah lama Perencah INNNI ni ada kat pasaran, sejak 1986 lagi tu. Dah macam macam design pakaging dah diorang pakai. Tapi produk INNNI kini telah diusahakan sepenuhnya oleh En. Ungku Zubir bagi meneruskan legasi produk Perencah INNNI setelah pemergian ayahandanya Allahyarham Pak Ungku pada tahun 2012.

Untuk pengetahuan korang, Perencah INNNI telah mendapat pensijilan HALAL JAKIM pada tahun 2006 dan seterusnya mendapatkan pensijilan MESTI dari kementerian kesihatan. Jadi korang pun tak perlu nak was-was dengan produk ni.

Adoi tetiba excited lebih pulak bercerita tentang produk Perencah INNNI ni. Tapi biarlah, benda bagus memang patut di kongsi kan.

GORENG NASI DENGAN PERENCAH SERBAGUNA SEASONING INNNI

Memandangkan Perencah Serbaguna Seasoning dari Innni ni dah dibeli, tetiba pulak dirini rajin nak masak. Perasaan takut nak masak tu terus tak ada ya sebab apa? Sebab ramai sangat orang kata kalau guna produk Innni ni masakan mesti jadi sedap. 

Nasi Goreng hasil guna perencah Serbaguna Seasoning Innni

Jadi, sebagai permulaan tu kita cubalah masak nasi goreng dulu. Resipi biasa-biasa je, orang panggil Nasi Goreng Bodo. hahaha. Maaflah tak sempat nak ambik gambar masa penyediaan, bukan apa dirini tetiba je excited sangat nak goreng nasik guna Perencah Serbaguna Seasoning dari Innni ni.

Resipi Nasi Goreng pun mudah sangat sekadar guna, Bawang Merah tiga (3) biji, Bawang Putih dua (2) ulas, lada kering, Ikan Bilis, Telur, kicap dan Sayur Sawi. Apa yang paling penting adalah serbuk Perencah Serbaguna Seasoning dari Innni. Saya guna kicap tu sebab tak suka nasi tu tak ada warna sangat.

Setelah bertungkus lumus berperang di dapur maka terhasillah nasi goreng bujang ni. Walupun nasi goreng biasa je, resipi tetap di google ya. hahaha. Bila dah siap semua bagi mak makan, dia agak terkejut ya masakan anak bongsu dia sesedap ni. Boleh nampak dia makan banyak malam ni. Ahaks.


Malam ni jugak Mak saya masak Jantung Pisang goreng, jadi alang-alang tu saya cuba masukkan Perencah Serbaguna Seasoning dari Innni ni sekali. Memang sedap weh. 


Memandangkan perencah dari Innni ni memang boleh menyedapkan makanan, jadi esok nak cuba goreng ayam pulak menggunakan Perencah Goreng dan Panggang Innni. Ohoiii tak sabarnya.


Untuk sebarang tempahan dan keterangan lanjut mengenai Perencah Innni :

Facebook : Perencah Inni
Instagram : Perencah Inni
Tel : 019-2870474

Post a Comment

0 Comments