Monday, July 29, 2019

BERIBU PENGGUNA YOODO DIRAIKAN DENGAN BAND INDIE TEMPATAN


Yoodo tidak pernah mengetepikan pengguna-pengguna mereka, malah mereka sentiasa menghargai pengguna mereka dengan hal-hal yang cukup menarik dan bermakna. Selepas penganjuran Hari Bertemu komuniti Sempena Ulang Tahun Mereka Yang Pertama pada hujung tahun lepas (2018), kini mereka kembali meraikan beribu pengguna mereka yang makin bertambah dari hari ke hari dengan penganjuran konsert band indie secara on-ground dan online secara serentak pada 27 July 2019 di Battle Arena, Jaya Shopping Centre PJ.




Acara ini menyaksikan beribu-ribu pengguna Yoodo menyertainya secara virtual serta di Facebook yang dilakukan secara lansung. Antara pemuzik indie tempatan yang terlibat pada malam itu adalah seperti kumpulan Modescape, kumpulan An Honest Mistake, A.Ron, kumpulan Battle Bloom, Nadirah dan juga kumpulan popular Sevencollar T-shirt.

"Today's event was a perfect reflection of Yoodo's commitment in promoting local talents and bringing Yoodoers a memorable experience," said Head of Yoodo, Chow Tuck Mun. "Whether gaming, sports or music. Yoodo  is always ready to support talents and to fuel their passion."

Acara ini diadakan bersempena dengan kemuncak siri Yoodo Presents. Acara ini merupakan siri konsert dalam talian interaktif yang pertama di Malaysia yang bermula pada Jun 2019. Persembahan dari band-band setiap minggu dapat menarik hampir sejuta tontonan dan membenarkan para peminat berinteraksi langsung dengan band kegemaran mereka beserta dapat memenangi barangan eksklusif dari Yoodo.


"Yoodo Presents has been a great platform in highlighting these fantastic local indie musicians. The event today is the climax to the series and I hope it has inspired young talents locally It's all part of Yoodo's greater commitment to empower Malaysians to achieve their dreams no matter what it may be," Tuck Mun added.
Konsert ini merupakan inisiatif paling baru dari pihak Yoodo dalam fokus community engagement, kerana ianya sudah pasti akan dapat memperkuat kedudukannya sebagai perkhidmatan Telco yang bagus untuk pengguna mereka. Sejak dilancarkan pada tahun 2018, Yoodo telah mencatat pencapaian yang sangat memberangsangkan selepas banyak perkara yang telah dibuat dan dianjurkan telah mendapat sokongan yang baik dari pengguna mereka.

Sevencollar T-shirt
An Honest Mistake
Nadirah, Kumpulan Modescape

Yoodo merupakan fully Digital Telco yang pertama membenarkan pengguna mereka mendaftar eSIM dengan Yoodo dalam beberapa minit tanpa perlu melawat mana-mana kedai fizikal. Yoodo juga merupakan Telco pertama membolehkan pengguna membawa local mobile plans mereka ke luar negara dengan ciri Roam Like Home Add-on .

Apa yang menariknya lagi tentang Yoodo, ianya telah menjadi yang pertama untuk menyokong pelbagai segmen gaya hidup terutamanya dalam permainan. Sebagai contoh, Yoodo telah menjadi sebagai penaja Digital Telco yang pertama untuk Malaysia's first Player Unknown's Battlegrounds yang pertama PUBG MOBILE National Champion dan telah melancarkan team PUBG MOBILE e-sports mereka sendiri - Yoodo juga telah menganjurkan pertandingan PUBG dalam talian bulanan - Beat the Champs. Melihat kepada juara on-ground sports dan bakat tempatan, Yoodo juga telah melangkah masuk untuk menaja Liga Perdana Futsal Malaysia yang baru.
"Yoodo is still comparatively new but things have been very exciting for us and our users. We have been really ramping up our efforts to give back to our community particularly with new and exciting events in gaming, sports and of course music with the finale of Yoodo Presents. We are grateful for the continued support of our Yoodoers and look forward to delivering more exciting features and experience that wows our users in the coming months," Tuck Mun added. 
Untuk maklumat lanjut berkenaan Yoodo, korang boleh terus ke laman sesawang mereka di www.voodo.com.my

18 comments:

  1. Yoodo macam pernah dengar, sekarang baru tau yang ni syarikat telco. Best kan dier buat event komuniti macam ni. at least lebih ramai orang tau tentang apa disebalik Yoodo.

    ReplyDelete
  2. such a lovely show... great event from yoodo.... wish i were there to experience the show.. looks great and nice..

    ReplyDelete
  3. Terbaiklah..bukan yoodo tu yang simkad ke? Selalu tengok iklan google ad kat blog lain. Malah ada beberapa affiliate marketing negara kita yang syorkan guna sim ni.

    ReplyDelete
  4. semakin rancak dan sukses yoodoo.
    dari awal2 dilancarkan until now, kan.
    maka, customer mesti la diraikan, tanda tq.

    ReplyDelete
  5. macam menarik je yoodo ni. tapi still banyak benda yang saya tak tahu pasal yoodo ni, in shaa Allah akan cuba kenal dengan lebih dekat lgi yoodo ni. :) terima kasih share

    ReplyDelete
  6. Naim tak kenal sapa sorang indie Band ini. hehe. Semoga bisnes mereka kekal dapat sambutan haha

    ReplyDelete
  7. Bertambah gah dah YODOO sekarang ni ya. Macam-macam acara dah mereka buat, yang happenning2 pulak tu. Sape yang suka main PUBG sure suka dengan perkidmatan Yoodo ni kan..

    ReplyDelete
  8. trust me i tak pernah guna lagi yoodoo... sebab i tak perlukan hiburan bebanyak now I noticed i banyak rely on the home's internet... tapi this is a good yoodoo for generation muda muda masa kini... tapi bagus juga la untuk sesiapa yang nak guna simcard yoodoo niii

    ReplyDelete
  9. Selalu jugak dengar jenama Yodoo. Cuma belum berkesempatan cuba pulak. Selalu bila naik grab, driver grab akan offer sim card free. Cuma nak tanya, syarikat pertama yang tawarkan esim tu, maksudnya kita tak perlukan simcard utk gunakan line dia ke? Secara digital sahaja?

    ReplyDelete
  10. Sejujurnya baru tahu pasal yoodoo ni. Citer ngan anak sulung, dia tahu. Bagus katanya. Sesuai ngan anak muda sekarang. Anyway show tu best!

    ReplyDelete
  11. mcm best je yodoo ni.. happening plak tu.... org2 muda sure suka ni kan.. simple n smart lifestle gitu.. sis x prnh try lg Yodoo ni

    ReplyDelete
  12. Pergh sekrg yoodoo banyak buat aktiviti ye..bgus giler..nad tak pernah guna lagi yoodoo..mungkin one day...

    ReplyDelete
  13. Wah meriahnya.. mesti hype mlm tu sbb ada muzik indie. Anak2 bujang akk mmg sukala kalau muzik2 gaya mcm ni
    Heheh

    ReplyDelete
  14. kena study bebetul pasal yoodoo ni baru faham , tapi lebih kepada memenuhi keperluan anak muda masa kina...

    ReplyDelete
  15. Bagusnya pihak yoodo ni, meraikan para pengguna. Mesti para pengguna yoodo rasa dihargai. Ini kiranya salah satu cara they all nak ambil hati para pelanggan kot.

    ReplyDelete
  16. dulu saya layan sekejap band indie. bila dah kahwin, berhenti sebab suami tak minat dan saya pun dah habis minat. hahaha. tapi bagus buat macam ni meraikan pelanggan.

    ReplyDelete
  17. OK.. Hari tu ada dengar pasal yoodo ni.. Tak sangka dah grown big dah sampai boleh buat concert utk pelanggan dia.. Good job yoodo

    ReplyDelete
  18. Alamak..saya tak pernah dengar pasal yoodo ni... Jadi tak tahu apa dia.. Skrg dh tau dah apa dia yoodo ni.. Baru tau yoodo ni bagus juga kan ingat pengguna dgn hargai invite band2 indie.. Lagipun sy xlayan band indie.. Mklumlah jiwa perempuan dan laki tak semua sama .. Hehe..

    ReplyDelete