travel, food and lifestyle blog

Followers

YOODO ANJUR HARI BERTEMU KOMUNITI SEMPENA ULANG TAHUN MEREKA YANG PERTAMAMERIAHNYA


Komuniti Yoodo telah dibentuk sejak Januari 2018 lagi dan mempunyai komuniti dalam talian paling berjaya mencapai hampir 200,000 pengguna yang melawat platform dan menerima 2 juta pandangan daripada masyarakat Malaysia. Matlamat utama penubuhan komuniti ini adalah untuk menggalakkan dan membolehkan para pelanggan berkongsi pengalaman mereka tentang Yoodo dan menyediakan sokongan kepada pelanggan.


Saya sendiri telah berkesempatan memenuhi undangan untuk memeriahkan Yoodo Community Meet-Up Day yang mana ianya juga dipanggil sebagai Yoodoers yang bertempat di MBO Starling Mall pada 8 Disember 2018 yang lalu. Hari komuniti ini adalah peluang untuk meraikan dan mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan setia Yoodo.

Untuk majlis itu, ramai juga Yoodoers telah dijemput untuk hadir dan mereka semua telah diraikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti permainan, cabutan bertuah dan juga tayangan movie.


Pada hari itu juga beberapa pelanggan setia dan aktif Yoodoers telah dianugerahkan hadiah Longest Active SuperUser, Most Active SuperUser dan Most Promising New SuperUser. Semua ini menerima hadiah telefon pintar dan hadiah sampingan lain best seronok tengok mereka menang.

Pemenang kategori Long Active SuperUser, Bruce Lim (pengguna aktif sejak Mac 2018) telah menerima Huawei P20, manakala 3 pemenang kategori Most Active SuperUser (melebihi 1000 replies dalam halaman komuniti) telah menerima Huawei Y7 setiap seorang. Kategori Most Promising New SuperUser, Wong Meng Jian telah menerima Samsung Galaxy J1. Tahniah buat semua pemenang.

PENGUMUMAN SEMPENA YOODO COMMUNITY MEET-UP DAY 


Selain dari aktiviti-aktiviti mnarik yang diorang sediakan, sempena hari komuniti ini juga pihak Yoodo turut membuat pengumuman istimewa buat para pengguna mereka iaitu;
  • Pelancaran Roam Like Home Plus | pelan unik yang membolehkan pengguna memanfaatkan ‘local plan’ apabila ke luar negara sama ada RM10 atau RM20 untuk 24 jam, bergantung kepada negara roaming diaktifkan. Roam Like Home dan Roam Like Home Plus kini meliputi 53 buah negara.
  • Online Banking | bakal disediakan buat pengguna Yoodo bermula penghujung Disember 2018. Ia merupakan tambahan kepada saluran pembayaran sedia ada seperti kad kredit atau debit dan PayPal.
  • Data Sharing | berdasarkan maklumbalas pengguna, Yoodo berhasrat melaksanakan data sharing pada 2019. Pengguna boleh membuat pilihan amaun data untuk dikongsikan bersama yang lain.
  • Flexi Booster | satu lagi feature yang bakal ditawarkan tahun depan. Pengguna boleh membeli booster dengan harga lebih rendah sekiranya tempoh booster telah menghampiri tempoh tamat.
Untuk saya, apa yang Yoodo tawarkan adalah cukup flexible dan berbaloi. Jadi korang tunggu apa lagi jom jadi sebahagian dari pelanggan Yoodo. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman di bawah ini :
Share:

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

MENARIK MINGGU INI

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive