RESIPI MUDAH KARI AYAM KENTANG US LEBARAN



Assalamualaikum kepada semua pembaca blog saya. Jarang sekali saya kongsi dalam article saya berkenaan dengan resipi masakan sebab saya ni bukan yang jenis pandai memasak. Tapi kadang-kadang tu kena jugak belajar kalau nak berjimat kan.

Tanpa membuang masa, untuk artikel kali ni saya nak kongsi dengan korang cara untukmemasak Kari Ayam yang cukup mudah. Apa yang specialnya resipi saya nak kongsi hari ni adalah saya menggunakan Kentang US. Ramai sangat kawan-kawan saya suggest untuk guna Kentang US ni kalau nak memasak. Kata mereka, kentang ni bukan sakat sedap ianya lembut dan mudah untuk di handle. Bukan itu sahaja, Kentang US ni jugak besar dan gebu-gebu tau.


Memandangkan kita dah dalam bulan puasa dan raya bakal tiba tak lama lagi, ada baiknya saya kongsi menu mudah untuk korang buat untuk jamu tetamu di hari raya nanti. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara memasak KARI AYAM KENTANG US LEBARAN ni.


BAHAN-BAHAN : 
  • Ayam - dua belah paha potong sederhana.
  • 1 biji ubi kentang - belah 4 (Kentang US)
  • Santan 1/2 kotak
  • Garam
  • Gula
  • Penambah perisa 
BAHAN KISAR/ TUMBUK 
  • 1 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia 
BAHAN TUMIS 
  • 4 sekawan - pelaga, kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang (Serba 3 semuanya kecuali kayu manis ambil setengah batang saja)
  • 1 biji bawang merah ( hiris nipis)
  • 1 ulas bawang putih ( hiris nipis )
  • 1/2 inci halia ( hiris nipis )
  • 2 tangkai daun kari 
PASTE REMPAH 
  • 3 sudu besar rempah kari + bahan tumbuk/kisar tadi + air sedikit. Kacau sebati. 


CARA MENYEDIAKANNYA :
  1. Panaskan minyak cukup untuk menumis bawang dan rempah nanti.
  2. Masukkan bahan tumis. Saya masukan semua sekali gus. Kacau hingga bau harum.
  3. Masukkan paste rempah. Kacau hingga garing. Guna api perlahan dan kacau jangan sampai hangus. Nanti gulai rasa pahit.
  4. Sesudah rempah naik minyak, masukkan ayam dan gaul sebati. Masukkan air sedikit dan kacau.
  5. Masukkan kentang dan kacau sekejap.
  6. Masukkan santan dan kacau. Masukkan air.
  7. Perlahankan api semula dan biar hingga pecah minyak.
  8. Apabila sudah pecah minyak, bolehlah angkat dan hidang dengan roti jala. 

Amacam, ok tak resipi saya ni? jangan baca je tau, korang boleh cuba sendiri resepi ni. Dan jangan lupa untuk guna Kentang US tau, nanti korang sendiri akan tahu bertapa bestnya kentang ni. Apapon selamat mencuba dan selamat berpuasa.

Post a Comment

2 Comments

  1. Wowwww taksangka Madi pandai masak...Sis nak trylah nanti...Maseh Madi ...

    ReplyDelete
  2. sedap nampak kari tu...pekat! likat!..kentang US ni biasa akak beli goreng ngan ikan bilis..sedap!!

    ReplyDelete