PENGALAMAN MENDAPATKAN SEMULA SIJIL SPM YANG HILANG



Kehilangan dokumen penting seperti Sijil SPM adalah cukup merisaukan aku berbanding dari sijil sijil sekolah lain seperti PMR ataupun UPSR. Nak pula sekarang ni saya dah berhenti kerja dan bakal mencari kerja baru. Teringin juga nak cuba nasib dalam penjawat awam, mungkin sebagai seorang guru atau pasukan beruniform? hehe. Kalau interview dalam company swasta diorang tak pandang sangat sijil SPM ni. Tapi kalau untuk mohon sebagai penjawab awam dah jatuh wajib sijil SPM ada dalam file selain dari RESUME korang.

Jadi nak tak nak memang kena buat jugalah kan! Orang kata ada dua cara nak dapatkan balik salinan sijil SPM yang hilang. Cara pertama kena ke kaunter Lembaga peperiksaan kat Putrajaya, dan cara kedua pula melalui pos. Memandangkan tempohari ada kerja di Kuala Lumpur, sempat juga luangkan masa sekejap ke Putrajaya untuk memohon salinan sijil SPM yang dah dihilangkan.

LANGKAH PERMOHONAN SALINAN SIJIL PEPERIKSAAN
  • Permohonan melalui kaunter Lembaga Peperiksaan, Putrajaya
  • Pemohon hendaklah mengisi borang LP/SIJIL/Pin 1/96a yang boleh didapati di Kaunter Perkhidmatan Sijil Lembaga Peperiksaan (LP) di Aras Bawah, Blok E11, Kompleks E, Putrajaya ATAU memuat turun denganBORANG PERMOHONAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
  • Pemohon yang hadir sendiri ke kaunter perlu menunjukkan dokumen pengenalan diri sebagai bukti semasa membuat Permohonan Salinan Keputusan Peperiksaan.
  • Sekiranya pemohon tidak dapat hadir, pemohon boleh melantik wakil secara bertulis yang terdiri dari ahli keluarga terdekat.
  • Wakil yang dilantik perlu membawa bersama Surat Pelantikan Wakil yang ditandatangani oleh pemohon beserta salinan kad pengenalan pemohon yang telah disahkan. (Untuk muat turun surat perlantikan boleh dapatkan di dalam borang permohonan keputusan peperiksaan)
  • Permohonan melalui orang perseorangan tanpa Surat Pelantikan Wakil, agen atau syarikat tertentu tidak dibenarkan
  • Bayaran proses sebanyak RM30.00 (Ringgit: Tiga puluh sahaja) dikenakan bagi setiap salinan pernyataan keputusan peperiksaan dan boleh dibayar secara tunai di kaunter.

PERMOHONAN MELALUI POS

Permohonan melalui pos hendaklah disertakan bersama-sama dokumen berikut :
  • Borang permohonan LP/SIJIL/Pin 1/96a (seperti pemohon melalui kaunter LP)
  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Wang Pos (Postal Order), Kiriman Wang (Money Order) atau Draf Bank (Bank draft) atas nama PENGARAH PEPERIKSAAN bernilai RM 30.00. (Cek persendirian tidak diterima).

PENGALAMAN SENDIRI

Procedure yang cukup mudah ya kawan-kawan. Just pergi ke Kaunter Perkhidmatan Sijil Lembaga Peperiksaan (LP) di Aras Bawah, Blok E11, Kompleks E, Putrajaya dan isi borang berkenaan. Kalau muskil nak isi borang mana boleh tanya di kaunter pertanyaan. Ada sorang kakak beruniform pegawai keselamatan akan bantu korang.


Lepas je isi borang korang boleh ambil nombor giliran, dan tunggu sehingga nombor korang dipanggil. Ada tiga (3) kaunter yang korang akan tempuhi. Yang pertama kaunter semakan, kat sini korang kena bagi borang yang telah korang isi beserta kad pengenalan korang. Jika ada bahagian dalam borang tu korang tak dapat nak isi especially bahagian nombor angka giliran peperiksaan tu korang lupa, just tinggalkan je. Nanti akak yang jaga kaunter semakan tu akan kata, 

❝ tak apa adik jangan risau ya, cukup ada nombor ic adik je

Haaa... kan best kalau semua akak gomen yang jaga mana-mana kaunter tu berperangai macam akak akak kat Kaunter Perkhidmatan Sijil Lembaga Peperiksaan ni. Jadi, selepas selesai urusan semakan dia akan minta kita tunggu untuk dipanggil oleh kaunter kedua iaitu kaunter pembayaran. Jadi sediakan RM30 untuk satu salinan ya. Bila dah selesai bayar kita kena tunggu lagi untuk ke kaunter tiga iaitu kaunter pungutan sijil. Akak-akak yang jaga kaunter ni semua nampak garang, tapi layanan diorang alahai bagus, sopan dan boleh dipuji lah. 

Nampak macam rumit kan, tapi korang tak perlu risau sebab prosedure ni sekejap je tak sampai 10 minit pun dah setel. Sijil tu nanti dia siap bagi bersampul lagi. Jadi balik boleh simpan elok-elok jangan bagi hilang dah. hehe

Terima kasih kerana baca artikel berkenaan PENGALAMAN MENDAPATKAN SEMULA SIJIL SPM YANG HILANG ni. Jika rasa bermanfaat, sudilah kiranya share di facebook korang. ☺


Post a Comment

10 Comments

  1. alhamdulillah ada lagi tersimpan sijil spm dlm file..ye kalau nak mohon kerja kerajaan mmg penting sijil spm ni...

    ReplyDelete
  2. Salam nk tny. .Jika sijil pmr dan spm yg hilang kiriman post masih rm30 juga ke?

    ReplyDelete
  3. Ok xpa, sy dh fhm. Dh.. Satu peperiksaa. Satu borang. Kira sy kna pakai 2 borang dan 2 wang post

    ReplyDelete
  4. Nak tanya saya lupa isi tarikh permohonan. Tkpe ke?

    ReplyDelete
  5. Nak tanya kalau dah buat permohonan pos tapi sijil spm nya Tak sampai sampai kena buat mcm Mana ye?

    ReplyDelete
  6. Salam, kalau melalui pos tu nama PENGARAH PEPERIKSAAN tu nak letak mcm mana?

    ReplyDelete
  7. Salam, kalau melalui pos tu nak letak nama PENGARAH PEPERIKSAAN tu mcm mana?

    ReplyDelete
  8. salam..kalau kita ambil sijil kat sini dia tulis dekat sijil tu salinan keputusan ke?

    ReplyDelete