PERHENTIAN KECIL VS PERHENTIAN BESAR


Pulau Perhentian terdiri dari dua buah pulau yang mempunyai kelebihan dan tarikannya yang tersendiri. Jadi disini saya ada sertakan sedikit maklumat berkenaan kedua-duanya.

PULAU PERHENTIAN KECIL

Terdapat 3 kawasan utama tumpuan pelancong di Pulau Perhentian Kecil iaitu Long Beach, Coral Bay dan Kampung Nelayan.

  • Long Beach 
Kawasan paling meriah di Pulau Perhentian terutama waktu malam kerana disini ada fire show dan kedai sepanjang pantai untuk pengunjung yang ingin bersuka ria pada malam hari. Tapi korang dinasihatkan untuk berhati-hati, jaga keselamatan anda kerana banyak pengunjung yang bersuka ria di bar dan mabuk pada waktu malam. Pada waktu siang , kawasan Long Beach menjadi tumpuan pengunjung kerana pasir putih yang bersih dan panjang sesuai untuk aktiviti mandi-manda dan sukan air.

Senarai Resort / Chalet di Long Beach
1. Ombak Resort
2. Bubu Vila / Bubu Long Beach Resort
3. Awatif Campsite
4. Matahari Chalet
5. Panorama Chalet
6. Bintang View Chalet
7. Mohsin Chalet
8. Rock Garden Chalet
9. Sunrise Inn
10. Mohsin Chalet

  • Coral Bay 
Terletak bertentangan di bahagian belakang Long Beach, kawasan ini lebih tenang dan menjadi tumpuan pengunjung yang ingin melihat sunset pada waktu petang kerana kedudukannya yang menhadap arah matahari terbenam. Juga terdapat banyak pilihan chalet / resort dan restoran . Perjalanan dari Coral Bay ke Long Beach mengambil masa kurang 15 Minit berjalan kaki.

Senarai Resort / Chalet di Coral Bay
1. Sharila Island Resort
3. Bintang View Chalet
4. Senja Bay Resort
5. Amelia Chalet
6. Fatimah Chalet
7. Aurbay Chalet
8. Amy Chalet

  • Kampung Nelayan
Merupakan penempatan masyarakat tempatan di Pulau Perhentian. Disini terletaknya kampung, rumah-rumah penduduk , sekolah , balai polis dan fasiliti lain untuk penduduk. Terdapat penginapan di kampung nelayan dan harganya lebih murah kerana diselia oleh penduduk kampung sendiri. Makanan di Kg Nelayan lebih murah berbanding kawasan-kawasan lain tetapi suasana malam disini lebih sunyi berbanding kawasan lain.

Senarai Resort / Chalet di Kampung Nelayan
1.Ayah Chalet
2.Homestay

p/s : disebabkan kebanyakan dari resort menggunakan generator persendirian untuk sumber elektrik, jadi tidak semua resort akan ada elektrik 24 jam.

PULAU PERHENTIAN BESAR

Di Pulau Perhentian Besar terdapat banyak resort/chalet yang lebih selesa terutama mereka yang datang bersama keluarga dan anak-anak. Kebanyakan aktiviti snorkeling di Pulau Perhentian adalah di sekitar Pulau Perhentian Besar ini. Resort-resort di Perhentian Besar juga banyak yang menawarkan aktiviti mengambil lesen Scuba Diving. Kedai makan memang tak ada di sini, kecuali restoran/ cafe di resort itu sendiri. Jadi harga makanan adalah harga restoran/cafe. Harga makan di sini adalah 'harga pulau', lebih mahal sedikit dari harga di tanah besar. Mahal sedikit sahaja. Manakala kedudukan chalet dan resort di Pulau Perhentian Besar ini tertumpu kepada 3 kawasan ini iaitu

  • Resort dan Chalet di Teluk Pauh
1.Perhentian Island Resort
2.Coral View Resort
3.The Barat Resort
4.Mama's Chalet.

Coral View Resort, The Reef Chalet, The Barat Perhentian Resort dan Mamas' Chalet terletak di 'Main Beach' dan mengadap kampung Nelayan Pulau Perhentian Kecil. Perhentian Island Resort (PIR) terletak di Teluk Pauh dan mempunyai jeti dihadapan resort.

  • Resort dan Chalet di Teluk Keke
1.Tuna Chalet
2.Suhaila Palace
3.The New Cocohut Chalet
4.Cozy Resort
5.ABC Guest House 
6.Abdul's Chalet

Teluk Keke juga menjadi tempat tumpuan pengunjung untuk snorkeling. Cantik pantai di Teluk Keke ni dan airnya cukup jernih.

  • Resort dan Chalet di Teluk Dalam
Flora Bay 1
Flora Bay 2
Arwana Eco Resort
Fauna Beach Chalet
Samudra Beach Chalet

Post a Comment

5 Comments

  1. Sangat bagus info ko ni Madi...
    Sis ko tak sampai lagi Perhentian, one day nanti kalau nak ke sana boleh rujuk blog Madi..
    Makaseh Madi ..

    ReplyDelete
  2. Heiii...da la tak join g perhentian...buat info perhentian lak yeeeee 😝

    ReplyDelete
  3. Bagusnya info ni! Rasa rindunya nak ke Pulau Perhentian! :D

    ReplyDelete
  4. pernah dok kat perhentian besar, Arwana Resort. Rindu yer kat perhentian!

    ReplyDelete