ANT-MAN AND THE WASP : NANO BATTLE ! TARIKAN TERBARU DI DISNEYLAND HONG KONG


Berita baik kepada penggemar siri Adiwira Marvel! Disneyland Hong Kong telah buka tarikan terbaru Ant-Man and The Wasp: Nano Battle! yang merupakan tarikan bertemakan Marvel kedua di Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) , yang meneruskan lagi perkembangan taman tema ini sebagai hab bagi aksi Adiwira Marvel di rantau ini. 


Untuk pengetahuan korang, tarikan terbaru Ant-Man and The Wasp: Nano Battle! ini telah dibuka kepada umum pada 31 Mac 2019 lepas.


Tarikan Ant-Man and The Wasp: Nano Battle! merupakan suatu pengembaraan interaktif yang ternyata unik. Ant-Man and The Wasp: Nano Battle! merupakan tarikan pertama seumpamanya yang menampilkan ciri-ciri watak ikonik Ant-Man and The Wasp, dan juga merupakan tarikan pertama Marvel di Disney Park yang menampilkan Adiwira wanita sebagai watak utama.


Ant-Man and The Wasp: Nano Battle! meneruskan kisah yang bermula dengan Iron Man Experience. Pengunjung akan menyertai suatu misi penting untuk mempertahankan Hong Kong daripada serangan Hydra apabila penjahat kecerdasan buatan Arnim Zola berusaha mencuri Data Core yang mengandungi maklumat yang sangat sulit.


Sementara Iron Man sibuk menentang bot-bot Hydra di Stark Tower, beliau memanggil Ant-Man and The Wasp untuk membantu melindungi Pavilion S.H.I.E.L.D., kerana hanya Ant-Man and The Wasp yang mempunyai keupayaan untuk mengecut dan menyusup masuk di antara perisai kukuh Swarmbots dan seterusnya memusnahkan mereka dari bahagian dalam. Namun, dengan hanya mereka berdua sahaja berhadapan beribu-ribu Swarmbots, Ant-Man and The Wasp pastinya memerlukan pengunjung untuk turut beraksi bersama-sama dengan mereka!


Dengan menaiki kenderaan tempur terbaharu S.H.I.E.L.D., iaitu D/AGR yang juga dikenali sebagai Dagger, pengunjung akan menuju ke Data Core sambil memusnahkan Swarmbots di sepanjang kembara dengan menggunakan EMP Blasters.

Pengalaman Marvel yang tulen menampilkan Elemen Hong Kong

HKDL dan Walt Disney Imagineering berganding rapat dengan Marvel Studios dalam menghasilkan tarikan baharu ini. Pengarah Peyton Reed dan pasukan produksinya turut memberikan sokongan tidak penuh mereka, sementara bintang-bintang yang terlibat dengan filem tersebut, iaitu Paul Rudd dan Evangeline Lilly turut menyokong dengan melakonkan semula watak mereka. Hasilnya, pengunjung akan berasa seolah-olah diri mereka berada dalam pengalaman Marvel yang sebenar.


Suatu watak Marvel Hong Kong yang diberi nama Leslie Lam telah dicipta untuk tarikan ini. Leslie yang berasal dari Hong Kong merupakan Ketua Jurutera S.H.I.E.L.D. di Science and Technology Pavilion yang menyelia semua pembangunan dan penyelidikan pavilion. Beliau akan melatih pengunjung menggunakan teknologi terkini EMP Blasters dan juga menyediakan maklumat penting sepanjang pertempuran tersebut. Watak Leslie dijayakan oleh Jessica Hsuan (宣萱) yang merupakan artis Hong Kong pertama diundang untuk memegang sebuah watak Marvel.

Semasa pertempuran tersebut, pengunjung akan menerima komen daripada Ant-Man and The Wasp. Mereka juga akan mendapat beberapa rujukan tempatan yang dipenuhi elemen humor daripada kedua-dua adiwira tersebut. Pastikan anda melihat dengan teliti butiran Marvel yang tersembunyi semasa kembara tersebut.

Untuk menjadikan tarikan ini lebih imersif, Secure Storage Vault bagi Alien & Weapon Technology dalam S.H.I.E.L.D., pavilion mempamerkan 14 jenis artifak dan item penyelidikan daripada filem, pertunjukan TV dan komik Marvel. Sebahagian daripadanya adalah unik dan dipamerkan secara eksklusif di HKDL.

Terdapat 150 sasaran, yang ditunjukkan dalam pelbagai bentuk dan saiz, yang menyediakan cabaran permainan pada tahap yang berbeza-beza kepada pengunjung. Komputer di dalam D/AGR akan merekodkan tembakan dan ketepatan sasaran oleh pengunjung, dan markah dikumpulkan serta ditunjukkan atas paparan kenderaan tersebut. Markah diberikan berdasarkan bilangan ketepatan sasaran dan saiz sasaran tersebut. Lebih kecil sasaran itu, lebih tinggi nilainya. Markah tambahan boleh diperoleh dengan mencari kombo rahsia dan turutan istimewa. Dengan menggunakan EMP Blasters, pengunjung perlu mencuba untuk menembak dan menyahaktifkan sebanyak mungkin Swarmbots, bagi membantu Ant-Man and The Wasp menewaskan Zola. Mereka juga boleh bertanding sesama ahli keluarga dan rakan mereka untuk melihat siapa yang meraih markah tertinggi!


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari https://www.hongkongdisneyland.com.

Post a Comment

0 Comments