Thursday, March 07, 2019

PERTANDINGAN VLOG MBMB 2019 TAWAR HADIAH WANG TUNAI LUMAYAN

PERTANDINGAN VLOG MBMB 2019

Dewasa ni kita boleh lihat dan rasa sendiri bahawa medium vlog sangat mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia khususnya pada pengguna tegar sosial media. Mungkin melalui medium ini info atau maklumat yang nak disampaikan oleh mereka lagi mudah untuk difahami dan diterima oleh mereka yang menonton. Bersempena sambutan Ulang tahun ke-16 Bandaraya Melaka bersejarah pada 15 April 2019 yang lalu, kerajaan negeri melalui Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengambil insiatif menganjurkan satu pertandingan Vlog MBMB 2019.

Melaka mengistiharkan Tahun 2019 sebagai Tahun Melawat Melaka

Melaka mengistiharkan Tahun 2019 sebagai Tahun Melawat Melaka


Untuk pengetahuan korang semua, pertandingan Vlog dipilih adalah seiring dengan kencederungan medium tersebut yang dilihat popular dalam kalangan masyarakat kini. Apa yang saya boleh katakan bahawa video merupakan medium yang sedang trending pada ketika ini. Sambutan kali ini juga sangat istimewa kerana Melaka mengistiharkan Tahun 2019 sebagai Tahun Melawat Melaka yang bertemakan Melaka The Gateway To Historic Malaysia 2019/2020.

Melaka mengistiharkan Tahun 2019 sebagai Tahun Melawat Melaka
Melaka mengistiharkan Tahun 2019 sebagai Tahun Melawat Melaka 

Apa yang menariknya semua penyertaan (video blogging) ini hanya berdurasi selama 5 minit sahaja, dan akan dimuat turunkan ke instagram, facebook dan youtube. Tujuan utamanya pertandingan vlogging ini bagi mempromosikan tempat, yang menarik makanan yang sedap dan budaya negeri Melaka. Oleh sebab yang demikian, pertandingan yang bertemakan The Uniqueness of Melaka City* ini akan berkonsepkan empat elemen utama iaitu makan-makan@ Melaka City, jalan-jalan @ Melaka City ,jom shooping @ Melaka City, dan Culture @ Melaka City Melaka.

Juri-juri terpilih, serta Micheal Ang telah diberi tugas bagi mengadili setiap video yang dihantar dan menepati seperti “simple but creative” tapi ada isi ceritanya dan mengikut syarat – syarat yang ditetapkan ujar Micheal Ang.

Micheal Ang juri pertandingan Vlog MBMB 2019
Micheal Ang selaku salah seorang dari juri yang akan mengadili pertandingan Vlog MBMB 2019

Menurut Micheal Ang, pertandingan vlogging ini mampu menarik minat anak anak muda terutamanya dimana ia merupakan trend terkini dan semua orang pergi mana atau buat apa kena record dan share kat sosial media.

Pertandingan vlog MBMB 2019 tawar hadiah wang tunai lumayan

Menerusi vlogging ini juga memudahkan semua orang boleh dapat tahu dan akses tempat tempat yang menarik di Melaka, melalui internet , youtube, dan social media , serta bloggers untuk sama sama membantu Kerajaan Negeri untuk mempromosikan lagi kempen Tahun Melawat Melaka secara amnya.

Antara syarat syarat pertandingan :
  1. Tempoh Penyertaan : 1 - 31 Mac 2019*
  2. Pendaftaran : Pendaftaran Online dan syarat-syarat pertandingan sila layari:-http://msdesk.mbmb.gov.my/event/daftar.cfm
  3. Yuran Penyertaan : Warganegara : RM 100.00  | Antarabangsa : USD 50
Bayaran atas nama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
RHB Islamic Bank Berhad
2540 1300 0099 67

Hadiah yang ditawarkan :

Hadiah yang ditawarkan dalam enam kategori termasuk:

  • Tempat pertama : wang tunai RM7000.00 berserta Penginapan 3 hari 2 malam di Melaka dan sijil penyertaan.
  • Tempat kedua : wang tunai RM5000.00Penginapan 3hari 2malam di Melaka dan sijil penyertaan.
  • Tempat ketiga : wang tunai RM3000.00Penginapan 3hari 2 malam di Melaka dan sijil penyertaan.
Turut diberi hadiah bagi kategori Suntingan Terbaik, Catchy Tagline dan ‘Like dan Share’ dengan wang tunai RM2500.00 bagi setiap kategori masing-masing.

Syarat Penyertaan :

Segala syarat dan sebarang pertanyaan bolelah melayari sesawang www.mbmb.gov.my atau hubungi seperti yang tertera di bawah ini.

Jom sertai Pertandingan VLOG MBMB 2019 : The Uniqueness of Melaka City

#vlogMBMB*
#vlogMBMB
#theuniquenessofmelakacity
#visitmelaka2019

Lead and manage the Projek Travel team at www.projektravel.com since 2014, he started blogging at www.mawardiyunus.com focusing on lifestyle issues and events coverage. His passion for leisure travel has turns the hobby into something worthy - writing on his experiences for your reading pleasure!

11 comments:

  1. betul tu sekarang ni apa jer nak share dekat social media..vlog pun sekarang tengah trend w/pun benda tu dah lama orang buatkan..menariklah contest ni..hadiah dia cukup lumayan..

    ReplyDelete
  2. Wah... Hadiah memang lumayan. Nak panggil member member I join the contest and hopefully they could win the prize away.

    ReplyDelete
  3. Bestnya hadiah yang dorang sediakan. Tapi Iza baru je nak berjinak-jinak dengan Youtube. Jauh lagi perjalanan. Kalau ada lagi next year boleh la join. heheh

    ReplyDelete
  4. wahh ada contest menarik. walau ada yuran penyertaan tapi tengok hadiahnya pun lumayan. berbaloi spent kalau menang ni. banyak masa lagi untuk fikirkan idea terbaik

    ReplyDelete
  5. wahhhh menarik nih , nak cuba jugaklah , mana tahu menang...tapi kena kumpul bahan jugak kalau nak join kan supaya tak salah maklumat ...

    ReplyDelete
  6. Wahh bestnya sesiapa yang suka buat video ni. Sis masih belum pandai lagi..masih banyak yg perlu dipelajari.
    Buat yg sertai pertandingan ni..good luck semua, buat yang terbaik kay

    ReplyDelete
  7. alamak michael ang jadi juri lah..mesti jujur dan telus komen dia..bro join tak kontes vlog ni..kalau join, best of luck!

    ReplyDelete
  8. Tapi pertandingan ni kena bayar kan ada fee.. hmmm. Daper yg terror buat video dan vlog bolehla join

    ReplyDelete
  9. Ni mmg contest mengikut peredaran zaman betul. Sbb mmg makin ramai vloggers skrg. Cara x langsung leh promote Melaka kan.

    ReplyDelete
  10. Perghhhhhh! Juri dia Micheal Ang tu wak! Mesti pemenangnya hebat-hebat nanti. Anyway, rasa nak cuba lak buat video and then join pertandingan ni, agak-agak ada luck ke dok eh,heee

    ReplyDelete
  11. Pertandingan ni dapat mempromosikan Melaka , bagus! Semoga ramai2 yg menyertaikan skali.

    ReplyDelete