2 MALAM DI OMBAK DIVES RESORT PULAU PERHENTIAN


Pulau perhentian ni terbahagi kepada dua iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Memandangkan saya pernah pergi ke dua-duanya, memang ada perbezaan yang ketara antara kedua-duanya. Apa yang pasti, masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri.



CARA KE PULAU PERHENTIAN | Untuk ke Pulau Perhentian, korang boleh menaiki bot di Jeti Kuala Besut. Untuk pengetahuan korang, jeti ni merupakan satu-satunya jeti yang boleh diakses untuk ke Pulau Perhentian.


Kalau korang travel dari Kuala Lumpur dengan menaiki kapal terbang, saya nasihatkan korang untuk turun di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan. Lapangan terbang ini lebih dekat (hanya mengambil masa 45 minit) dengan Jeti Kuala Besut berbanding dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud, Kuala Terengganu yang boleh memakan masa sehingga 2 jam perjalanan kalau memandu dan RM100 untuk kos teksi.

Jeti Kuala Besut
Perjalanan dari Jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian dengan menaiki bot laju adalah selama 30 minit. Tapi ia bergantung pada cuaca dan keadaan laut juga. Perjalanan kami pada tempoh hari agak memakan masa juga kerana keadaan laut yang bergelora.


MENGINAP DI OMBAK DIVES RESORT
Untuk pengetahuan korang, ini merupakan kali ke tiga (3) saya datang untuk bercuti di Pulau Perhentian. Kali pertama dengan gaya backpackers di resort sekitar Long Beach dan kali kedua pula dengan gaya mewah di Pulau Perhentian Besar. Jadi untuk percutian di Pulau Perhentian untuk kali ini saya memilih untuk bercuti di Ombak Dive Resort yang berada di Pulau Perhentian Kecil. Sebuah resort yang cukup unik dengan pelbagai kemudahan termasuk mempunyai sebuah cafe dengan makanan yang cukup enak. Bagi saya, masa bercuti ini adalah masa yang sesuai untuk saya berbelanja dan reward diri saya setelah bekerja keras sebelumnya. Rehat sepuasnya, beraktiviti sepuasnya dan makan sepuasnya. hehe.


Info penting jika korang menginap di Ombak Dive Resort, jeti yang perlu korang turun adalah di Jeti Coral Bay (Teluk Aur). Tidak perlu berjalan jauh kerana ianya hanya memakan masa lebih kurang lima (5) sahaja dari jeti.


Dari atas jeti korang sudah boleh nampak bumbung Ombak Cafe dengan begitu jelas. Dekat situlah nanti akan jadi tempat lepak kami. Banyak aktiviti menarik yang diorang hidangkan pada pelanggan mereka khususnya pada waktu malam.


Memandangkan kami tiba terlalu awal dari masa yang dirancang dan bilik masih belum ready untuk kami, jadi di Ombak Cafe lah tempat kami berehat seketika sambil menikmati makan tengahari. Jika dilihat pada menu yang mereka ada, apa yang boleh saya kata, korang tak perlu risau tentang makanan kat sini kerana semuanya best-best. Dari masakan TomYam hinggalah masakan western, semuanya boleh puji. Bukan setakat sedap tapi portion dia besar. Cuma saya risau kalau korang tak tahu nak oder apa je nanti. hehe. Nak tahu apa menu menarik yang ada di Ombak Cafe, korang boleh klik link di bawah ni.


Apa yang saya perasan kalau lepak di Ombak Cafe ni, ianya sejuk walaupun cuaca panas teruk. Ini bermaksud, sistem pengudaraannya cukup bagus kat sini. Walaupun duduk di bawah bumbung, tidak terasa bahang dan wap panas.

BILIK YANG SELESA DAN BERHAWA DINGIN | Sudah selesai makan tengahari, kami terus menuju ke bilik masing-masing untuk bersihkan diri dan berehat. Kami difahamkan di Ombak Dive Resort ni terdapat beberapa jenis bilik disediakan mengikut kesesuaian dan kehendak pelanggan.


Antara bilik yang ada di Ombak Dive Resort ni ialah seperti berikut :
  • Single Room
  • Twin Room
  • Quadruple Sharing Rooms
  • Exclusive Suites
    Apa yang saya perasan, setiap bilik dicipta dengan siling yang tinggi untuk membolehkan pengudaraan udara lebih baik. Selain itu bilik mereka juga mempunyai kemudahan seperti :
  • Penyaman udara
  • Kipas
  • TV skrin flat dengan movie disediakan dalam USB
  • Katil Latex
  • Peti sejuk
  • Water heater
  • Safety Box
  • Private bathroom
  • Tuala mandi
  • Sabun Mandi dan Shampoo
  • Hot Shower


Bilik yang saya dan kawan-kawan inap semasa disini adalah jenis Quadruple Sharing. Sesuai untuk 4 orang dewasa. Rate biasa untuk bilik ini adalah RM690 termasuk breakfast. Jadi share empat (4) orang takdelah terasa mahal sangat kan. Yang penting dapat bilik yang besar dan selesa untuk kami bercuti selama 3 hari 2 malam di Pulau Perhentian ni.

BEKALAN TENAGA ELEKTRIK 24 JAM | Pulau Perhentian menerima punca tenaga elektrik dari generator persendirian. Oleh sebab yang demikian, banyak resort dan penginapan yang ada di sekitar Perhentian Kecil khususnya menghadkan penggunaan elektrik mereka. Kebiasaannya resort-resort tersebut hanya membekalkan tenaga elektrik di premis dan penginapan pelanggan mereka hanya pada waktu malam iaitu 7pm sehingga 7am.

Berbeza dengan Ombak Dives Resort, kerana mereka membekalkan kemudahan tenaga elektrik untuk 24 jam kepada pelanggan mereka. Jadi tak perlu risau untuk charge bateri gadget-gadget korang bila-bila masa pun.

KEMUDAHAN INTERNET | Mereka juga ada menyediakan kemudahan internet di Ombak Cafe. Jadi mudah kalau nak berhubung dengan sesiapa atau untuk urusan kerja sekalipun.

LATIHAN SKUBA OLEH JURULATIH ANTARABANGSA | Pada sebelah petangnya, kami berpeluang ke Ombak Divers (divers centre) untuk lihat apa yang mereka ada tawarkan. Ramai yang datang ke Pulau Perhentian adalah dengan tujuan untuk sukan skuba. Seperti yang sedia maklum bahawa Pulau Perhentian juga menjadi salah satu lokasi menarik untuk sukan skuba.


Bagi peminat sukan skuba, Ombak Dive Resort turut menyediakan pelbagai latihan skuba yang diuruskan oleh Ombak Divers yang telah diiktiraf oleh PADI Dive. Kelebihannya di sini, kesemua tenaga pengajar yang ada merupakan mereka yang terlatih dan berasal dari luar negara.




Segala kelengkapan untuk skuba mahupun snorkeling turut disediakan di sini. Dan bagi mereka yang nak ambil snorkeling pakej pula harganya cumalah RM40 termasuk 6 point snorkel dan peralatan.

LOKASI TERBAIK SUNSET | Bangun awal pagi untuk menikmati sunrise bukanlah perkara yang mudah untuk sesetengah orang. Tapi untuk sunset pasti waktunya ketika semua orang masih aktif. Tidak perlu berjalan jauh dari Ombak Dives Resort korang sudah boleh menikmati keindahan sunset yang cukup memukau walaupun hanya di Ombak Cafe sekalipun.


foto ihsan facebook Ombak Perhentian Island

Sambil menikmati makan malam tu, nilah masa terbaik untuk luahkan isi hati pada pasangan. eh hehe.

WAYANG PACAK DAN FIRE SHOW | Pada setiap malam, pelanggan Ombak Cafe akan dihiburkan dengan tayangan Wayang Pacak. Memandangkan pelanggan-pelanggan mereka ramai dikalangan foreigner, jadi filem-filem yang ditayangkan kebiasaanya adalah filem-filem popular hollywood.


Bukan itu sahaja, pada malam-malam tertentu sebelum tayangan wayang pacak mereka juga ada menyajikan persembahan fire show yang sangat hebat.

foto ihsan facebook Ombak Perhentian Island
Jadi kalau nak hapenning macam ni, tak perlu dah nak tracking ke seberang semata-mana nak ke Long Beach kan. Memandangkan resort yang kami stay ni dah cukup lengkap termasuk hiburan-hiburannya, jadi kami banyak menghabiskan masa lepak di sekitar resort sahaja. Lagipon pada ketika kami ke sini, Long Beach tidaklah semeriah sebelum ni kerana tak banyak lagi kedai yang dibuka sepanjang Long Beach tu.

BERKELAH DI ROMANTIC BEACH | Sepanjang kami di Pulau Perhentian, kami telah memilih untuk berkelah dan bersnorkeling di Romantic Beach. Dekat sini best sebab tak ada orang. Memang betul, masa kami ke sini pun hanya kami je yang ada di sekitar Romantic Beach ni. Jadi tak perlu serabut dengan orang ramai kan.




Suasana kat sini pun cantik, ada kerang-kerang digantung pada ranting-ranting pokok yang dah mati menambah lagi keunikan dan keindahan Romantic Beach ni. Jadi memang sesuai la pantai ni di beri nama sebegitu kan.


Bagi korang yang inginkan keterangan lanjut tentang Ombak Dive Resort ni, boleh lah ke laman sesawang dan social media mereka di facebook dan Instagram mereka

Tel/Whatsaap : +60197911002

Post a Comment

21 Comments

  1. bilik romantik,view subhanallah lawa...boleh gi honeymoon sekali lagi ni hehehehe

    ReplyDelete
  2. Wow.. Cantiknya.. Suka betul tengok view bilik tu..kemas, cantik.. Kalau pergi honeymoon best tu. Hehe
    Permandangannya pun, Allah.. Cantiknya ciptaan Tuhan.. Terlalu indah.

    ReplyDelete
  3. Baru tg gambar je rasa mcm syok dah..nnt kemudian² leh la ajak husband p ombak dive ni nnt kot ada rezeki

    ReplyDelete
  4. Haritu pergi tak best sangat sebab baru bukak lepas tengkujuh. Night life pun takde haritu. Kami dok kat tempat dekat dgn jetty tu. Malam 2 hari asik takde letrik. So gerammm. Tapi i bnyk buat photoshot model kat sini. Hahahha

    ReplyDelete
  5. teringin nak pergi Pulau Perhentian..dapat menyelam kat pantai jernih tu puas rasanya. Oh baru tahu kalu fly turun airport KB lagi dekat compare airport KT.. boleh la datang tidur hotel ombak kalu bercuti ke sini

    ReplyDelete
  6. Terus rasa nak pergi pulau perhentian. Saya tak pernah sampai. Pulau Redang pernah sekali. Memang best time aktiviti snorkeling. Cuma penginapan kami aritu biasa2 jer. Bila baca artikel tuan ni, rasa nak pilih menginap di ombak dives tu. Terima kasih untuk info.

    ReplyDelete
  7. Eh cantik jugak dekorasi dalam bilik dia ye. Boleh la dipertimbangkan untuk menginap kat sini kalau pegi ke perhentian nanti.

    ReplyDelete
  8. bestnya dapat menikmati pemandangan yang cantik ni.teringin nak bercuti jauh dari bandar ni..Mesti rasa tenang je kan...Nanti nak plan ke sini la...

    ReplyDelete
  9. Nampk indah sungguh pulau perhentian di lensa mawardi ya. Ombak Dives nie mmg banyak yg sarankan kalau dtg ke sana. Lihat sahajalah penginapan mereka, cantik sangt ! Teringin nak ke sana, nantilah kalau ada rezeki

    ReplyDelete
  10. Terima kasih lah sudi share pasal tempat menarik dipulaubperhentian ni. Saya tak penah sampai lagi ni. Ada port lah nak explore lpas ni

    ReplyDelete
  11. Dah lama plan nak bercuti dekat Pulau Perhentian ni tapi tak tersampai hahaha. Nanti nak pergi juga sebab Pulau Perhentian ni menarik tempatnya. Suka tempat macam ni nampak tenang je

    ReplyDelete
  12. Suka tengok pemandangan kampung nelayan. Cantik giler. Lagi2 bila ada biat dan rumah kampung tu. Memang bagi pengalaman indah

    ReplyDelete
  13. Cantik kan pulau perhentian. Sis dah 2 kali pergi, rasa nak pergi lagi. Lagi seronok kalau bercuti gan kengkawan kat sana. Nanti kalau gi bolehlah duduk kat tempat ni pulak

    ReplyDelete
  14. Bestnya pergi pulau! Tapi Iza memang tak pernah smpai lagi Pulau Perhentian. Byk jugak aktiviti boleh buat dekat dengan Ombak Dives ni. Kalau pergi sini boleh la menginap dekat Ombak Dives jugak.

    ReplyDelete
  15. Omg... the beaches there are so scenic and actually now i know there are so many activities there. Thanks for the info

    ReplyDelete
  16. Tak pernah sampai lagi Pulau Perhentian. Diorang kata bot/fery dia tak sesuai bawak baby, betul ke? Tapi mmg jrg bercuti belah pantai timur pun. Huhu.

    ReplyDelete
  17. Lovely place, if I ever need a holiday by the beach this will be a place I choose, relaxing and comfortable.

    ReplyDelete
  18. Subhanallah cantiknya ciptaan Allah. In shaa Allah ade rezeki, sampai juga kami sekeluarga ke sana 😍

    ReplyDelete
  19. woww.. suasana macam ni sesuai untuk mereka-mereka yang nak berhoneymoon tu.. TB pun suka dengan pemandangan yang menarik macam ni.. nak je menginap kat resort ombak dives resort ni..

    ReplyDelete
  20. Guru skuba tu hensemlah ! hahaha ^^ kidding ! btw, pemandangannya memang superb dan rasa tenang je ..tempat honeymoon pun okay sangat. :)

    ReplyDelete
  21. so great to spend time in such a great resort.. it's been years since I last went pulau perhentian.. lovely beach..

    ReplyDelete