PENEROKAAN BUMI BERSEJARAH MELAYU LINGGA

Memandngkan ramai yang tak sabar nak tahu kisah selanjutnya perjalanan kami di Kepulauan Riau ni, jom saya sambung penulisan saya.


Selepas sahaja selesai acara Nongsa Regatta di Desa Batu Berlobang, kami telah meneruskan perjalanan kami ke Lingga. Tujuan penerokaan kami untuk kali ini adalah lebih kepada penerokaan sejarah. Mendekati tempat-tempat sejarah berkaitan dengan kemelayuan kita.

Ilustrasi perjalanan kami meneroka kepulauan riau


Dari Desa Batu Berlobang, kami telah menaiki perkhidmatan feri khas terus menuju ke Pelabuhan Domestik Sungai Tenam. Memandangkan hari hampir senja, kami hanya sempat singgah di satu lokasi wisata alam yang agak popular di sini iaitu Air Terjun Resun. Perjalanan kami dari pelabuhan mengambil masa hampir sejam (1) untuk sampai ke Air Terjun Resun

WISATA ALAM AIR TERJUN RESUN

Air Terjun Resun di Kecamatan Lingga Utara, Kabupaten Lingga. Merupakan salah satu dari belasan air terjun di Pulau Lingga, Air Terjun Resun ini memiliki keindahan panorama yang sangat menakjubkan. Dengan memiliki sudut kecondongan 45 darjah, ia membuatkan airnya tidak terus terjun ke dasar, tetapi mengalir di dinding landasan yang bertingkat-tingkat.

Keindahan air terjun Resun

Sempat juga saya dan beberapa orang sahabat dari rombongan mandi dan menikmati kebersihan dan kesejukan airnya. Nasib kami agak baik kerana pada waktu yang hampir senja ni tidak ramai pengunjung yang datang. Yang penting, untuk akses ke air terjun ni korang tak perlu untuk hiking atau tracking kerana lokasinya boleh diakses dengan kenderaan bermotor seperti kereta dan motor.

Saya dan Maha sempat mengambilpeluang yang ada untuk mandi

Hari semakin gelap dan kami terpaksa bertolak ke lokasi penginapan kami di Pekan Pancur. Untuk pengetahuan korang, Pekan Pancur merupakan sebuah petempatan kecil yang dihuni oleh masyarakat berbangsa Melayu dan Cina. 

PANCUR "LITTLE HONG KONG" DI LINGGA

Hampir keseluruhan rumah di sini berada di atas air (pelantar), dan untuk menghubungkannya mereka membina beberapa jembatan kayu. Sejujurnya bila sampai je di sini, hati saya berbisik seolah ianya seperti little Hong Kong yang berada di Lingga. Memandangkan pekan ini terbina di atas pelantar, hanya kenderaan kecil seperti motosikal di benarkan untuk masuk terus ke dalam.

Keindahan Pancur ketika matahari awal pagi_foto ihsan Yazid

Pancur mempunyai kelebihan kerana lokasinya terlindung dari ombak, dan gelombang tinggi. Khususnya gelombang ombak yang terhasil dari angin utara. Ini kerana di hadapannya ada beberapa buah pulau yang wujud menjadi sebagai pelindung. Jangan terkejut jika pekan yang nampaknya kecil ini menjadi pangkalan ekspot hasil bumi di Lingga ke Singapura, dan beberapa lagi daerah lain.

Suasana Pancur pada waktu malam_foto ihsan Kak Min

Keindahan Pancur pada waktu malam_foto ihsan Yazid

Oleh kerana kedatangan kami tempohari pada Tahun Baru Cina, maka kami juga turut diundang bagi memeriahkan acara sambuatan Tahun Baru Cina yang di panggil Sambutan Tahun Imlek dalam bahasa Indonesia. Agak terkejut juga saya bila melihat bangsa cina disini fasih bertutur dalam bahasa Melayu.

DAIK, LINGGA BUNDA TANAH MELAYU

Awal pagi kami bersiap untuk ke satu lagi destinasi dimana digelar sebagai Bunda Tanah Melayu iaitu Daik, Lingga. Selepas sarapan pagi, kami terus begerak menaiki boat menyulusuri sebatang anak sungai yang kiri kanan kaya dengan hutan paya bakau. Kata mereka sungai ini mempunyai buaya. Walaupun takut, kami hanya mampu tawakkal sahaja.

Perjalanan menaiki bot meredah paya bakau

Perjalanan yang diambil titak terlalu lama, hanya lebih kurang 30minit sahaja untuk sampai ke Tambatan Perahu Desa Resun. Dari situ kami telah menaiki bas untuk ke sebuah muzium yang popular di sini iaitu Muzium Linggam Cahaya.

MENYAKSIKAN KEMEGAHAN GUNUNG DAIK

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

Pantun ni, tidak asing lagi bagi kita masyarakat Melayu di Malaysia. Ingatkan isnya sekadar cebisan pantun sahaja, rupanya ianya benar-benar wujud. Gunung Daik masih dilindungi awan ketika kami sampai, walaupun cuaca cukup panas. Tapi ianya jelas kelihatan untuk beberapa ketika sementara awan berarak. Gunung Daik yang disangka bercabang 3 realitinya hanya kelihatan bercabang dua. Tapi itulah misterinya, Menurut penjaga Muzium Limggam Cahaya cabang gunung itu telah “patah satu, tinggalah dua” dan kehilangannya menjadi misteri sehingga sekarang.

Kelihatan jelas Gunung Daik yang bercabang dua

Masing-masing puncak gunung ini memiliki nama Gunung Daik (paling tinggi), Gunung Pejantan (sederhana) dan Gunung Cindai Menangis (paling rendah/patah). Ketinggian maksimum gunung ini hanya sekitar 1.165 m dpl, namun jarang pendaki yang berhasil menuju ke puncaknya kerana puncaknya memiliki kepayahan panjat tebing 5.9-5.11 North American Grade Standard. Bagi korang yang nak mengambil gambar Gunung Daik, ianya boleh jelas kelihatan dari beberapa lokasi termasuk di kawasan Muzium Linggam Cahaya.

MUZIUM LINGGAM CAHAYA

Muzium Linggam Cahaya yang telah dibina oleh Dinas Parawisata (Pelancungan dan Kebudayaan) bertujuan menempatkan artifak peninggalan kesultanan Melayu. Muzium dikatakan ada menempatkan lebih 100 artifak peninggalan Kesultanan Melayu Riau-Linggga. 

Bergambar di  muzium Linggam Cahaya_foto ihsan Dikbee

Antara bahan budaya yang ada ialah seperti Pahar (tempat meletak barangan), Tepak Sireh, Talam, Keto (bekas berkahak, ludah), Bon (tempat menyimpan alat menjahit), Baju tradisi, Keris, Tombak, Kerambit, Pedang, Parang, wang lama dan banyak lagi.

Yazid sedang melihat wang lama yang dipamerkan di muzium ini

Saya difahamkan bahawa, banyak barang-barang yang ada dipamerkan  disini adalah hasil sumbangan oleh orang-orang persendirian dan sebagainya. 

Group foto di hadapan muzium Linggam Cahaya

Di sini juga saya sempat melihat catatan sejarah mengenai peristiwa Mei 1787 apabila Sultan Mahmud Syah III meminta bantuan dari Angkatan Iranun Tempasuk untuk menghalau Belanda dari Tanjung Pinang. Selepas peristiwa itulah yang menyebabkan Sultan Mahmud Syah III memindahkan pusat kerajaannya ke Lingga.

TAPAK TINGGALAN ASLI ISTANA DAMNAH

Kemudian kami berkunjung pula ke tapak asli Istana Damnah yang terletak kira-kira dua kilomter dari Muzium Linggam Cahaya.

Bergambar di hadapan tapak asli Istana Damnah

Tapak asli Istana Damnah ini dikatakan istana tempat tinggal dari Sultan penguasa Kerajaan Riau-Lingga pada satu masa dahulu. Istana Damnah ini dibangun tahun 1860 bersamaan dengan zaman kegemilangan Kerajaan Riau-Lingga. Apa yang saya faham, dari sinilah dikatakan kebudayaan Melayu mulai berkembang.

Bergambar di hasil tinggalan Istana Damnah

Bekas Istana Damnah masih kukuh walaupun ianya dikatakan dibina dari campuran tanah liat, pasir, kapur dan kuning telur. Hanya tapak, runtuhan tangga dan tiang istana yang tinggal.

Disebelah tapak tinggalan asli Istana Damnah ini pula terbinanya replika Istana Damnah. Kompleks ini dibina berkeluasan 100 m panjang x 150 m lebar (bentuk segi empat memanjang ke belakang) mempunyai dua bangunan utama. Bangunan terletak di sebelah depan adalah sebuah dewan terbuka yang digunakan bagi upacara keramaian manakala di sebelah belakang pula bangunan istana utama. Replika Istana Damnah ini dibina tidak seratus peratus menyerupai istana asal.

Bergambar di hadapan replika Istana Damnah

Untuk pengetahuan korang, perkataan Damnah adalah gabungan dua perkataan harian Melayu lama iaitu 'Dam' bermaksud jauh dan 'Nah' bermaksud betul.

Rujukan : http://sejarahmelayu.blogspot.com/2012/05/misteri-istana-damnah-milik-kesultana.html

BERHUBUNG DENGAN PORTABLE WIFI TRAVEL RECOMMENDS

Agak leceh untuk beli dan tukar kepada penggunaan sim tempatan, sepanjang saya dan kawan-kawan di Kepulauan Riau, saya memilih untuk menyewa portable pocket wifi dari Travel Recommends. Alhamdulillah coverage mereka di Batam dan Lingga tidak mengecewakan.

Travel Recommends di Batam, Indonesia_fotoihsan Dikbee

Dengan adanya pocket wifi ni, cukup mudah untuk kami berhubung dengan keluarga di Malaysia dan kawan-kawan di sini. Apa yang penting, kami terus boleh buat live update di social media kami berkenaan aktiviti semasa kami ketika trip. Berkongsi gambar trip bersama kawan-kawan pun tak ada masalah kerana pocket wifi ni boleh tethering kepada lima (5) user dalam satu masa.

Travel Recommends di Lingga, Indonesia

Selain dari Indonesia, Travel Recommends juga available untuk beberapa negara popular lain seperti Jepun, Korea, Taiwan, China, Vietnam, Thailand, dan Eropah. Kalau ditanya dari segi harga, korang boleh rujuk jadual di bawah ni. Berbaloi atau tidak, pilihan di tangan korang.


Kalau korang nak dapatkan maklumat lebih lanjut tentang Travel Recommends ni, korang boleh la layari :

Website :
Instagram :
Facebook :
Email :

AKHIRI PERJALANAN DI BUMI LINGGA

Keesokkan harinya kami telah bersiap seawal pagi untuk bertolak ke Pelabuhan Domestik Sungai Tenam.  Ternyata penerokaan kami di kepulauan riau telah berakhir disini. Banyak lokasi telah dilawati, banyak juga sejarah telah dipelajari. Insyaallah jika ada umur yang panjang, nanti saya ke sini lagi.


Untuk maklumat lanjut mengenai hal yang berkaitan, bolehlah terus menghubungi Kepala Dinas Pariwisata Kabupaten Lingga, iaitu Bapak Raja Fahrurazi di aplikasi whatsapp +62 08117011961.



Post a Comment

14 Comments

  1. seronok yea mandi di air terjun resun tu...resun tau bukan rasun...heee gurau je mardi

    ReplyDelete
  2. Hehe best la baca artikel ni..teringat lak kesejukan air terjun resun tu

    ReplyDelete
  3. wah. Air Terjun Resun tu macam memanggil-manggil je.. nampak suasana menarik dan cantik kat Lingga ni.. TB tak berapa kenal sangat tempat2 ni tapi daripada artikel mawardi ni.. boleh tau dah macam mana rupa tempat ni.. syoknya dapat tengok tempat2 menarik macam ni

    ReplyDelete
  4. Owh jadilah sahlah gunung Daik sebenarnya hanya dua cabang, atau satu lagi cabang dah hilang? hehehe.. nampak best travel korg kali ini. penuh dgn ilmu sejarah melayu yang dekat di hati kita..

    ReplyDelete
  5. Cantik sungguh keindahan alam disana.. Air terjunnya tu pun cantik je. Seolah olah mereka menjaga dengan sebaiknya keindahan disana.

    ReplyDelete
  6. Seronoknya dapat meneroka sambil mengetahui sejarah melayu lingga. Dulu2 subjek sejarah pernah laa belajar tp dah lupa..tapi hairan kenapa gunung daik tu bercabang 2..pantun kata gunung daik bercabang 3 ha ha ha

    ReplyDelete
  7. Best jalan2 macam ni..mengenal sejarah sesuatu tempat. Orang kata jauh perjalanan luas pengetahuan. Teringin lah nak gi sini satu hari nanti..harap tercapai

    ReplyDelete
  8. seronoknya korang pergi travel, paling best dapat tahu tentang sejarah di tempat orang kan. tq for sharing good info, kemahin dapat berendam ya?

    ReplyDelete
  9. Bestnya madi pi sini. Saya dlu berangan nk kesini tp smpt jejak ke Padang dan Aceh je.. Suka tgok suasana kt sini.. Nmpk mcm tenang je

    ReplyDelete
  10. Cantiknya pemandangan di air terjun tu. Panoranama senja di kampung atas air tu pun sangat cantik - damai je memandang. Yang penting - bahagianya korang berendam

    ReplyDelete
  11. Nampak seronok sekali ye ke sana...... walaupun. Eh ! Wahhh nampak seperti pahlawan melayu bila bertanjak sebegitj. Segak sekali. Tempat2 di sana nmpk sangat cantik, jadi teringin nk ke sana

    ReplyDelete
  12. teringin nak gi batam sebab nak tengok budaya dan seni diorang ...suasana dan pemandangan disana nampak tenang dan mendamaikan ....one day nanti mesti nak pergi sini juga...

    ReplyDelete
  13. Wow best nyer dapat pergi ke Indonesia. There are many beautiful places there and the sceneries are also spectacular.

    ReplyDelete
  14. Bestnyaaa. Belum pernah sampai lagi di Bertam.

    ReplyDelete