Monday, February 18, 2019

PENGALAMAN DI DESA BATU BERLOBANG RIAU UNTUK ACARA NONGSA NEPTUNE REGATTA SAIL TO LINGGA


Saya pernah berkongsi dengan kalian pengalaman saya pertama kali ke bumi Batam, Indonesia di blog Projek Travel berkenaan dengan acara besar HALALBIHALAL: HIMPUNAN TERBESAR MASYARAKAT JAWA . Kali ini, saya kembali lagi ke Batam buat kali ke dua (2) untuk satu lagi acara hebat bertaraf dunia. Apapon Batam bukanlah lokasi yang kami tujui, tapi ianya hanya lokasi persinggahan kami untuk ke Lingga.

Ilustrasi ringkas perjalanan kami ke lokasi acara


Dari awal lagi kami sudah diingatkan untuk bersedia dengan perjalanan jauh yang bakal kami tempuh. Dari Batam Centre (terminal feri antarabangsa) kami menaiki bas yang telah disediakan oleh pihak penganjur dan perjalanan kami menuju ke Pelabuhan Telaga Punggur memakan masa selama hampir 45 minit. Untuk pengetahuan korang, Batam Center merupakan terminal feri antarabangsa, manakala  Pelabuhan Telaga Punggur pula adalah terminal untuk perlepasan feri domestik ke sekitar Kepulauan Riau ini. Perjalanan di katakan akan mengambil masa agak lama untuk ke destinasi iaitu Desa Batu Berlobang.

Menaiki feri di Pelabuhan Telaga Punggur

Setelah menaiki feri di Pelabuhan Telaga Punggur, kami perlu berhenti di Dermaga Chempa Pasir Panjang untuk transit dan menunggu feri ke Desa Batu Berlobang. Feri yang kami naiki di Pelabuhan Telaga Punggur tersebut akan terus perjalanan ke Pulau Lingga (Dabo Singkep) yang berkos IDR245K. Dari jeti Dermaga Chempa Pasir Panjang kami meneruskan perjalanan dengan menaiki satu feri lain yang lebih kecil dan ia mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan. Bot ini disewa khas dengan kos IDR700K.

DESA BATU BERLOBANG, RIAU

Walaupun waktu perjalanan agak panjang dengan pelbagai hal yang berlaku sepanjang perjalanan, hati terus sejuk dan teruja bila menjejakkan kaki di Desa Batu Berlubang. Sebuah perkampungan nelayan yang sangat bersih dikepung dengan perairan yang cukup jernih. Penduduknya saling tak tumpah seperti Melayu kita di Malaysia. Lupa pula bahawa kita juga sebahagian dari mereka. Berbahasa Melayu, cara hidup mereka mengimbau kembali zaman kecil saya. Sebuah perkampungan yang cukup damai dengan muafakat.

Kedudukan geografi di atas peta Desa Batu Berlobang

Melihat keindahan kampung ni yang cukup bersih dan indah, ianya membuatkan kami rasa tidak sabar untuk berjalan menerokai seluruh desa tersebut. Kata mereka ada sebuah gua di pesisiran pantai kampung ini yang menjadikan kampung mereka digelar sebagai Desa Batu Berlobang.

Dalam perjalanan ke lokasi batu berlubang

Beramah mesra bersama sebahagian dari anak muda penduduk Desa Batu Berlobang

Lokasi batu berlobang yang dikatakan menjadi asbab kampung mereka digelar Desa Batu Berlobang

Keindahan dan kejernihan air pantai di Desa Batu Berlobang

Kehidupan mereka cukup sederhana, masih banyak diantara mereka yang masih tinggal di rumah kayu tradisional, malah ada juga yang sudah mula membina rumah batu. Tapi apa yang boleh saya katakan, suasana kampung tu memang cukup terasa disini. Ianya seolah-olah kehidupan saya pada zaman awal 90-an begitu.

Menikmati keindahan alam semulajadi

Yazid dan Kak Min menikmati keindahan sekitar kampung

Lepak santai di gerai minum kopi

Saya difahamkan terdapat lebih kurang 300 keluarga yang menghuni desa ni. Penduduk desa ni hanya berbekalkan generator untuk mendapatkan kuasa elektrik. Perhubungan talian telefon dan internet juga sangat limited. Jadi mereka di sini banyak melakukan aktiviti kampung dan bermasyarakat.

Aktiviti anak muda di sekitar Desa Batu Berlobang

Pada sebelah malam, kami juga berpeluang untuk rasa keenakan Nasi Lemak signature di desa ni yang diberi nama Nasi Lemak Batu Berlubang yang dijual di gerai bersebelahan rumah yang kami inap di sini. Texture nasiknya dan sambal bilisnya seakan sama dengan nasi lemak kita cuma ianya ada ditambah ikan masak merah/pedas. Rasanya sudah semestinya sangat sedap.

Nasi lemak batu berlobang

Menarik bukan?? Wujudnya sebuah perkampungan Melayu sebegini, agak tersorok di dalam peta seolah-olah tidak sedar akan kewujudannya. Tapi siapa sangka bahawa Desa Batu Berlobang ini telah menjadi lokasi persinggahan para pelayar dunia dalam event "Nongsa Neptune Regatta" setiap tahun bermula dari tahun 2016 lagi.

NONGSA NEPTUNE REGATTA SAIL TO LINGGA

Salah satu kapal layar milik peserta

Aktiviti Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga adalah perlumbaan kapal layar yang terbesar di dunia dan tahun ini merupakan tahun keempat (4) perlumbaan kapal layar ini diadakan. Kemuncak perasmian telah diadakan di Desa Batu Berlubang ini, dan inilah sebab kenapa saya dan rakan-rakan berada di sini.

Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga

Pada pagi keesokan harinya, kami semua bersiap untuk aktiviti kemuncak perasmian Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga yang akan berlansung di Desa Batu Berlubang ini. Aktiviti hari tu telah bermula dengan kehadiran semua pelayar yang menyertai perlumbaan ini. Semua peserta disambut meriah oleh orang kampung dengan paluan kompang daripada Jeti Desa Batu Berlubang sehingga ke tapak aktiviti di tepi pantai.

Sambutan pelayar yang menyertai Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga

Acara dimulai dengan simbolik pemakaian tanjak kepada wakil pelayar juga menjadi tumpuan kerana ia merupakan eksesori rasmi orang Melayu di sini. Semua pelayar yang hadir terdiri dari serata dunia ini telah diraikan dengan persembahan silat dan juga tarian menyambut tetamu yang juga menjadi budaya Melayu Riau.

Persembahan silat selamat datang

Tarian selamat datang

Mas Edi membantu tetamu menjamah sireh

Tetamu yang diraikan dijamukan dengan makanan tengah hari dengan makanan laut yang segar. Ikan  Jebong bakar bersama pencicah asam nanas menjadi hidangan paling dinanti. Tetamu juga dihidangkan dengan air kelapa muda segar untuk menghilangkan dahaga panas. 

Ikan Jebong bakar

Persembahan diteruskan dengan seloka dan tarian. Tetamu juga turut diundang untuk menari joget bersama penari yang ada.

Tetamu juga turut berjoget



Akhirnya para tetamu dibawa bersiar di sekitar untuk menikmati keindahan Desa Batu Berlobang ini disamping melakukan aktiviti sukan seperti bola tampar.

Bergambar bersama anak tempatan dan Bapak Raja Fahrurazi

Kepulauan Riau Lingga adalah di selatan Batam dan pastinya suatu destinasi pelayaran yang indah bagi pelayar di seluruh dunia. The Neptune Regatta cukup memenuhi keperluan pelayar bagi semua kategori terutamanya perlumbaan pelayaran merentasi khatulistiwa yang mana tiada di tempat lain, hanya satu-satunya di dunia diadakan di Kepuluan Riau Lingga, Indonesia.


Untuk maklumat lanjut mengenai hal yang berkaitan, bolehlah terus menghubungi Kepala Dinas Pariwisata Kabupaten Lingga, iaitu Bapak Raja Fahrurazi di aplikasi whatsapp +62 08117011961.

22 comments:

  1. Rindunya saat diri ketika di sana. Menghayati keindahan bumi yang indah. SubhanaAllah atas kurniaan tuhan yg tak terkata ❤️

    ReplyDelete
  2. Mesti akak kedai tu rindu sangat kat korang ๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  3. Alaaa rindu la pulau batu belubang ni..heheh rindu nak lepak kedai mak cik nasi lemak tu hahha..apa kabar makcik tu agaknya maybe dah jutawan sekarang ��

    ReplyDelete
  4. Saya tetap suka pic last awak tu hehehehe kenangan sangat...

    ReplyDelete
  5. cantik semua gambar yang di aambil. Udara dekat sana mesti segarkan

    ReplyDelete
  6. One of the best thing when travelling is get to know the local culture and people definitely! Looks like u guys are having so much fun!

    ReplyDelete
  7. letopnya uols! cantik2 nya gambar menggamit rindu. tapi kan kenapa ada satu makhluk itu? kite tak suka ..nooo wak nooo

    ReplyDelete
  8. cantik2 gambar...best la madi pi sana..dapat bercuti dengan tenang kan..

    ReplyDelete
  9. Syioknya korang, lebih2 lgi gi gan geng sekepala, sure happening..sis belum berkesempatan lagi. Nanti boleh masukkan dlm wishlist travel sis

    ReplyDelete
  10. Cantiknya air pantai dia tu. Kehijauan gitu. Bersih je. Dan nampak masayarakat di sana harmoni je kehidupan mereka. Perlu dikekalkan begitu.

    ReplyDelete
  11. seronoknya tengok aktiviti diaorang. boleh tahu budaya, luangkan masa bersama macam ni. tengok pemandangan pun cantik

    ReplyDelete
  12. Unik budaya diorang kat sana. Tempat cantik, budaya menarik. Nak kena pergi ke sana la sekali seumur hidup at least..eh, ikan bakar tu nampak sedap sungguh.

    ReplyDelete
  13. Looks interesting. Every culture is unique on its own way.

    ReplyDelete
  14. Wah! memang bagus tempat ini, plus this festival hype up the place even more. I will be going to Indonesia soon.

    ReplyDelete
  15. Cantiknya pantai dia. Hijau je.. banyak betul tempat dekat indonesia yang kita belum tahu. Dan byk rupanya activities boleh buat walaupun di kampung kan

    ReplyDelete
  16. Cantiknya gambar! Nampak seronok sangat aktiviti yang korang buat. Me is so jealous lah. hahaha

    ReplyDelete
  17. Seronoknya dpt terokai tempat baru yg blm kita terokai, lihat budaya dan kehidupan perkampungan.

    ReplyDelete
  18. Wah cantiknya Pulau Lingga ni. Adat istiadat pun ad ciri-ciri melayu. Teringin nak kesini. Best pula baca entri ni. hehehe. Thanks for sharing your experienced Mawardi. hehehe

    ReplyDelete
  19. look like u guys had fun there. I have not been to Batam yet. it seems like a nice place to go with friends

    ReplyDelete
  20. Jauh perjalanan luas pemandangan bertambah pengetahuan. Gambar semua cantik2. Seronok dapat peluang teavel negara orang, kan. Belajar budaya tradisi orang lain. Semoga saya pun dapat peluang yg sama akan datang.

    ReplyDelete
  21. Hey, saya suka cara travel macam ni, tak macam tourist pun, tapi lebih kepada being local and enjoy the life seperti orang local hidup di daerah tersebut.

    ReplyDelete