Jika ditanya apa tempat makan menarik di sekitar Batam, sudah semestinya aku akan cadangkan kepada korang untuk ke AMATI COFFEE yang terletak tidak begitu jauh dari pusat bandarnya. AMATI COFFEE merupakan sebuah cafe yang menyajikan pelbagai jenis coffee dan teh.

AMATI COFFEE terletak di Jalan Jend Soeprapto Buana Central Park Batam, yang memakan masa dalam 20 minit perjalanan dari Batam Centre. Jadi rancang perjalanan anda sebaiknya untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.


Untuk pengetahuan korang, AMATI COFFEE ada menyediakan 2 jenis ruangan untuk pilihan pelanggannya. Ada ruangan berhawa dingin dan ada juga ruangan luar (outdoor) yang terbuka. Jadi pelanggan mereka boleh membuat pilihan yang mana satu sesuai untuk mereka duduk dan menikmati makanan di sini.

Khai menikmati keenakan coffee yang dihidangkan

Dikbee & Khai sedak menikmati nasi goreng di sini

Konsep cafe ini sangat ringkas dan terbuka. Sangat sesuai untuk dijadikan tempat lepak dan bersantai bersama kawan-kawan. Bagi saya, ia juga sesuai untuk dijadikan tempat bonding keluarga. Bukan itu sahaja, bagi saya suasana cafe ini juga sangat sesuai untuk business meeting dan sebagainya.

Ruangan lepak berhawa dingin

Kalau dilihat pada penampilan cafenya, ia memang sesuai untuk konsep beridentitikan tempat minum kopi dan teh. Tapi apa yang menariknya, cafe ini tidak hanya menyajikan kopi dan teh sahaja, AMATI COFFEE juga menyajikan pelbagai jenis menu makanan yang lain untuk anda nikmati.



Dikhabarkan lebih 100 jenis menu yang disediakan di sini termasuk beberapa menu berat tradisi Indonesia termasuk Menu Ayam Sambal Hijau. Memang terlalu banyak menu yang ditawarkan ya, sangat berbaloi kalau datang makan disini.

Antara hidangan yang kami oder

Menu Daging Sambal Hijau

Nasi Goreng Istimewa (ayam+seafood+telur)

Nasi Goreng Kambing

Ini pula menu yang cukup istimewa di AMATI COFFEE ni iaitu Tape Goreng Istimewa (tapai). Siapa sangka tapai boleh dioleh menunya digoreng menjadi seperti bebola sebegini dan rasanya memang sangat enak. Pertama kali saya cuba terus jatuh cinta. Tak hairan kami oder Tape Goreng Istimewa ni sampai dua (2) kali.


Tape Goreng Istimewa

Selain dari makanan di atas, ada banyak lagi menu-menu menarik yang sudah semestinya sedap yang boleh korang oder. Yang penting semuanya puas hati dan halal.


Dari segi service, ramai staff mereka terdiri dari anak muda tempatan yang cukup bagus dalam mengendalikan dan berhadapan dengan pelanggan. Cukup professional, kemas, sopan santun dan yang penting cepat dan bertenaga. Kalau parking pula, korang tak perlu risau sebab kawasannya cukup lapang dan luas untuk menerima tetamu yang menaiki kereta atau motosikal.

Cafe ini dibuka setiap hari ikut masa berikut:

Isnin - Jumaat : 3pm - 11pm
Sabtu - Ahad : 9am - 12pm

LIVE MUSIC: FRIDAY & SATURDAY NIGHT



Untuk korang yang ingin berkunjung ke sini, bolehlah ke alamat seperti di bawah ini:

Amati Coffee Tea & Resto
Jalan Jend Soeprapto Buana 
Central Park Batam

Email :
RSVP :
+62 813-2560-8545

Instagram:
Facebook: