MENGINAP DI HOTEL THE PEARL KUALA LUMPUR

Awal tahun tempohari saya telah menghadiri satu event beauty yang berlansung di The Pearl Hotel Kuala Lumpur. Jarang saya menerima jemputan atau hadir event untuk niche beauty ni, tapi memandangkan saya dimaklumkan bahawa ada sesi food review dan staycation jadi saya tidak berjaya menolak. Jadi ini merupakan staycation pertama yang saya review untuk tahun 2019 ni.


Memandangkan untuk ke sana agak jauh dari rumah saya dan memerlukan aku naik dan tukar train berulang kali, aku pilih untuk menaiki grab. Memandangkan hari tersebut hari jumaat jalan sudah semestinya jammed dan saya sampai tepat-tepat pada waktu dijanjikan. Pada awalnya, saya agak keliru sikit dengan kedudukan hotel ini kerana signboardnya terpampang dengan nama "The Pearl International". Tapi memandangkan grab dan waze membawa tepat ke lokasi tersebut saya yakin bahawa itulah lokasi sebenar yang saya tuju.

THE PEARL KUALA LUMPUR

Hotel The Pearl Kuala Lumpur merupakan penjenamaan baru dari Hotel Pearl International. Ianya terletak di satu lokasi yang sangat strategik diantara Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. The Pearl Kuala Lumpur merupakan sebuah hotel ikonik yang berkelas perniagaan terletak di tengah-tengah Jalan Klang Lama yang menawarkan 480 bilik tetamu yang cukup selesa yang dilengkapi dengan pelbagai fasiliti menarik.

Tetamu hotel ini dapat menikmati pengalaman membeli-belah yang mudah kerana hotel ini terletak di Pusat Beli-Belah Pearl Point. Para tetamu boleh akses dengan mudah ke pasaraya Econsave, Old Town White Coffee, 7Eleven, Starbucks, Mr Dakgalbi, Watson, Popular, Subway, Caring Pharmacy, Poh Kong, Kenny Rogers Roasters dan banyak lagi. The Pearl Hotel Kuala Lumpur ni juga tak jauh daripada Mid Valley Shopping Mall dan juga Sunway Lagoon Theme Park.


Sebelum event berlansung, sempat juga saya check-in bilik untuk simpan barang-barang. Bilik yang saya stay pada hari tu merupakan Deluxe Room yang berkeluasan 366 sqf. Bilik ini berharga RM253 semalam termasuk sarapan untuk 2 orang. Memandangkan masa pergi tempohari mereka ada buat promosi, jadi bilik ni hanya berharga RM180 sahaja.




Untuk pengetahuan korang The Pearl Hotel Kuala Lumpur ni sudah berusia 20 tahun. Perabot dalam bilik hotel boleh dikatakan agak lama dan outdated. Tapi ianya masih bagus dan yang paling penting ianya bersih dan besar.


Antara kemudahan lain yang korang boleh dapat kat sini seperti Kolam Renang, Gym (Level 5), Pusat Perniagaan, Dobi, Perkhidmatan Internet, In-Room Dining, Parking, dan bilik seminar.

MAKAN MALAM DI EXECUTIVE LOUNGE TINGKAT 23

Masa untuk makan malam merupakan hal yang paling dinantikan sewaktu menginap kat sini. Makan malam kami adalah berkonsepkan makanan Itali iaitu King Of The Grill di Executive Lounge Tingkat 23. Harga yang ditawarkan untuk buffet inia adalah RM98++ untuk dewasa dan RM45++ untuk kanak-kanak. 


Makanan yang pihak hotel hidangkan sepanjang King Of Grill Barbeque Buffet Italian ni memang sedap dan puas hati. Terlalu banyak menu yang buat saya tak tahu nak makan yang mana dulu. Antara menu yang ada seperti beef steak, lamb steak, baby lobster, oyster yang dihidangkan dengan pelbagai rasa, pizza, spaghetti dan yang paling istimewa adalah menu ekor lembu dia.





sup ekor lembu


King Of The Grill - Chinese New Year ( 1 - 1 Feb 2019 )

Dewasa : RM98+
Kanak-Kanak : RM45+

Chinese New Year Eve ( 4 Februari harga akan naik)

Dewasa : RM118+
Kanak-Kanak : RM45+

Chinese New Year Eve ( 4 Februari 2019 sahaja, Level 5, Cafe 5). 
Menu seperti di Executive Lounge Level 23 ( King Of The Grill, Buffet Italian)

Dewasa : RM98+
Kanak-Kanak : RM35

Untuk buat tempahan bilik korang boleh ke www.pearl.com.my atau walk in di alamat mereka di :

The Pearl Kuala Lumpur 
Batu 5, Jalan Klang Lama, 
58000 Kuala Lumpur 

Phone : 603-7983 1111 
Fax : 603-7621 9777 


Facebook : 

Post a Comment

4 Comments

  1. uish nampak sedap2 menunya tu..harganya pun bawah RM100...sikit lagi nak dekat RM100..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula, biasanya harga buffet di hotel dalam lingkungan RM100 keatas kan

      Delete
  2. woww... nice review bang! hotel dia pun nampak selesa! bab makan tu ha... pergh... mengundang betul!

    ReplyDelete